Sampai sahaja ke destinasi, mereka turun dari kereta. Melihat bangunan yang ada di depan matanya membuatkan Fatimah Az-zahra ingin melompat bahagia. Gibran Emir melihat gelagat perempuan yang berada disisinya tersenyum.
"Awak pilih je apa yang awak nak. Saya belanja."
kata Gibran Emir seraya memberikan senyuman manis. Mendengar kalimat yang baru diucap oleh Gibran Emir membuatkan hatinya semakin berbunga-bunga.
"Betul ke?" tanya Fatimah Az-zahra.
"Ya sayang." balas Gibran Emir. Fatimah Az-zahra tersenyum malu apabila dipanggil sayang oleh Gibran Emir. Sedangkan dia tidak tahu apa muslihat disebalik kata-kata Gibran Emir sebentar tadi.
"Jom." ajak Gibran Emir.
"Jom."
Mereka pun masuk ke dalam bangunan pusat membeli-belah sambil berpegang tangan.
Sedang asyik mereka memilih pakaian tiba-tiba Fatimah Az-zahra terlanggar seseorang.
Bukk!
"Maaf...maaf...saya tak sengaja!" Fatimah Az-zahra memungut barang yang terjatuh itu sambil meminta maaf. Gibran Emir yang melihat kejadian tersebut hanya membiarkan sahaja kekasihnya memungut barang milik orang yang tidak dikenali itu.
"Maaf ye. Saya tak sengaja." ulang Fatimah Az-zahra sekali lagi. Dia pun terus memberikan barang tersebut kepada pemilik itu.
"Takpe bukan salah awak pun." balasnya. Fatimah Az-zahra tersenyum lega.
"Zara jomlah kita pergi ke tempat lain pula." Gibran Emir terus menarik tangan Fatimah Az-zahra sebaik sahaja orang itu berbicara.
Fatimah Az-zahra mengikuti langkah Gibran Emir lalu meninggalkan pemuda itu. Pemuda itu memerhatikan jejak langkah mereka dengan tatapan kosong. Baru sahaja ingin mengikuti mereka ada sesosok tubuh menyekat langkahnya.
"Let's go babe.Kita balik." satu suara manja menerjah ke telinganya. Dia terus berpaling ke arah suara itu dan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Terus dibatalkan niatnya untuk mengikuti Fatimah Az-zahra dan Gibran Emir.
****************************************************
Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam. Namun kelibat anaknya masih tidak muncul. Dari pukul 10 setengah pagi lagi anaknya keluar dengan lelaki pujaannya tapi sampai sekarang masih lagi belum pulang. Walaupun anaknya sudah meninggalkan pesanan mesej,namun kerisauan hati seorang ibu tetap ada. Dia berjalan mundar-mandir di ruangan tamu itu sambil melihat jam di dinding. Dia kelihatan sangat resah. Hatinya tidak tenang. Hatinya juga kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang buruk terjadi kepada anaknya itu. Dia semakin gelisah. Encik Zulkifli yang baru sahaja turun dari tangga melihat isterinya seperti cacing yang sedang kepanasan.
"Zara tak balik lagi?" soalnya. Setelah mendengar suara garau dari belakangnya Puan Mariam terus menjawab.
"Belum."
"Yam risau la bang takut terjadi apa-apa dekat Zara tu.Waktu masa ni tak balik-balik lagi.Manalah budak ni pergi." sambung Puan Mariam. Mukanya jelas mempamerkan kerisauan terhadap anak daranya itu. Encik Zulkifli menghela nafas lalu dia perlahan-lahan menuju ke arah isterinya.
"Kita doakan yang baik-baik saja. Semoga tidak ada apa-apa yang berlaku kepada Zara." pujuk Encik Zulkifli. Ingin mengusir kerisauan isterinya.
****************************************************
Dia menutupi badannya dengan selimut. Dia menangis teresak-esak. Seluruh badannya terasa sakit. Dia tidak percaya bahawa lelaki yang dia percaya selama 3 tahun itu telahpun mengambil kesucian dia. Dia sangat sedih.
Lelaki yang baru sahaja keluar dari tandas terus mendekatinya. Lelaki itu tersenyum manis. Dia mendekati mukanya ke wajah Fatimah Az-zahra. Fatimah Az-zahra menolak tubuhnya dari terus mendekatinya. Gibran Emir tersenyum sinis. Dia melihat gadis itu menangis.
"Don't crying sayang." Gibran Emir mengesat air matanya. Fatimah Az-zahra terus menepis tangan Gibran Emir dari menyentuh wajahnya.
"You're crazy Emir..." hanya itu sahaja kata-kata yang dapat dilemparkan oleh Fatimah Az-zahra. Gibran Emir ketawa apabila mendengar makian dari Fatimah Az-zahra. Dia mengangkat wajah Fatimah Az-zahra lalu senyuman sinis diberikan.
"Hurmm susah juga kan nak dapatkan tubuh yang masih dara lagi ni dari kau. 3 years darling. 3 tahun aku tunggu untuk dapatkan tubuh kau. And now aku dah dapat." ujar Gibran Emir dengan selamba.
Fatimah Az-zahra terpaku apabila mendengar pengakuan yang dibuat oleh Gibran Emir sebentar tadi. Dia seakan tidak percaya bahawa lelaki yang dicintainya selama 3 tahun adalah seorang lelaki jahanam. Gibran Emir terus meninggalkan Fatimah Az-zahra sendirian di dalam biliknya.
Kesian Fatimah Az-zahra kan. Dipermainkan oleh lelaki yang dicintainya selama 3 tahun . Agak-agak apa akn terjadi erk pada bab seterusnya? ***** Hi guys, ini adalah bab yang kedua. Next chapter in progress ♥︎
Share this novel