BAB 2
Wendy memerhati Yeri dan seulgi yang sedang kusyuk menonton drama descendent of the sun itu. Biasalah mereka berdua meminati song jong ki sunbaenim.
'Haih.. adakah aku dapat berjumpa dengan mereka lagi selepas ini?' Tanya wendy dalam hati.
Wendy duduk di bangku di balkoni sambil memerhatikan bintang di langit, lalu dia memetik guitarnya yang dibawa dari kanada itu.
Lalu lagu demi lovato stone cold dimain kan.
"Stone cold, stone cold you see me standing but im dying on the floor, stone cold stone cold..." suara merdu wendy perlahan kedengaran di balkony tersebut.
"Wendy, mari lah sini join kitorang tengok drama. Buat apa sorang-sorang dekat balkoni tu? Sejuk dekat luar tu nanti kau yang sakit." Panggil seulgi tiba-tiba.
"Yelah.. nanti aku datang, aku cuma nak ambil angin je." Jawab wendy.
Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka dan ditutup.
"Kami dah balik..." suara irene unnie dan joy kedengaran.
"Seulgi ah, mana wendy?" Tanya Irene pada seulgi.
"Dia ada di balkoni tu, tengah bernyanyi." Ujar seulgi.
"Okay..." balas irene lalu pergi keluar balkoni untuk melihat wendy.
Dia cuma risaukan wendy, sudah dua minggu dia lihat wendy seperti sakit, wajahnya juga pucat. Bila ditanya wendy hanya menjawab dia letih.
Sebelum ini wendy yang paling ceria walaupun dia letih dia tetap segar, tapi sekarang dia cepat letih,selalu tidur awal dan tak ceria seperti dulu. Irene tahu perubahan wendy itu kerana mereka berdua berkongsi bilik manakala seulgi,yeri dan joy berkongsi bilik yang sama.
Irene suka berkongsi bilik dengan wendy kerana wendy seorang yang kemas,pembersih dan tiada sleeping habits macam seulgi dan joy.haha.
Irene membuka sliding door yang menutup balkoni rumah mereka itu, kelihatan wendy sedang merenung bintang sambil memetik guitarnya. Musicnya kedengaran sayu.
"Wendy ah." Tegur irene.
"Ahh, Irene unnie, sorry aku tak perasan Irene unnie disitu." Jawab wendy lembut. Irene mengambil tempat di sebelah wendy.
"Wendy ah, kau ada masalah ke? Kau nampak lain sejak dua minggu lepas." Tanya irene.
Wendy tersentak, adakah perubahannya itu begitu ketara?
'Aku harus berhati-hati.'
"Ahh. Irene unnie, aku mana ada masalah. Cuma aku penat sikit. Mungkin juga aku rindukan family aku di kanada." Jawab wendy.
See, jawapanya sama saja.
Share this novel