BAB 17
"Jemput duduk... maaflah sedikit berhabuk, sudah lama tak pulang kesini.unnie pergi kedapur buat air dulu ye." ujar seung hee pelat.
Mereka berempat hanya mengangguk dan tersenyum, kelibat kevin dan dua orang lelaki tadi masih lagi tidak kelihatan.
"Unnie... aku tak sangka yang wendy ada rumah di korea dan rumah dia besar macam istana! Aku ingat wendy anak orang biasa-biasa macam kita saja." Ujar seulgi pada irene.
"Aku pun tak tahu seulgu ah.. wendy sangat perahsia orangnya, aku masih tertanya-tanya sekarang ni, wendy sakit apa? Aku dah agak mesti ada sesuatu yang wendy sorokkan pada kita sebab aku nampak dia lain macam seminggu dua ni... aku risau tapi dia kata dia okay." Ujar irene. Air matanya bergenang ditubir mata.
"Jemputlah minum, maaf air bujang saja. Rumah wendy ni tak ada barang dapur hanya ada teh hijau saja di dapur tadi." Ujar seung hee yang berjalan dari arah dapur.
"Tak apa... susahkan unnie saja." Ujar yeri.
"Umm. Wendy unnie tak pernah cerita pada kami yang dia ada rumah di korea..dia sanggup duduk dengan kami di asrama kecil yang disediakan oleh company sedangkan dia ada rumah sebesar istana ini. Kenapa?" Tanya joy selepas beberapa minit berdiam diri.
Seung hee tersenyum.
"Wendy... dia memang begitu, suka berahsia tentang latar belakangnya. Unnie pernah bertanya pada dia, why she dont want to stay here.. rumah ni lengkap dengan studio, dan macam-macam peralatan music. Tapi dia jawab, asrama yang dia duduk itu penuh dengan kegembiraan walaupun tak lengkap dengan semua ini dia kata dia happy dengan berada dekat dengan kamu berempat." Ujar seung hee.
Terharu mereka berempat mendengar jawapan dari seung hee itu.
"Seung hee unnie, wendy sakit apa?" Tanya seulgi.
"Wendy... dia disahkan ada barah otak bulan lepas. Kami tak boleh melakukan pembedahan di korea. Jadi kami akan bawa balik wendy ke rumah kami di kanada. Wendy juga sudah berhenti dari smtown company, jadi sudah tiada halangan untuk kami bawa balik dia kesana, keadaan wendy juga semakin teruk jadi kami decide untuk bawa wendy balik ke kanada esok." Ujar seung hee,tersekat-sekat bahasa koreanya.
Mereka berempat terkedu, beku, kelu untuk mengeluarkan sebarang bunyi.
"Noona, wendy mungkin tak sedar sehingga esok, jadi boleh lah kita berangkat ke kanada esok. Kevin risaukan kesihatan wendy kita kena lakukan pembedahan tersebut dengan segera!" Ujar kevin tiba-tiba yang baru muncul entah dari mana.
"Ye.. kita akan berangkat ke kanada esok, kamu berempat boleh lah pergi melawat wendy buat kali terakhir. Lepas saja melawat wendy kevin akan hantar kamu berempat balik ke dorm, nanti ada orang nampak unnie tak mahu ada gossip pasal wendy tersebar." Ujar seung hee.
Mereka berempat hanya mengangguk mendegar kata-kata tegas dari seung hee itu, mereka tidak dapat membuat apa-apa. Demi kesihatan wendy juga.
Selepas melawat wendy mereka berempat terus dipanggil oleh kevin yang sedang menunggu di hadapan rumah bersama keretanya.
"Kamu berempat jangan risau, sampai masa nanti unnie akan datang bawa kamu ke kanada untuk jumpa wendy."ujar seung hee. Hambar senyuman mereka.
"Baikla unnie, apa-apa berita pasal wendy beritahulah kami. Kami sayangkan wendy." Ujar irene. Air mata mereka mengalir mengenangkan wendy.
"Sudah.. mari kita pergi, dah lewat, esok korang ada scheduled kan. Mari kita bertolak." Ujar kevin. Tidak sanggup melihat drama air mata tersebut.
"Kami pergi dulu." Ujar seulgi.
"Baikla hati-hati... jangan risaukan wendy." Jawab seung hee.
-bersambung.
(Insyaallah dlm bulan ni aku akan buat sambungan untuk tergelincir dan wendy 2
Maaf buat korang tertunggu-tunggu.im sorry jgn benci aku,huhu. Dan cerita ni hanyalah rekaan
Semata-mata. Tkyah fikir logik,ikut fantasy korg je. Broken english aku minta maaf,aku tak pro bi.)
Share this novel