Bab 5

Drama Series 4278

Ruangan dalam pejabatnya sunyi sepi. Dia membuka laci meja dan mengambil sekeping gambar lalu ditatapnya.

3 TAHUN YANG LALU

Program Sukaneka diadakan di SMK Petaling pada 20/4/2016. Ramai pelajar yang bersemangat semasa program tersebut diadakan. Para guru juga begitu. Suasana di padang ketika itu sangat riuh seperti berada di dalam pasar. Terdapat beberapa pelajar yang bersorak untuk pasukannya sendiri. Ada juga yang sedang mengambil foto buat kenangan. Ada juga yang duduk di atas kerusi dengan santai sambil melihat acara itu berlangsung. Di tepi padang juga terdapat sebuah khemah PBSM. Khemah tersebut didirikan kerana para guru risau akan keselamatan pelajar mereka jikalau ada yang tercedera. Dengan adanya PBSM, para guru tidaklah risau sangat kerana PBSM akan memberi bantuan kepada atlet-atlet yang tercedera.

"Sedia...1...2...3...Mula." setelah salah seorang guru sukan meniup wisel, atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam acara berlari 200 meter pun terus membuka langkah seribu. Ramai pelajar yang memberi semangat kepada ahli pasukannya. Mereka terus bersorak. Tiba-tiba, salah seorang atlet terjatuh. Guru sukan terus menuju ke arahnya sambil meminta bantuan dari PBSM.

Sampai saja dikhemah, guru sukan meminta seorang ahli PBSM memeriksa atlet itu. Demi keselamatan atlet itu, salah seorang dari ahli PBSM mendekati atlet tersebut. Dia membuka kasut yang dipakai oleh atlet itu dengan perlahan-lahan. Atlet itu kesakitan.

"Sakit ke?" dia bertanya kepada atlet itu. Atlet itu mengangguk.

"Sorry." dia meminta maaf. Tanpa berlengah masa dia menyuruh rakannya mengambil ais batu untuk diletakkan di bahagian kaki atlet yang terseliuh. Ais batu sampai. Dia mengambil ais batu itu lalu diletakkan perlahan-lahan di kaki atlet itu.

"Kalau seliuh bukan ke kena urut erk?" tiba-tiba atlet itu bersuara. Dia memandang ke arah atlet itu. Dia tersengih sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Yeke?" Atlet itu mengangguk. Dia pun terus mengurut kaki atlet tersebut.

"Sakit." atlet itu mengadu kesakitan.

"Sorry...sorry..."

"Slow sikit..." arah atlet itu.

"Siapa nama Syed Zakuan Zafran?" kedatangan seorang guru membuatkan mereka terkejut.

"Saya."

"Macam mana dengan kaki awak? Masih sakit lagi ke? Kalau tak lepasni ready untuk acara yang seterusnya ya?" kata cikgu itu. Dia yang mendengar kata-kata cikgu itu lantas bersuara.

"Cikgu, kaki dia bukan terseliuh biasa. Dia tak boleh berlari buat masa ni. Kesian dia." ujar si dia kepada gurunya itu.

"Habistu kalau dia tak boleh berlari, siapa yang sudi gantikan tempat dia?" tanya guru itu.

"Biar saya yang gantikan." balas dia dengan penuh keyakinan. Dia berharap agar guru itu bersetuju dengan apa yang dikatakannya tadi. Dia tidak ingin membahayakan atlet yang baru saja terseliuh. Cikgu itu ketawa terbahak-bahak setelah mendengar jawapan yang baru sahaja dikeluarkan oleh pelajarnya tadi. Atlet yang berada di sampingnya juga ikut ketawa.

"Awak biar betul. Acara ni adalah acara bahagian lelaki, bukan perempuan. Ish awak ni." cikgunya berkata sambil menahan ketawanya. Lucu dengan kata-kata si dia tadi. Dia terpinga-pinga. Malu agaknya. Atlet itu bangun.

"Takpe cikgu. Kaki saya dah okey. Sikit je pun." ujar lelaki itu. Dia memandang lelaki itu. 'Biar betul mamat ni. Kaki kemain biru boleh dia kata sikit je pun' gumam hatinya.

"Baiklah kalau macam tu. Get ready ya." balas guru sukan itu lalu pergi meninggalkan mereka. Lelaki itu memandang ke arahnya. Dia tersenyum.

"Thanks sudi tolong gantikan tempat saya walaupun...." lelaki itu menahan tawanya. Dia seraya berlalu pergi meninggalkan perempuan itu sambil mengeyitkan mata.

Melihat kelibat tubuh lelaki itu menghilang, dia terus menekup mukanya.

"Malunya aku." dia melihat disekitar khemah itu. Mujur tidak ada orang. Kalau tak, kat manalah mukanya nak diletak.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan dari luar pintu membuatkan lamunannya terhenti.

"Masuk."

Pintu perlahan dibuka.

"Detektif Zaf, ini dokumen yang Detektif minta." pemuda yang bertubuh tegap itu memberikan sebuah fail bewarna coklat kepada lelaki yang bernama Syed Zakuan Zafran atau lebih dikenali sebagai Detektif Zaf. Dia seorang anggota polis yang sangat terhormat disitu kerana dia mempunyai kelebihan yang cukup luar biasa. Untuk menyelesaikan kes merampok, dadah, rogol, kehilangan dan sebagainya hanya sekelip mata sahaja dia dapat selesaikan. Dia hanya memerlukan maklumat sahaja untuk menyelesaikan kes tersebut. Petunjuk dia tidak perlu.

"Terima kasih Syam." balasnya. Dia mencapai fail itu dari tangan anak buahnya. Syam menundukkan kepala lalu keluar dari bilik pejabatnya. Detektif Zaf membuka fail tersebut dan mengeluarkan beberapa dokumen penting di dalamnya. Dia meneliti setiap dokumen yang baru sahaja diberikan oleh anak buahnya.

"Kes macam ni lagi." dia menghela nafas.

****************************************************

Jam di dinding menunjukkan pukul 10. Dia bangun dari tempat duduknya dan menggeliat sedikit. Terasa lenguh di bahagian punggungnya kerana terlalu lama duduk. Kakinya juga terasa kejang sedikit. Selepas menggeliat,barulah dia berasa selesa. Dia mengemaskan fail-fail yang bertaburan di mejanya lalu bergegas pulang.

Semasa dalam perjalanan menuju kerumah, Detektif Zaf ternampak seorang gadis sedang bertengkar dengan seorang lelaki. Lelaki itu hampir menampar wajah perempuan itu namun disekat oleh temannya. Detektif Zaf memberhentikan keretanya yang tidak jauh dari kawasan mereka. Dia keluar dari perut keretanya dan terus berlari ke arah mereka.

"Kau ingat aku kesah ke apa yang terjadi pada kau?" tanya lelaki itu dengan marah. Temannya yang berada disitu tidak henti-henti menyuruh lelaki itu bersabar. Perempuan itu menangis teresak-esak. Melihat perempuan yang menangis itu,lelaki tersebut terus menolaknya kebelakang. Tepat pada waktunya, Detektif Zaf merangkul tubuh perempuan itu dari jatuh tersungkur.

"Apa yang berlaku ni?" tanya Detektif Zaf. Dua orang lelaki itu memandang Detektif Zaf. Seorang memandang ke arahnya dengan wajah bengis manakala seorang lagi memandangnya dengan wajah yang bersyukur.

"Siapa kau?" tanya lelaki itu.

"Siapa aku itu tak penting. Sekarang ni aku nak tanya kau. Kenapa kau bersikap kasar dengan perempuan ni sampai kau nak tolak dia?" tanya Detektif Zaf ingin tahu. Lelaki itu tersenyum sinis.

"Itu bukan urusan kau lah!" jerkah lelaki itu dengan marah. Dia ingin menarik lengan perempuan itu namun disekat oleh Detektif Zaf.

"Siapa kau nak halang aku?" jerkah lelaki itu sekali lagi. Detektif Zaf mengeluarkan sekeping kad dari poket seluarnya.

"Aku polis." dia menunjukkan kad polis itu kepada lelaki tersebut. Sebaik sahaja melihat kad itu, temannya yang berada disebelah lelaki itu terus memujuknya untuk pulang.

"Jom wei kita chau. Nanti tak pasal-pasal masuk lokap." pujuknya. Lelaki itu melangkah mendekati perempuan yang malang itu.

"Kau ingat eh, kalau aku dapat tahu kau buat lapor siap kau. Silap-silap nama keluarga kau tercalar." lelaki itu berbisik ke telinga perempuan itu lalu pergi. Kedengaran seperti ancaman.

****************************************************

Detektif Zaf membuka pintu kereta dan menjemput perempuan itu masuk. Setelah perempuan itu masuk, Detektif Zaf menutup pintu kereta dan dia terus masuk ke dalam perut kereta miliknya. Dia menghidupkan enjin keretanya. Sebelum keretanya bergerak, dia bertanya kepada perempuan itu dimanakah rumahnya. Perempuan itu menjawab.

"Vila Az-zahra." terkejut dia apabila mendengar nama alamat yang baru sahaja keluar dari mulut perempuan itu. Dia menoleh ke arah perempuan itu. 'Zara.' desis hatinya. Perempuan yang dicintainya selama 3 tahun tiba-tiba muncul dihadapannya malam ini.

"Encik?" panggil perempuan yang berada di sebelahnya. "Encik okey tak?" sambungnya lagi. Lama dia memerhatikan wajah milik perempuan itu. Akhirnya dia tersedar. Dia membetulkan seatnya.

"Ermm...okey..." balasnya dengan nada yang tersekat-sekat. "Kat mana rumah awak tadi?" tanya Detektif Zaf sekali lagi.

"Vila Az-zahra." balas perempuan itu. Dia menelan liurnya. 'Sah. Ini Zara.' gumam hatinya. Dia menganggukkan kepalanya. Kereta bergerak laju meninggalkan kawasan itu.

uiiii romantik jugak ehh Detektif Zaf masa form 5 kn?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience