Bab 1

Drama Series 4278

Jam loceng disebelah katilnya berdering. Dia terus mematikan jam loceng itu lalu bingkas bangun dari tempat tidurnya dan berjalan menuju ke tandas. Dia mengamati ruangan dalam tandas itu. Terasa dingin sekali pada seluruh tubuhnya membuatkan dia menggigil sedangkan dia belum lagi menyentuh air. Tanpa berfikir panjang dia terus mencuci muka dan menggosok gigi lalu mandi.
Usai membersihkan diri, dia memilih pakaian yang sesuai untuk dipakainya. Dia menuju ke arah meja solek lalu berdandan. Setelah selesai, dia bersiap-siap turun ke bawah untuk bersarapan dengan keluarga yang tersayang.

Dia tersenyum melihat ibunya yang sedang menghidang makanan di atas meja. Dia menuju ke arah ibunya lalu memeluk. Ibunya tersenyum.

"Peluk umi je ke? Ayah?" tiba-tiba suara Encik Zulkifli kedengaran. Encik Zulkifli berjalan ke arah meja makan lalu mengambil tempat duduk. Dia memandang ke arah anak daranya itu. Sebaik sahaja Fatimah Az-zahra mendengar kata-kata Encik Zulkifli tadi dia lantas memeluk ayahnya sambil berkata.

"Ayah pun Zara nak peluk juga." Encik Zulkifli tersenyum. Puan Mariam menggelengkan kepala apabila melihat gelagat anak dan suaminya.

"Jom makan. Nanti tak sedap pula bila dah sejuk nasi goreng buatan umi ni." kata Puan Mariam kepada anak dan suaminya.

"Baik bos." ucap mereka serentak.Puan Mariam hanya mampu tersenyum.

"Hah,ayah nak tanya Zara ni. Pakai cantik-cantik nak pergi mana? Biasanya waktu macam ni duduk dalam kain selimut lagi." tanya Encik Zulkifli kehairanan. Fatimah Az-zahra teragak-agak ingin memberitahu kepada ayahnya.

"Zara...erm...zara...nak...erm..."

"Zara nak apa?" tanya Encik Zulkifli.

"Zara nak keluar dengan Emir lepas ni." Fatimah Az-zahra memberanikan diri untuk menjawab pertanyaan sang ayah. Air muka Encik Zulkifli tiba-tiba berubah. Begitu juga dengan Puan Mariam setelah mendengar kata-kata anaknya itu.

"Zara nak keluar dengan dia?" tanya Puan Mariam. Ingin mendapatkan kepastian. Fatimah Az-zahra menganggukkan kepalanya.

"Ayah bukan apa Zara, cuma Zara betul-betul yakin ke yang si Emir tu sukakan Zara?" tanya Encik Zulkifli.

"Yakin yah. Lagipun kitorang dah 3 tahun bersama. Kalau dia tak sukakan Zara buat apa dia bersama dengan Zara lagi sampai sekarang? Kan?" jelas Fatimah Az-zahra kepada kedua orang tuanya.

Mendengar kata yang baru saja diucap oleh anaknya itu, Encik Zulkifli dan Puan Mariam hanya mendiamkan diri. Mereka pun menikmati sarapan pagi.

****************************************************

Bunyi hon kereta dari luar rumah membuatkan mereka terkejut. Nasib baik Encik Zulkfli dan Puan Mariam tidak ada penyakit jantung. Kalau tak memang ke hospital lah jawabnya. Mereka menarik nafas dan hembus sambil berkata 'sabar'. Fatimah Az-zahra terus bangun dari tempat duduknya dan bersalaman dengan orang tuanya.

"Zara pergi dulu ye umi ayah." ucap Fatimah Az-zahra.

"Yelah.Hati-hati dengan dia. Ayah cuma takut benda yang tak elok terjadi dekat Zara." kata Encik Zulkifli dengan nada yang serius.

Dia sebenarnya sangat risau akan anaknya itu. Tetapi apa yang dia boleh buat. Anaknya terlalu mencintai lelaki tersebut. Hanya nasihat sahaja yang dapat dia dan isterinya berikan. Itupun tidak pasti sama ada anaknya dengar atau tak.

"Ayah janganlah risau. Zara boleh jaga diri Zara." ujar Fatimah Az-zahra kepada Encik Zulkifli.

"Umi pun. Jangan risau tau. Zara boleh jaga diri Zara." sambungnya lagi. Puan Mariam hanya tersenyum.

Fatimah Az-zahra pun berlalu pergi.

****************************************************

Dia mengukirkan senyuman yang manis kepada lelaki di dalam kereta itu. Lelaki itu membalas senyumannya.

"Maaf lambat. Tadi tengah sarapan dengan umi ayah." ucap Fatimah Az-zahra kepada lelaki tersebut.

"It's okay." balas lelaki itu.

"Kita nak pergi mana?" tanya Fatimah Az-zahra sambil memperbaiki tempat duduknya.

"Kita nak pergi shopping." balas lelaki itu.

Mendengar kata-kata lelaki itu, Fatimah Az-zahra tersenyum bahagia. Kereta Kancil yang dipandu oleh Gibran Emir akhirnya bergerak menuju ke destinasi.

Sebaik sahaja kereta milik Gibran Emir menghilang dari pandangan, mereka pun mengumpat.

"Takde adab ke apa budak ni erk? Datang rumah orang dahlah tak bagi salam lepastu pergi macam tu je. Takde kata nak jumpa kita sekejap nak minta izin bawa anak dara orang pergi keluar. Apa? Ingat si Zara tu takde mak bapak ke?" kata Encik Zulkifli dengan kesal.

"Kan. Apalah yang ada pada budak tu sampaikan Zara tergila-gilakan dia. Nak kata hensem tak, kaya pun tak, asyik minta duit dekat Zara je. Si Zara pun sama. Bagi je apa yang budak tu minta." ujar Puan Mariam dengan nada yang begitu kesal.

"Haaaa umi ayah! Mengumpat dekat siapa tu haaaaa?!" tanpa disedari suara anak ketiga menerjah ke arah mereka membuatkan mereka terperanjat.

"Astaghfirulallahalazim Zatul! Nasib ayah dengan umi takde penyakit jantung." ujar Encik Zulkifli sambil menggosokkan dadanya. Begitu juga dengan Puan Mariam.

"Kamu jangan seperti budak tu ye Zatul. Datang rumah orang tak bagi salam lepastu pergi macam itu aje." marah Puah Mariam sambil menepuk bahu anaknya. Maizatul kehairanan.

"Budak mana yang umi maksudkan?" tanya Maizatul.

"Lelaki yang adik kamu sangat cintalah." Encik Zulkifli menyampuk dengan reaksi menyampah.

"Oh! Emir ke?"

"Yela. Dah siapa lagi." balas Puan Mariam.

"Kenapa dengan dia?" tanya Maizatul lagi. Puan Mariam menarik nafas geram dengan perangai anaknya itu. Maizatul tersenyum sumbing. Dia tahu bahawa ibunya marahkan dia kerana terkejut dengan perbuatan dia tadi.

"Ada ke patut budak tu datang rumah ni tak bagi salam." kata Encik Zulkifli. Mengulangi kata isterinya.

"Pastu dia bagi apa?"

"Dia bagi hon kereta Kancil dia." balas Encik Zulkifli. Maizatul tergelak. Akhirnya dia mengerti kenapa ibunya berkata sedemikian.

"Assalamualaikum." Maizatul pun terus memberi salam kepada orang tuanya.

"Dah buat orang terkejut baru nak bagi salam." kata Puan Mariam.

"Ala, Zatul minta maaflah." ucap Zatul dengan manja.

"Yela. Waalaikumussalam." balas Puan Mariam. Maizatul mengukir senyuman.

"Umi laparla."

"Dahtu pergilah makan."

"Nak umi temankan." Puan Mariam menjelingkan mata kepada anaknya.

"Mengada-ngada.Jomlah" balas Puan Mariam.

Encik Zulkifli menggelengkan kepalanya apabila melihat perangai mengada-ngada anaknya itu.

Sorry kalau ada sebarang kesalahan ejaan シ︎ Selamat menikmati cerita Bidadari Syurga. Hope anda semua puas hati dengan bab ini. ♥︎

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience