BAB 7
Terkejut wendy apabila dia di jerkah sebegitu. Wendy memandang sekelilingnya, kelihatan girl generation sunbaenim dan Nct-u maknae memandang ke arah mereka.
Wendy sudah membuat keputusan, disebabkan ini soal hidup dan mati dia dia terpaksa melakukan ini.
"Kalau macam tu kata Mr lee soman aku terpaksa... aku terpaksa berhenti dari Sm town ni. Aku terpaksa tarik diri dari Red velvet." Ujar wendy terketar-ketar suaranya. Dia menahan tangis.
Lee soman terkejut dan rasa tergugat kerana kalau wendy tarik diri macam mana dengan red velvet? Sekarang red velvet tengah popular dan banyak keuntungan yang dia dapat atas jualan album mereka.
"Ahh! Tak boleh wendy! Kau siapa nak berhenti macam tu saja? Aku ceo dekat sini! Aku boleh buat apa saja! Kau tiada hak untuk berhenti begitu saja! Kau jangan jadi pekerja yang kurang ajar wendy!" Jerkah Mr lee soman. Ego dia menghalang untuk memujuk wendy dengan cara baik.
Wendy terasa panas hatinya bila dia dijerkah sebegitu di hadapan Maknae dan sunbaenimnya dia ada maruah! Dia cakap baik-baik tapi dibalas sebegitu rupa.
"Aku tak kira!" Jerit wendy sambil menumbuk meja dan terus bangun dari kerusinya.
" Kau tak bagi aku cuti! Sebab tu aku nak berhenti. Kau tak fikir aku ada masalah dekat kanada kau cuma pentingkan duit saja kau tak ambil tahu pasal pekerja kau. Aku tak kira apa kau nak buat dekat aku sekali pun aku akan tetap berhenti dari Sm town dan Red velvet! Kau carilah orang lain yang boleh ganti tempat aku! Kalau kau takut company ni dapat kerugian Appa aku boleh bayar dekat kau berapa saja kau nak! Appa aku lagi kaya dari kau! Orang tua pentingkan diri sendiri! Kau lupa siapa yang tolong kau masa kau jatuh dulu! Aku berhenti!" Jerkah wendy. Dia paling pantang orang meninggikan suara dengannya bila dia bercakap dengan baik.
Wendy terus berlalu pergi.
"Kau berhenti jelah! Aku tak kesah pun! Pertolongan bapak kau dulu pun aku tak kesah! Kau ingat kau tu popular sangat sampai! Aku tak kesahlah kehilangan penyanyi cabuk macam kau!" Jerkah Lee soman
Langkah kaki wendy terhenti. Hatinya panas! Dia terus berpatah balik ke arah Lee soman.
"Kenapa? Kau menyesal kan lawan cakap aku?" Tanya lee soman sinis melihat wendy di hadapannya.
"Ha'ah aku menyesal.. menyesal sebab masuk company Cabuk kau ni!" Jerkah wendy, tangannya digengam dan di hayunkan tepat ke wajah lee soman. Terjatuh lee soman dari kerusinya.
Share this novel