Hari berganti hari. Dia termenung di luar balkoni. Dia menyesal atas kecuaianya sendiri. Sejarah hitam itu masih lagi segar di ingatannya. Assigment yang harus disiapkan dibiarkannya. Dia memandang ke langit. Gelap. Sebutir bintang pun tidak ada. Begitulah hidupnya sekarang ini. Dia mengambil telefon di atas meja lalu mendail ke satu nombor. Panggilan tidak diangkat. Dia menghela nafas. Baru dia sedar yang selama ini dia dipermainkan oleh lelaki yang bernama Gibran Emir. Dia memukul kepalanya. 'Bodoh! Kau bodoh Zara! Bodoh sebab percayakan lelaki itu! hatinya terus bergumam. Air matanya tiba-tiba mengalir. Dia duduk di hujung katilnya sambil menangis. Sungguh dia tidak kuat saat ini.
****************************************************
Suasana kelab malam itu sungguh riuh. Bunyi muzik DJ sangat kuat kedengaran di atas panggung. Pengujung yang datang ke situ menari dengan rancak. Ada juga yang sedang melayan dengan gadis-gadis sexy. Mereka kelihatan sangat senang. Kelibat seorang lelaki yang hanya memakai seluar jeans beserta kemeja hitam berjalan masuk ke dalam kelab tersebut. Dia membawa seorang gadis sexy disebelahnya.
"Woi Gib!" panggil Irfan. Mendengar namanya dipanggil dia segera menoleh. Wajahnya mengukir senyuman.
"Lama tak jumpa." ucap Black. Dia mengepalkan tangannya dan berlaga dengan tangan Gibran Emir. Gibran Emir ketawa. Dia duduk disamping Black. Gadis disampingnya tadi disuruhnya untuk pergi sementara dia ingin berborak dengan teman-temannya.
"Macam mana kau sekarang ni?" tanya Irfan.
"Macam tu la. Macam mana lagi." balasnya selamba.
"Awek baru ke?" tanya Irfan lagi.
"Ha'ah." jawabnya sambil menganggukkan kepala.
"Zara?" tanya Black. Gibran Emir tersenyum sinis apabila nama itu disebut.
"Aku dah dapat apa yang aku nak" balasnya.
"Maksud kau?" tanya Irfan. Tidak mengerti maksud yang disampaikan oleh temannya tadi.
"Aku dah rampas 'mahkota' dia." selamba dia menjawab.
"What's?" Irfan dan Black tertanya serentak seperti tidak percaya apa yang dikatakan Gibran Emir. Biji bola mata mereka membuntang.
"Kau serius la Gib?" tanya Irfan.
"Yes, I'm serious." balasnya.
"Bila Gib?" tanya Black.
"Dua minggu lepas." Black menelan liurnya. Tak menyangka. Tiba-tiba telefon milik Gibran Emir berdering. Black sempat melihat nama di skrin telefon itu. Gibran Emir mematikan telefonnya.
"Kenapa tak angkat?" soal Irfan.
"Kan aku dah tinggalkan dia.Buat apa aku nak angkat pulak?" Gibran Emir berkata dengan nada yang sinis.
"Korang nak tau apa yang aku dapat dari dia?" tanya Gibran Emir kepada temannya.
"Apa?" tanya Irfan.
"Aku dapat rakam video aku dengan dia sedang buat." katanya. Terus terbeliak anak mata Black setelah mendengarnya. Dia mengepal tangannya.
"Macam mana kau boleh....?" Irfan tidak sempat menanyakan lalu kata-katanya dipotong oleh Gibran Emir.
"Aku masukkan ubat tidur dalam minumannya." Gibran Emir tersenyum megah. "Dahlah. Tak payah banyak tanya. Jom kita enjoy we life." Gibran Emir mengangkat gelasnya ke arah Irfan dan Black. Mereka ketawa. Tapi tidak Black. Dia dari tadi senyap selepas mendengar pengakuan dari temannya itu. Sungguh dia tidak menyangka.
****************************************************
Dia berasa putus asa saat ini. Berkali-kali dia menelefon Gibran Emir, namun semuanya sia-sia.
Tiba-tiba...
"Zara kenapa ni?" Puan Mariam masuk ke dalam bilik anaknya dan dia pun mendekati sang anak.
"Sejak kebelakangan ni umi tengok Zara lain macam je. Ada apa-apa ke?" tanya Puan Mariam. Fatimah Az-zahra menoleh ke arah ibunya. Dia mengukir senyuman manis. Puan Mariam mencium dahi anaknya.
"Takde apa-apalah umi. Zara stress dengan assigment je. Banyak sangat." rungut Fatimah Az-zahra. Tetapi hakikatnya bukan begitu.
"Laa...tak payah la stress. Assigment tu boleh siapkan slow-slow." kata Puan Mariam seperti ingin menenagkan anaknya. Fatimah Az-zahra hanya tersenyum.
hi korang
Share this novel