Bab 11

Fanfiction - KPOP Completed 11422

BAB 11

Kevin terus keluar dari bilik gym. Dia menuju ke ruang tamu untuk duduk bersama joy,irene,seulgi dan yeri sementara menunggu wendy bersiap.

"Kevin oppa, minumlah sekali dengan kami." Pelawa joy.

"Ouh, terima kasih." Ujar kevin sambil duduk di sofa ruang tamu tersebut.

"Kevin oppa kenapa dengan wendy?" Tanya seulgi.

"Wendy? Tak ada apa.. cuma dia ada masalah sedikit." Jawab kevin sambil tersenyum.

"Kevin oppa dengan wendy unnie ada apa-apa ke?" Tanya yeri tiba-tiba. Mereka semua memandang tepat ke arah kevin.

Terkelu kevin seketika.

"Umm.... ehemm, macam mana nak cakap erk?" Tergagap-gagap kevin hendak menjawab soalan yeri itu.

"Beritahu sajalah kami." Ujar mereka berempat serentak.

"Ehe... wendy girlfriend aku." Jawab kevin.

Ternganga mulut mereka berempat mendengar jawapan dari kevin itu. Lagi-lagi seulgi dan Joy.

"Serious? Dah berapa lama?" Tanya Irene yang sedari tadi senyap.

"Umm.. dah setahun." Ujar kevin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Malu pula dia.

"Apa dia?! Setahun? Lama tu... tapi kenapa kitorang langsung tak nampak korang berdua dating?" Tanya seulgi. Mereka berempat masih lagi dalam mood terkejut bila dapat tahu yang wendy sudah ada teman lelaki, dan lelaki tersebut ialah kevin. Kevin woo pengacara rancangan After school club dan anggota kumpulan U-kiss yang handsome dan terkenal dengan kelembutannya.

Bertuah wendy kata hati Irene dan bertuah juga kevin dapat wendy kerana perangai mereka yang mempunyai banyak persamaan.

"Ada je.. bila cuti kan korang selalu keluar, wendy selalu duduk dirumah seorang diri sambil baking. Jadi aku datang sini dan teman dia baking. Kami baking cake sama-sama." Ujar kevin selamba. Patutlah pandai je dia cari bilik gym tadi, rupa-rupanya dia pernah datang sini.

"Wow..." ujar mereka berempat.

"Apa yang awak cerita dekat mereka Kevin?" Sapa wendy tiba-tiba. Sebaik saja selesai mandi, wendy terus ke ruang tamu dan duduk di sebelah kevin memandangkan tempat duduk di sebelah Kevin saja yang kosong.

Irene, seulgi,joy dan yeri memandang wendy dengan pandangan yang tidak percaya.

"Dah kenapa korang semua ni?" Tanya wendy yang masih blur.

"Macam mana korang boleh dating?" Tanya Irene memecah kesunyian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience