Bab 9

Drama Series 4278

Loceng di luar pagar ditekan beberapa kali. Akhirnya pintu pagar terbuka sendiri. Kereta Sport Lamborghini memasuki perkarangan rumah banglo tiga tingkat. Detektif Zaf dan Detektif Ashraf keluar dari perut kereta. Mereka berjalan menuju ke arah pintu utama rumah itu. Melihat tuan rumah yang sudah berdiri di depan pintu itu mereka tersenyum.

"Assalamualaikum." mereka memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ada apa yang boleh saya bantu?" tanya tuan rumah.

"Adakah ini benar rumah Siti Yusmatania anak kepada Haji Ibrahim?" tanya Detektif Ashraf.

"Ha'ah ya. Kenapa tuan?" soal Haji Ibrahim.

"Cik Yusmatania ada?" tanya Detektif Ashraf.

"Ada. Tapi boleh saya tahu. Tuan berdua ni siapa?" tanya Haji Ibrahim.

"Kami polis." balas mereka.

"Polis? Kenapa datang kesini? Kami ada buat salah ke?" tanya Haji Ibrahim bertubi-tubi. Mereka mengukir senyuman sambil menggelengkan kepala. Hajjah Latipah yang baru turun dari tangga menjenguk ke luar.

"Siapa bang?" tanya Hajjah Latipah.

"Polis." jawab Haji Ibrahim.

"Ooo polis. Masuklah dulu. Kat luar ni panas." pelawa Hajjah Latipah ramah. Kedua anggota polis itu pun masuk ke dalam rumah banglo setelah dipelawa masuk. Mereka duduk di ruang tamu.

"Apa yang kami boleh bantu tuan?" tanya Hajjah Latipah.

"Kami ingin berjumpa dengan Cik Yusmatania." balas Detektif Zaf.

"Ooo kejap saya panggilkan dia." kata Hajjah Latipah. Setelah dipanggil, Nia pun turun.

"Cik Yusmatania?" tanya Detektif Zaf.

"Ya saya." kata Nia.

"Boleh saya tahu. Sebulan yang lepas kat rumah ni ada sambut birthday tak?" soal Detektif Zaf. Dahi Nia berkerut. Begitu juga Haji Ibrahim dengan Hajjah Latipah.

"Takde tuan. Dua bulan lepas lagi saya takde kat rumah. Saya pergi bercuti ke New York dengan keluarga saya. Seminggu yang lepas baru kitorang pulang ke Malaysia." jelas Nia. Dia masih lagi tidak faham dengan situasi sekarang ini.

"Okey." balas Detektif Zaf pendek.

"Sebenarnya kenapa tuan? Apakah ada kaitan atas kehilangan kawan saya?" tanya Nia.

"Kamu tahu tentang itu?" tanya Detektif Ashraf.

"Ya tuan. Dua hari lepas saya dapat panggilan dari keluarga Zara mengenai kehilangan Zara. Tapi saya tidak tahu Zara pergi mana. Lepas dapat panggilan dari keluarga mangsa. Saya cuba call Zara tapi panggilan tidak bersambung." jelas Nia. Dia betul-betul tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Setelah selesai berbicara dengan ahli keluarga kawan mangsa mereka pun meminta untuk pulang.

****************************************************

"Sekarang macam mana?" tanya Detektif Aslan.

"Mulakan strategi kau." balas Detektif Zaf dengan nada yang serius.

"Aku letak kes ni seratus peratus pada kau. Aku percayakan kau." sambung Detektif Zaf lagi. Dia memandang sahabatnya dengan penuh harapan.

"Baiklah. Aku akan buat yang terbaik. Kau fokuskan dengan pencarian dia." ujar Detektif Aslan. Dia berlalu pergi meninggalkan ruangan Detektif Zaf.

Detektif Zaf memandang ke luar tingkap. Dia menghela nafas. Kisah masa lalunya bersama Fatimah Az-zahra kembali dalam ingatannya.

3 TAHUN YANG LALU

Suasana di perpustakaan ketika itu sangat sunyi. Dia masuk ke dalam perpustakaan itu. Dia memandang sekeliling ruangan perpustakaan. Sunyi. Dia teringat akan cerita yang pernah diceritakan oleh kawannya mengenai televisyen di bilik tayangan yang terdapat di dalam perpustakaan terbuka sendiri. Seluruh bulu romanya menegak. Dia takut. Tetapi apakah daya dia terpaksa memasuki perpustakaan untuk mengemas buku yang berselerak di atas rak. Itu kerana dia lupa untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya kelmarin. Dia memulakan langkah memasuki perpustakaan dengan memberi salam.

"Assalamualaikum. Aku datang nak kemas buku. Korang jangan ganggu aku ye." katanya. Tiba-tiba sebuah buku terjatuh. Dia terperanjat lalu berlari keluar.

Buk!

"Arghhh!!" dia menjerit dalam ketakutan. Seluruh tubuhnya menggigil.

"Awak okey ke?" satu suara garau menerpa ke arahnya. Dia menoleh ke arah suara itu. Dia menghela nafas lega apabila melihat orang itu.

"Oo...o...key..." balasnya. Nafas dia tercungap-cungap kerana terkejut dengan bunyi buku yang jatuh sebentar tadi. Lelaki yang berada di depan tersenyum.

"Boleh lepaskan tak?" tanya lelaki itu. Dia memandang ke arah lelaki itu dengan wajah penuh hairan.

"Lepas apa?" tanya dia. Lelaki itu pun melihat ke arah tangan dia dengan membuat isyarat mata. Dia tersengih. Tangannya perlahan-lahan melepaskan pinggang lelaki itu.

"Sorry." balasnya. Mukanya mulai merah kerana malu.

"Nak masuk perpustakaan ke?" tanya lelaki itu.

"Ya tapi..."

"Takut?" tanya lelaki itu. Dia menganggukkan kepala. Lelaki itu ketawa.

"Jomlah masuk dengan saya." ajak lelaki itu. Dia pun mengikuti lelaki itu dari belakang.

"Kenapa dengan awak tadi?" tanya lelaki itu.

"Takde apa-apalah." nafi dia. Lelaki itu tersenyum.

"Nama saya Zafran.Awak?" Zafran pun memperkenalkan dirinya.

"Saya Zara." balas Zara.

"Nice to meet you Zara." ujar Zafran.

"Nice to meet you too." balas Zara.

****************************************************

"Hilang?!" lelaki yang berpakaian kemeja putih itu berdiri seraya memandang anak buahnya.

"Macam mana dia boleh hilang?" tanya lelaki itu.

"Kami tidak pasti apa puncanya bos. Yang kami tahu dari aduan ahli keluarganya dia menghilangkan diri disebabkan rasa bersalah kepada keluarganya." jelas lelaki yang bergelar sebagai anak buahnya itu.

"Okey takpe. Aku nak korang jejak dia kemana dia pergi.Faham?" arah lelaki itu.

"Faham bos." balas mereka serentak.

"Korang boleh pergi. Apa-apa infom bagitau aku." ujar lelaki itu. Mereka semua pun pergi.

Lelaki itu membuka laptopnya lalu memadamkan sesuatu. Selepas dipadam dia menghela nafas.

"Kau tunggu Gibran Emir. Aku akan pastikan kau dapat balasan yang setimpal." dia berkata sendirian. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience