Detektif Zaf memberhentikan keretanya di kawasan parking. Dia berjalan masuk ke dalam balai polis. Detektif Aslan melihat kedatangan sahabatnya terus menyapa.
"Morning wei." sapanya.
"Morning." balas Detektif Zaf.
"Why? Ada apa-apa ke?" tanya Detektif Zaf. Detektif Aslan menganggukkan kepalanya. Mereka menuju ke ruangan pejabat milik Syed Zakuan Zafran.
"Apa citer?" Detektif Zaf mula bertanya. Dia mula menyandarkan tubuhnya ke kerusi.
"Semalam kitorang ada follow dia sampai rumah. Tapi nothing special. Takda apa-apa yang mencurigakan. Setakat ni kitorang ada alamat rumah dia je. Ni." jelas Detektif Aslan. Sehelai kertas diberikan kepada sahabatnya.
"Kawasan rumah sewa?" tanya Detektif Zaf.
"Ha'ah. Dia tinggal di kawasan rumah sewa." balas Detektif Aslan.
"Masa tu dia kat mana?" tanya Detektif Zaf.
"Kat kelab malam." balasnya. Detektif Zaf menganggukan kepala.
"Okey. Apa-apa inform bagitau aku." katanya.
"Baiklah." balas Detektif Aslan. Dia pun berlalu pergi dari situ.
Kringgggg!! Telefon disebelahnya tiba-tiba berbunyi. Detektif Zaf mengangkat telefon itu dan langsung menjawab.
"Okey. Nanti aku pergi." balasnya. Dia lalu menutup panggilan dan keluar dari pejabatnya.
****************************************************
"Aku tak dapat nak jejak lokasi mangsa." kata Detektif Ashraf. Komputer di depannya ditekan beberapa kali. Detektif Zaf memandang ke arah skrin komputer milik sahabatnya. Dahinya mula berkerut.
"Nampaknya mangsa tidak meninggalkan sebarang jejak. Mungkin dia dah rancang untuk melarikan diri tanpa dikesan oleh pihak polis." kata Detektif Syamil.
"Kau dah try hubungi dia?" tanya Detektif Zaf.
"Dah. Tapi panggilan tak disambung. Aku rasa dia dah tak pakai nombor telefon tu." balas Detektif Ashraf.
"Cuba kau check." arah Detektif Zaf. Detektif Ashraf pun terus melakukan apa yang disuruh oleh Detektif Zaf. Mereka memandang ke arah skrin komputer. Masing-masing tersenyum hambar.
"Pastu macam mana ni?" tanya Detektif Ashraf. Dia dah mula berasa bingung.
"Takpe. Kau teruskan tengok jejak lokasi mangsa." arah Detektif Zaf.
"Baiklah." balas Detektif Ashraf.
****************************************************
Puan Mariam menatap gambar anak bongsunya. Dia menyentuh gambar itu dengan jari-jemari. Kerinduan seorang ibu mulai terselah. Dia mengesat air matanya apabila air matanya keluar membasahi pipi.
"Dah berapa hari Zara tinggalkan umi. Umi rindu Zara." kata Puan Mariam sendirian. Tangannya masih lagi menyentuh foto milik anaknya itu. Encik Zulkifli yang baru sahaja masuk ke dalam bilik melihat isterinya sedang menatap foto Fatimah Az-zahra. Dia mendekati isterinya.
"Sabarlah Yam. Insyaallah pihak polis akan menemukan Zara. Kita doakan yang baik-baik saja erk." pujuk Encik Zulkifli. Dia memeluk isterinya.
"Yam rindu Zara bang." balas Puan Mariam. Air matanya mula berlinang.
"Ya abang tahu. Abang pun rindu Zara juga." kata Encik Zulkifli. Air mata yang ingin keluar ditahannya. Dia sebak.
hai guys.. enjoy ye dengan bab ni...lepas nii puteri rasa akan slow updated cause puteri ada hal sikit...but don't worry puteri akn settlekan jugak cerita Bidadari Syurga ni eaa..
Share this novel