Bab 4

Fanfiction - KPOP Completed 11422

BAB 4

Mereka semua cuti harini kerana tiada apa-apa rancangan untuk dibuat.

Wendy,irene dan seulgi sibuk memasak di dapur manakala dua orang maknae iaitu yeri dan Joy sedang sibuk mengemas rumah.

"Wendy, aku pinjam mesin pengisar kau. Aku nak buat juice apple." Pinta seulgi.

"Ambik jelah.. tak payah minta-minta." Jawab wendy sambil memotong bawang. Demannya sudah elok selepas makan ubat demam yang diberi oleh Irene semalam.

"Heheh, thank you wendy." Ujar seulgi dalam bahasa inggeris.

"Pomm!" Kedengaran letupan kecil. Wendy terkejut lalu menoleh melihat seulgi yang tergamam itu.

"Yahh!" Marah Irene unnie yang sedang memasak seaweed sup itu.

Kelihatan asap kecil keluar dari mesin pengisar wendy.

"What have you done to my blender seulgi?" Tanya wendy yang terkejut melihat mesin pengisarnya yang sudah rosak itu.

"Apa dia kau cakap wendy? Aku tak faham bahasa inggeris." Tanya seulgi yang kelihatan blur itu. Ye seulgi seorang yang blur tapi bila dia di atas pentas dia seorang yang mempunyai charisma yang tinggi.

"Yah! Selugi unnie paboo!" Ujar joy yang datang ke dapur untuk melihat apa yang terjadi.

"Seulgi. Kau kena potong dulu buah-buah apple tu kecil-kecil bukan masukkan sebijik-sebijik dalam tu." Terang wendy yang sedih melihat mesin pengisar yang dihadiahkan oleh peminatnya itu rosak.

"Wendy.. maafkan aku . Aku tak tahu.." ujar seulgi perlahan.

"Tak apalah. Nanti aku beli mesin pengisar baru. Dah kau pergi duduk dengan joy dan yeri. Biar aku dan irene unnie yang masak." Ujar wendy lalu menyambung kerjanya yang tertunggak tadi.

"Baiklah..." ujar seulgi lalu mengikuti joy ke ruang tamu.

"Seulgi ni langsung tak boleh buat kerja dapur. Kau ingat lagi tak wendy.. seulgi masak telur sampai hampir terbakar dapur kita ni. Hahaha." Ujar Irene unnie.

"Hahaha. Ingat-ingat. Macam mana boleh lupa benda lawak macam tu. Nasib aku lah harini mesin pengisar aku rosak dikerjakan dia. Seulgi,seulgi comel betullah kau ni." Ujar wendy sambil membasuh mesin pengisarnya yang sudah rosak itu.

"Ahh.. Irene unnie tengah hari nanti aku nak keluar sekejap ye.. aku ada hal sedikit." Ujar wendy, dia perlu meminta cuti dari lee soman untuk balik ke kanada bulan depan.

"Hal apa wendy?" Tanya irene unnie.

"Adalah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience