Di bersandar kepalanya dikerusi. Dia masih memikirkan kejadian semalam. Dia seakan tidak percaya bahawa dia akan bertemu dengan gadis yang dah lama dia suka. 3 tahun mereka berpisah tanpa khabar berita dan mereka kembali bertemu. 'Tetapi kenapa Zara seperti tidak mengenalinya?' 'Siapa lelaki yang bersama Zara semalam dan kenapa mereka bertengkar?' hatinya tidak henti-henti bertanya. Fail yang berada di atas mejanya dibiarkan. Dia masih lagi memikirkan gadis semalam. 'Fatimah Az-zahra.' hatinya menyebut nama itu.
****************************************************
Fatimah Az-zahra putus asa. Air matanya tidak henti-henti dari terus mengalir. Hampir sebulan peristiwa itu terjadi. Dia sangat menyesal. Kejadian semalam membuatkan dirinya bertambah sedih. Dia tidak kuat saat itu. Dia memerlukan seseorang untuk bercerita tetapi kepada siapa? Sudikah orang itu ingin mendengar ceritanya? Tak jijikkah orang itu memandangnya? soalan itu bertubi-tubi bermain di otaknya. Dia sudah tidak berdaya lagi.
****************************************************
Fatimah Az-zahra bersujud di atas sejadah. Air matanya terus berlinang. Menyesal. Ya dia menyesal. Dia sangat menyesal. Ingin memutarkan masa namun hal itu tidak akan terjadi. Memang tidak akan pernah terjadi. Fatimah Az-zahra bangun dan mengangkat kedua belah tapak tangannya. Dia berdoa.
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Dosa kedua ibubapa ku. Aku tahu aku banyak buat dosa kepada Engkau, aku melanggar perintah Engkau, aku tidak mendengar nasihat ibubapa ku. Engkau berikanlah kesempatan untuk aku bertaubat kepada Engkau Ya Allah dan Engkau tunjukkanlah aku ke jalan yang benar. Sesungguhnya aku ingin kembali kepadaMu Ya Allah. Amin ya rabbal alamin." dia menekup mukanya dengan kedua telapak tangannya. Air mata masih lagi mengalir laju. Akhirnya dia terlena di atas sejadahnya.
****************************************************
Seperti biasa, dia memeluk ibunya dari belakang. Ibunya tersenyum.
"Ayah mana?" tanya Fatimah Az-zahra.
"Ayah dah pergi kerja." jawab Puan Mariam. Fatimah Az-zahra menganggukkan kepalanya tanda mengerti.
"Kak Zatul?"
"Ada ni haa. Kenapa? Rindu aku? Sebab lama tak borak?" tiba-tiba Maizatul muncul.
"Ya rindu."balasnya. Dia lantas memeluk kakaknya. Air mata ingin mengalir tapi ditahannya. Maizatul pelik dengan setiap tingkah laku adiknya sejak kebelakangan ini. Begitu juga dengan Puan Mariam. Dah lama dia memerhatikan anaknya itu. Suka menyendiri dan kurang bercakap. Ada sekalinya waktu sarapan saja. Itupun tak bercakap banyak. Bila ditanya jawapan yang keluar dari mulutnya adalah stress dengan assigment. Bila tengok assigment tu, bukan banyak pun.
****************************************************
Kereta BMW milik Encik Zulkifli masuk ke dalam perkarangan vila itu. Fatimah Az-zahra yang dari tadi menunggu ayahnya pulang segera bangun dari tempat duduknya. Dia berlari ke arah ayahnya dan terus dipeluknya.
"Ayah." panggil dia. Panggilan itu kedengaran sangat jelas seperti ada sesuatu yang tersirat. Encik Zulkifli membalas pelukan anaknya itu. Dia tersenyum manis. Ini adalah kali pertama Fatimah Az-zahra menunggu kepulangannya. Agak pelik tapi ditempiskan sahaja perasaan itu.
"Manja kemain ni. Ada nak apa-apa ke?" soal Encik Zulkifli sambil mengangkat kening. Fatimah Az-zahra menggelengkan kepala. Dia tersenyum.
Malam itu keluarga Encik Zulkifli makan bersama. Mereka kelihatan sangat gembira. Encik Zulkifli dan Puan Mariam melihat ketawa Fatimah Az-zahra terus tenang. Mereka bersyukur kerana dapat melihat tawa Fatimah Az-zahra kembali.
Usai makan malam, mereka berkumpul di balkoni sambil memandang bintang di langit. Indahnya melihat bintang-bintang itu berkelipan. Apatah lagi bersama insan-insan yang tersayang. Fatimah Az-zahra memeluk ayahnya,ibunya dan juga kakaknya. Dia lalu berkata,
"Zara minta maaf ye umi, ayah, kakak sebab Zara bukan anak yang baik untuk umi ayah dan bukan adik yang baik untuk kakak. Zara banyak sangat buat salah. Zara betul minta maaf dari hujung rambut sampailah kehujung kaki. Andai kata suatu hari kita dah tak bersama, nama umi, ayah, dan kakak masih lagi bersemadi di hati Zara. Zara sayang umi. Zara sayang ayah. Zara sayang kakak." ucap Fatimah Az-zahra.
"Jangan cakap macam tu nak, Zara anak yang baik untuk umi dan ayah." balas Puan Mariam. Dia mengucup dahi anaknya itu.
"Betul tu Zara. Kau adik yang sangat baik dah buat aku. Aku tak perlukan adik lain dah. Aku nak kau je." sambung Maizatul. Sempat lagi dia bergurau.
"Umi, ayah dan Kak Zatul sayangkan Zara jugak. Lebih dari segalanya." wajah Encik Zulkifli ditatapnya. Fatimah Az-zahra mengukir senyuman manis dibibirnya. Mereka memandang ke langit menikmati bintang-bintang yang sedang berkelipan.
Ya Allah...kesian sungguh dengan Zara ni
Share this novel