Bab 7

Drama Series 4278

Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik itu diketuk beberapa kali namun tidak ada respon sedikitpun. Puan Mariam menolak pintu bilik itu. Kosong. Dia memanggil nama anaknya tetapi panggilannya tidak disahut. Hatinya mulai gelisah. Baru saja ingin keluar dari bilik itu, Puan Mariam ternampak sekeping kertas di atas meja solek anaknya. Melihat isi kandungan surat itu, tubuhnya terjatuh. Dia menangis. Maizatul yang kebetulan lalu dihadapan bilik adiknya ternampak ibunya. Dia terus masuk ke dalam bilik itu. Dia melihat sekeping kertas yang dipegang ibunya lalu dicapainya. Butir-butir air mata perlahan-lahan jatuh membasahi pipinya.

"Umi..." suaranya tersekat. Puan Mariam terus menangis.

Encik Zulkifli yang masih lagi berada di bawah sedang menunggu mereka. 'Lamanya' gumam hatinya. Dia pun membuka langkah kakinya untuk menaiki tangga. Sampai sahaja di depan bilik Fatimah Az-zahra, dia terkejut melihat anak sulungnya dan isterinya sedang menangis.

"Kenapa? Mana Zara?" soalnya. Maizatul memberikan sekeping kertas kepada Encik Zulkifli. Kertas itu adalah surat daripada Fatimah Az-zahra. Encik Zulkifli membaca isi kandungan dari surat itu. Dia lantas menekup mukanya dan beristighfar. Dia tidak menyangka bahawa anaknya semalang itu. Patutlah sejak kebelakangan ini sikap Fatimah Az-zahra berubah seratus peratus. Rupa-rupanya ini adalah punca mengapa dia berubah.

****************************************************

Malam itu saudara terdekat mereka berkumpul di ruang tamu. Masing-masing diam memikirkan cara bagaimana ingin mencari anak Encik Zulkifli yang hilang sejak pagi tadi lagi.

"Ayah, kita buat laporan polis la senang." suara Maizatul mencecah kesunyian. Encik Zulkifli memandang anak sulungnya. Dia diam. Puan Mariam masih lagi menangis atas kehilangan anak bongsunya. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya hilang dalam sekelip mata. Semalam dia baru sahaja dapat melihat tawa anaknya tapi malam ini kelibat anaknya langsung tidak kelihatan.

"Betul tu Bang Ngah. Lagipun kita dah cari dia di merata tempat. Semuanya tak ada. Tempat-tempat yang Zara biasa pergi pun tak ada. Kawan-kawan dia pun tidak tahu dia pergi mana." ujar Encik Said kepada adik keduanya. Dia sebenarnya risau juga akan kehilangan anak saudaranya itu kerana anak saudaranya itulah yang selalu menolong keluarganya ketika susah. Encik Zulkifli yang mendengarkan kata-kata itu lalu menganggukkan kepala. Dia tidak mampu berkata-kata. Saat ini dia sangat risau atas kehilangan anaknya.

"Kalau begitu, esok kita buat laporan." kata Puan Zainab isteri kepada Encik Said. Semuanya bersetuju.

****************************************************
Encik Zulkifli melihat isterinya yang dari tadi mengalirkan air mata menjadi sebak. Dia mendekati isterinya lalu memeluk. Dia juga merasa seperti isterinya juga.

"Kita doakan yang baik-baik saja. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan sentiasa melindungi Zara." pujuk Encik Zulkifli. Puan Mariam hanya biasa menganggukkan kepalanya sahaja. Jujur, dia lemah saat itu. Bagaimana perasaan seorang ibu apabila kehilangan seorang anak? Sangat tidak boleh dibayangkan.

Sorry guys baru updated...pagi tadi saya ada masalah perempuan. Harap faham.. semoga korang suka dengan bab ni yee..❤️ enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience