BAB 3
Wendy terjaga dari tidurnya, dia berasa pening dan loya. Dia melihat jam iphone 6s nya.
'Ah, baru pukul 3pagi.' Ujarnya dalam hati.
Pening kepala dan loya tekaknya semakin menjadi-jadi bila dia bangun untuk ke tandas.
Terus dia berjalan dengan laju ke tandas kerana ingin termuntah, terhoyong-hayang dia melanggar dinding dan kerusi meja makan kerana pening.
"Uwekk!" Terus isi perutnya dimuntahkan.
"Wendy.. kenapa kau ni?" Satu suara menegur wendy yang sedang muntah didalam singki tandas tersebut.
"Ahh seulgi tak ada apa. Aku cuma pening je. Kau pergilah tidur balik." Ujar wendy sambil membasuh mulutnya.
"Wendy ah, kenapa dengan kau? Kau okay ke?" Tanya Irene tiba-tiba,suaranya kedengaran risau.
"Irene unnie, aku tak apa-apa, mungkin aku silap makan semalam. Maaflah menganggu tidur korang berdua, irene unnie, seulgi pergilah tidur." Ujar wendy yang sudah reda dari muntah-muntah. Cuma kepalanya sahaja yang pening.
Tiba-tiba Irene memegang dahi wendy.
"Wendy ah! Kau demam ni. Mari sini makan ubat." Ujar irene sambil menarik tangan wendy ke dapur untuk memberi ubat demam kepadanya.
"Irene unnie,aku tak apa-apa. Kau jangan risau." Ujar wendy degil.
"Aku tak kira, kau makan juga ubat tu wendy jangan banyak songeh, aku dah cakap jangan duduk dekat luar sejuk-sejuk tadi. Kau degil." Bebel seulgi seperti nenek.
"Hmm yelah." Wendy mengambil ubat demam tersebut dan menelannya dengan air kosong yang disediakan irene.
"Kau kena cepat sembuh, macam mana kami nak performe nanti kalau kau sakit? Kau tu main vocalist group kita tau tak." Bebel Irene unnie.
"Iyelah, aku tahu. Dah sekarang aku dah makan ubat jadi korang berdua boleh pergi tidur masih awal lagi ni, jangan risaukan aku. Aku okay." Ujar wendy lalu menolak mereka berdua ke bilik.
"Yelah aku tahu masuk bilik aku sendiri, janganla tolak." Ujar seulgi lalu masuk kebiliknya.
"Wendy ah, kau taknak masuk bilik ke?" Tanya irene unnie yang menunggu di pintu bilik mereka.
"Irene unnie, kau masuk dulu nanti aku masuk ye. Aku dah tak mengantuk." Ujar wendy.
"Okaylah.. jangan tidur lewat sangat, nanti makin sakit kau." Pesan irene unnie.
"Okay bos." Jawab wendy sambil tersenyum kecil. Dia hanya menggelengkan kepala lalu masuk kedalam bilik.
Wendy baring di atas sofa, tangannya diletakkan didahi.
Tiba-tiba air matanya mengalir.
Share this novel