Bab 12

Drama Series 4278

Dia berjalan menuju ke sebuah bilik rahsia yang terletak di pejabatnya. Kelihatan anak buahnya sedang leka membuat kerja. Dia menghampiri anak buahnya.

"Macam mana? Boleh tak?" tanya dia. Anak buahnya mengggelengkan kepala. Wajahnya kelihatan hampa.

"Dah banyak kali dah aku scan lokasi dia. Tapi tak dapat dikesan." ujar anak buahnya. Dia mengeluh.

"Kalau terus macam ni susah kita nak temukan dia. Sikit jejak yang dia tinggal pun takde." kata anak buahnya yang seorang lagi.

"Korang dah buat bermacam cara?" tanya dia.

"Ya bos. Tapi tetap tak boleh. Aku ada check dia punya nombor telefon tapi nombor tu dah tak digunakan. Sepertinya dia dah tukar nombor." balas anak buahnya. Dia duduk bersandar di kerusi. Mata dipejam. Dia sedang memikirkan sesuatu.

"Bos dah jumpa bukti tu?" tanya anak buahnya.

"Dah." jawabnya sepatah.

"Pastu macam mana?" tanya anak buahnya seorang lagi.

"Aku nak biarkan dia enjoy dulu puas-puas." balasnya. Dia tersenyum sinis.

"Erkk kalau makin membuat?" tanya anak buahnya.

"Takpa. Buat masa ni kita fokuskan pasal perempuan tu je. Pasal dia biar polis yang settlekan." balas dia.

"Polis dah cari dia?" tanya anak buahnya. Dia menganggukkan kepala.

"Kalau polis dah cari dia, mesti polis cari jugak perempuan tu kan. So tak payahlah kita susahkan diri nak cari perempuan tu." ujar anak buahnya. Dia menjelingkan mata ke arah anak buahnya.

"Kenapa bos nak sangat cari perempuan tu?" tanya salah seorang anak buahnya yang dari tadi mendiamkan diri. Dia tersenyum.

****************************************************

Usai mandi dia menuju ke arah almari pakaiannya untuk memilih pakaian yang harus dipakai. Dia mencapai sehelai baju T-shirt berwarna maroon dan kain pelekat. Tiba-tiba sebuah kotak terjatuh ke lantai. Dia mengambil kotak tersebut lalu membuka. Melihat isi dalam kotak itu, dia mengukir senyuman. 'Kenapalah dia seorang sahaja yang membuat aku cair' gumam hatinya. Dia duduk di birai katil sambil memegang kotak itu.

3 TAHUN YANG LALU

Hari ini adalah Hari Guru. Ramai pelajar yang memberikan hadiah kepada guru yang mereka sayang. Zara memegang sebuah kotak di tangannya. Kelihatan dia sedang mencari seseorang.

"Kau cari siapa Zara?" tanya Anis kawan kepada Zara. Zara tersengih.

"Aku...erm...aku haaa aku..." teragak-agak Zara ingin memberitahu kepada kawannya.

"Apa?" tanya Anis.

"Aku... aku nak bagi hadiah kepada cikgu." jawabnya. Dia tersengih sumbing.

"Cikgu mana?" tanya Anis.

"Adalah. Sibuk je nak tahu." balas Zara. Dia melangkah pergi meninggalkan kawannya.

"Wei tunggu la aku. Aku nak ikut jugak." kata Anis. Dia pun berlari mengikuti langkah Zara.

"Tak payah lah ikut. Aku nak pergi sorang je." balas Zara. Dia menjeling ke arah Anis.

"Eleh. Tiba-tiba je taknak bagi ikut kenapa?" tanya Anis. Anis mula mengukir senyuman nakal.

"Ish sibuklah. Dah pergi main jauh-jauh." balas Zara.

"Okey." ujar Anis sambil memuncungkan mulutnya. Zara geli hati melihat telatah kawannya itu.

Zara pergi ke kawasan lapang. Seseorang yang dia cari dari tadi masih lagi tidak dijumpainya. Dia putus asa. Dia membalikkan badannya tiba-tiba dia terlanggar seorang.

"Sorry." kata Zara. Dia memandang ke arah susuk tubuh yang dilanggarnya tadi. Dia tersenyum.

"Hai Zara." ucap lelaki itu.

"Hai." balas Zara.

"Buat apa kat sini?" tanya lelaki itu. Jantung Zara berdegup kencang. Dia tidak tahu bagaimana harus dia memberikan hadiah itu kepada lelaki yang baru sahaja dilanggarnya.

"Nak bagi hadiah." jawabnya.

"Kat siapa?" tanya lelaki itu sambil tersenyum. Dia melihat wajah Zara yang sudah merah merona.

"Erm...dekat...erm..."

"Hurm?"

"Nah dekat awak." balasnya. Sebuah kotak berwarna coklat dihulurkan kepada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum. Dia mengambil kotak itu. Zara memandang ke arah lelaki itu. Melihat lelaki itu ingin membuka kotak yang diberinya dia lantas menyekat.

"Buka nanti awak balik rumah." cepat-cepat dia memberitahu kepada lelaki itu. Lelaki itu mengukir senyuman manis.

"Thanks Zara." balas lelaki itu. Dia melihat sekeping kad di atas kotak.

"To Cikgu Zafran?" Zafran membaca isi kandungan di atas kad itu. Dia menoleh ke arah Zara. Zara tersenyum malu.

"Kenapa awak panggil saya cikgu?" tanya Zafran. Matanya masih memandang wajah Zara.

"Sebab...awak ajarkan saya math." balas Zara teragak-agak. Zafran ketawa kecil.

"Comellah awak ni Zara." kata Zafran. Wajah Zara sudah merah merona. Dia menahan malu di hadapan lelaki itu.

"Takpelah. Saya pergi dulu." kata Zara. Dia sudah tidak tahan berada di hadapan lelaki itu.

"Okey my cutie." balas Zafran sambil mengukir senyuman nakal. Melihat kelibat Zara yang sudah hilang dari penglihatannya dia mengukir senyuman.

'Mana awak pergi Zara.' gumam hatinya. Kerinduan terhadap perempuan yang dicintainya mula bertambah. Dia ingin mengatakan cintanya kepada perempuan itu tetapi dia tidak sempat kerana ada sesuatu yang terhalang di antara mereka.

hi korang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience