Bab 3

Drama Series 4278

Dia membuka perlahan-lahan pintu rumahnya agar penghuni di rumah itu tidak terjaga. Setelah melihat disekelilingnya aman, dia pun menutup pintu. Baru sahaja ingin melangkah tiba-tiba satu suara garau kedengaran.

"Baru balik? Pergi mana?" soal Encik Zulkifli dengan tegas. Puan Mariam juga ada disampingnya. Melihat anak mereka yang baru sahaja pulang dalam keadaan serabai membuatkan mereka tertanya-tanya. 'Apa sebenarnya yang berlaku kepada Zara' .

"Jawablah! Aku tanya kau pergi mana? Kenapa waktu macam ni baru kau balik? Kemana budak lelaki tu bawak kau?" jerkah Encik Zulkifli.

Melihat wajah ayahnya yang semakin bengis, dia ketakutan. Puan Mariam yang melihat perubahan sikap suaminya terus mendapatkan Zara. Dia takut suaminya apa-apakan si Zara.

"Zara,jawablah nak. Kamu pergi mana?" tanya Puan Mariam lembut. "Umi dengan ayah sangat risaukan Zara tau tak. Takut benda yang tak elok terjadi dekat kamu." sambungnya lagi. Jelas sekali raut wajah Puan Mariam sedang risau.

"Zara...za...ra...per...gi rumah Nia. Keluarga diorang ada buat birthday. Lepastu Zara tak sengaja tertidur dekat situ." nafi Fatimah Az-zahra kepada mereka. Tragedi hitam mulai bermain di benak kepalanya. Dia takut untuk ceritakan hal yang sebenar kepada orang tuanya kerana dia telah diugut oleh lelaki itu. 'Kau ingat erk, kalau kau bagitau siapa-siapa pasal ni aku takkan teragak-agak nk sebarkan video kau ni' ayat yang dikeluarkan dari mulut Gibran Emir masih lagi terngiang-ngiang di benaknya.

"Zara kan dah mesej dekat umi. Yang Zara nak pergi rumah Nia sebab family diorang buat party. Tapi Zara tak sangka pulak yang Zara tertidur dekat sana. Zara minta maaf umi ayah." sambung Zara. Padahal mesej itu bukan dari Fatimah Az-zahra tetapi dari lelaki yang bernama Gibran Emir. Selepas mendengar penjelasan dari Fatimah Az-zahra barulah kemarahan Encik Zulkifli redha. Encik Zulkifli mendekati anaknya.

"Kenapa sampai tertidur?" soal Encik Zulkifli.

"Mungkin Zara penat yah. Zara keluar dengan Emir dari jam 10 setengah lagi. Semalam Zara tidur pukul 3 pagi sebab Zara nak siapkan assigment." jelas Fatimah Az-zahra. Mendengar kata-kata yang diacukan oleh anaknya, Encik Zulkifli memeluk Fatimah Az-zahra.

"Ayah minta maaf ye sayang." Encik Zulkifli meminta maaf kepada sang anak. Fatimah Az-zahra meleraikan pelukan lalu berkata,

"Ayah tak salah. Zara yang salah." balas Fatimah Az-zahra. Sayu sekali mendengar jawapannya. Encik Zulkifli tersenyum.

"Dahlah. Zara pergi naik atas. Bersihkan diri lepastu tidur ye." kata Puan Mariam sambil mencium dahi anaknya. Fatimah Az-zahra menganggukkan kepala.

****************************************************

Dia tidak menyangka bahawa nasibnya semalang ini. Dia kembali mengingati setiap kejadian itu. Sakit dibahagian tubuhnya masih lagi terasa. Dia tertanya-tanya kenapa dia sampai terlanjur dengan lelaki itu. Padahal waktu itu dia tidak minum. Hanya memesan segelas jus oren saja. Air matanya laju mengalir. Kesucian dia telah diambil oleh lelaki yang bukan mahramnya. Dia telah melakukan maksiat. Air matanya terus mengalir. Laju. Sekarang dia tidak tahu apa yang harus dilakukan olehnya. Dia takut. Dia menyesal.
'Apa yang aku dah buat ni Ya Allah' gumam hatinya. Dia malu. Ya, dia malu. Malu dengan Allah. Malu dengan umi ayah. Dan malu dengan diri sendiri. Patutlah ayahnya sentiasa menasihatinya supaya berhati-hati dengan lelaki itu, tapi apa yang dia buat? Dia tidak endah setiap nasihat dari ayahnya. Mungkin ini pembalasan dari Allah kepada dirinya kerana tidak mendengar nasihat orang tua. Lebih-lebih lagi ibu bapa.

****************************************************

Dia mengatur langkah turun ke bawah. Melihat wajah insan yang paling berharga membuatkan dirinya rasa bersalah. Dia ingin menangis tetapi ditahannya. Dia memberanikan diri untuk mendekati ibunya. Dia memeluk pinggan ibunya dari belakang. Lama sekali pelukannya. Tiada sepatah kata pun yang diucapnya. Dia memeluk erat tubuh ibunya. Puan Mariam yang tersenyum melihat anaknya. Dalam hati sang ibu kuat bertanya,kenapa dengan Zara? Puan Mariam meleraikan pelukkan itu. Dia memusingkan tubuhnya menghadap ke arah sang anak.

"Dah bangun?" soalnya. Fatimah Az-zahra mengangguk. Melihat kelibat sang ayahnya Fatimah Az-zahra terus mendekatinya dan memeluknya. Pelukan yang sama seperti dia memeluk ibunya. Encik Zulkifli terkejut melihat perangai anaknya pagi itu. Biasanya bila Encik Zulkifli bersuara dulu baru anaknya memeluknya. Tapi ini tidak.

"Amboi erat sekali pelukan ni." usik Encik Zulkifli. Fatimah Az-zahra tersenyum.

"Ini adalah pelukan erat Zara yang pertama." ujar Fatimah Az-zahra. Encik Zulkifli dan Puan Mariam tidak mengerti maksud yang disampaikan oleh anaknya. Muka Fatimah Az-zahra ketika itu sangat menyedihkan tetapi disembunyikannya kerana takut orang tuanya risau.

"Jom kita makan." ajak Fatimah Az-zahra. Mereka pun masing-masing mengambil tempat duduk.

Enjoy guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience