Bab 8

Drama Series 4278

Tok! Tok! Tok!

Pintu diketuk beberapa kali. Detektif Zaf yang sibuk menyemak dokumen terkejut. Lantas dia beristighfar.

"Masuk." katanya. Seorang anggota polis yang bertubuh tegap dan kulit gelap masuk ke dalam bilik itu.

"Kita ada misi baru Detektif Zaf." ujarnya sambil menghulurkan sebuah fail. Detektif Zaf membuka fail itu. Terbeliak matanya ketika melihat isi kandungan dokumen itu. Sungguh dia tidak menyangka. Gadis yang baru sahaja dia jumpa 2 hari lepas telah menghilangkan diri sejak pagi kelmarin. Kenapa dia menghilang? Sebab apa? soal hatinya.

"Oh ya. Ini surat yang ditinggalkan oleh mangsa sebelum menghilangkan diri." sekeping kertas diberikan kepada Detektif Zaf. Detektif Zaf membaca surat itu. Sekali lagi matanya terbeliak. Dia seakan tidak percaya. Adakah lelaki pada malam itu ialah lelaki yang merosakkannya? Dan kenapa dia berbuat begitu? soal hatinya lagi. Detektif Zaf memandang anak buahnya. Dia segera memberikan arahan kepada anak buahnya agar semua anggota polis yang terlibat dalam kes ini berkumpul di bilik mesyuarat. Dia benar-benar risau akan keselamatan gadis yang dicintainya itu.

****************************************************

"Apa hal Zaf kau nak jumpa kitorang?" tanya Detektif Ashraf lalu mengambil tempar duduk. Detektif Zaf yang dari tadi menunggu mereka akhirnya memulakan mesyuarat polis. Mereka menganggukkan kepala tanda mengerti.

"So, kita nak cari mangsa dulu ke atau nak cari pelakunya dulu?" tanya Detektif Aslan.

"Kita cari kedua-duanya sekali dalam satu masa." balas Detektif Zaf dengan nada yang serius.

"Kalau macam tu kita kena bahagikan kumpulan la kan. Kumpulan 1 cari si pelaku manakala kumpulan 2 mencari mangsa." cadang Detektif Ashraf. Detektif Zaf menganggukkan kepala tanda setuju.

"Aslan, Syam, Fakrul dan Azmie. Korang kumpulan 1 manakala aku, Ashraf, Syamil, dan Fariz kumpulan 2. Faham?" Detektif Zaf membahagikan mereka menjadi dua kumpulan supaya mudah untuk melaksanakan tugas.

"Faham." jawab mereka serentak.

"Bila nak start?" tanya Detektif Syamil. Dia mengangkat kening.

"Malam ni. Aku nak kumpulan 1 cari maklumat berkaitan Gibran Emir yang dikatakan oleh mangsa, if dah jumpa sebarang maklumat bagitau aku manakala kumpulan 2 kita pergi ke Vila Az-zahra untuk bertanya lebih detail kepada keluarga si mangsa." arahan dikeluarkan oleh Detektif Zaf. Mereka semua menganggukkan kepala.

Usai bermesyuarat, Detektif Zaf memandang ke luar tingkap. Dia termenung. Ada perasaan risau dalam dirinya. 'Mana dia pergi?' gumam hatinya.

****************************************************

Malam pun menjelma. Mereka memulakan tugas masing-masing. Kereta Sport Lamborghini berwarna merah dan kereta BMW memasuki perkarangan Vila Az-zahra. Kelihatan 4 orang lelaki turun dari kereta tersebut. Mereka melangkah menuju ke pintu utama vila tersebut.

Tok! Tok!Tok!

"Assalamualaikum." salah seorang daripada lelaki itu memberi salam sambil mengentuk pintu. Setelah diketuk beberapa kali, pintu itu dibuka. Maizatul menjenguk.

"Siapa?" tanya Maizatul kehairanan.

" Kami polis. Kami datang kesini ingin mencari maklumat tentang mangsa yang bernama Fatimah Az-zahra." jelas Detektif Fariz.

"Ooo masuklah. Umi ayah saya ada kat dalam." pelawa Maizatul ramah. Mereka pun memasuki vila itu.

"Duduklah dulu. Saya nak panggilkan umi ayah saya." ujar Maizatul. Tanpa melengahkan masa, Maizatul pun menaiki tangga. Dia menuju ke bilik orang tuanya.

"Umi ayah. Polis datang. Dia nak tanya pasal Zara." kata Maizatul. Sebaik saja mendengar kata-kata anak sulungnya, Encik Zulkifli dan Puan Mariam pun turun ke bawah. Melihat empat anggota polis yang berada di ruang tamunya Encik Zulkifli mengukir senyuman. Mereka duduk di atas sofa mewah milik Fatimah Az-zahra sambil berbincang sesuatu. Maizatul yang berada di sebelah Puan Mariam hanya mendiamkan diri. Sebaliknya dia menjadi penonton.

"Boleh kami tahu, pukul berapa mangsa keluar dengan kekasihnya?" tanya Detektif Zaf. Encik Zulkifli memandang isterinya. Sebenarnya dia tidak tahu pukul berapa anaknya keluar. Yang tahu hanyalah isterinya kerana seorang ibu benar-benar mengambil berat tentang anaknya.

"Pukul 10:30 anak saya keluar dengan kekasihnya." balas Puan Mariam. Dia masih lagi terpukau kerana anaknya tiba-tiba menghilangkan diri.

"Okey. Boleh tak Encik dengan Puan jelaskan apa yang berlaku selepas mangsa pulang kerumah?" soal Detektif Zaf. Dia ingin mencari maklumat yang kukuh dari keluarga mangsa sebagai bukti untuk menangkap si pelaku dan juga untuk menjejak keberadaan Fatimah Az-zahra.

"Sebulan yang lalu, masa Zara pulang ke rumah penampilannya agak serabai. Rambutnya kusut. Mukanya pucat. Masa tu dah pukul 10 lebih dia baru pulang. Bila kami tanya kenapa jam sebegitu baru pulang, dia jawab dia tertidur di rumah kawannya sebab family kawannya buat parti. Nama kawan dia tak silap saya Nia. Haa betul Nia kawan dia. Sejak haritu perangai dia terus berubah. Dia kurang bercakap dengan kami dan juga suka sangat bersendirian. Bila ditanya kenapa, dia jawab dia stress dengan assigment." jelas Puan Mariam panjang lebar. Dia ingat satu per satu tentang anaknya itu.

"Tapi masa tu kami tak tahu yang dia diro...." Puan Mariam memberhentikan kata-katanya. Air matanya pun mengalir laju. Dia amat sedih dengan nasib anaknya itu. Maizatul menenangkan ibunya. Dia tidak boleh melihat ibunya menangis kerana dia pasti akan turut menangis.

"Rumah kawannya tu Puan tahu kat mana?" tanya Detektif Zaf. Puan Mariam menggelengkan kepala. Maizatul memandang Detektif Zaf.

"Saya tahu rumah Nia kat mana." balas Maizatul.

"Boleh send location rumah dia pada kami?" tanya Detektif Zaf.

"Kejap." Maizatul mengambil telefonnya lalu menghantar location rumah Nia.

"Di dalam surat yang mangsa tinggalkan, mangsa mengatakan bahawa pesanan itu bukan miliknya tetapi milik lelaki yang bernama Gibran Emir. Betulkah?" tanya Detektif Syamil yang dari tadi sedang mencatat maklumat.

"Ya. Berdasarkan surat itu mangsa berkata sedemikian." balas Encik Zulkifli. Pihak polis menganggukkan kepala mereka.

"Terima kasih Encik dan Puan sudi berkongsi maklumat dengan kami. Kami akan memberitahu Encik dan Puan sekiranya ada sebarang khabar berita mengenai Fatimah Az-zahra ." ujar Detektif Ashraf.

"Baiklah Detektif." balas Encik Zulkifli. Selesai bersalaman dengan ahli keluarga mangsa, mereka pun berlalu pergi.

****************************************************

Keesokan harinya, mereka berkumpul lagi untuk berkongsi maklumat.

"Tujuan utama korang sekarang ini ialah cari bukti yang kukuh untuk menangkap si pelaku. Kalau kita biarkan si pelaku, kemungkinan besar perempuan di luar sana akan menjadi mangsanya pula." jelas Detektif Zaf kepada anak buahnya yang berada di kumpulan 1.

"Manakala tujuan utama kita ialah mencari petunjuk untuk mengetahui jejak mangsa." sambungnya lagi kepada kumpulan 2.

"Baik Detektif." balas mereka serentak.

"Kumpulan 1 aku nak Aslan yang menjadi ketua. Kau Aslan boleh susun strategi untuk mencari Gibran Emir. Apa-apa maklumat yang penting kau bagitau aku. Faham?" tanya Detektif Zaf. Kali ini suaranya benar-benar tegas.

"Faham." balas Detektif Aslan.

"Tapi sebelum itu kau kena tunggu maklumat dari kitorang dulu mengenai Gibran Emir. Bila dah ada sedikit maklumat kau boleh aturkan strategi kau." ujar Detektif Zaf.

"Baik." balasnya. Yang lain hanya menganggukan kepala.

"Kumpulan 2 tunggu di sini kejap yang lain boleh bersurai." arah Detektif Zaf kepada anak buahnya. Setelah mereka pergi Detektif Zaf memulakan perbincangannya dengan ahli kumpulannya.

"Keluarganya dah hantar location rumah kawan mangsa. Jadi lepasni aku nak kau Ashraf pergi dengan aku rumah kawan mangsa." kata Detektif Zaf.

"Untuk?" tanya Detektif Ashraf.

"Untuk mencari tahu sama ada mangsa pergi kerumah kawannya atau tidak." jelas Detektif Zaf.

"Mangsa keluar rumah pada pukul 10:30 pagi, pesanan mesej dihantar pada pukul 3 petang, dan mangsa pulang kerumah pada pukul 10 malam. Itu bermakna parti yang diadakan oleh keluarga temannya dalam pukul 3 lebih dan mangsa berada diluar selama 11jam 30minit." Detektif Fariz membuat ramalan.

"Takkan lah mangsa begitu lama berada di rumah temannya." Detektif Syam kehairan.

"Aku rasa Gibran Emir ni memang sah pelaku. Tapi kita kena cari bukti yang kukuh dulu sebelum menangkap dia." kata Detektif Ashraf pula.

"Seperti yang aku cakap, kita kena pergi kerumah kawan mangsa dulu untuk bertanya sama ada mangsa pergi ke rumahnya atau tak. Kalau tak kita serahkan maklumat ini kepada kumpulan 1. Biar mereka yang uruskan kes ni. Kita pula fokuskan kepada pencarian mangsa." jelas Detektif Zaf. Mereka semua setuju.

Sorry kalau bab ni tak berapa nak menarik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience