"Gib..." panggil Irfan.
"Apa dia?" tanya Gibran Emir. Minuman di atas meja diambilnya lalu diminum.
"Kau dah tahu pasal kehilangan Zara?" tanya Irfan kepada Gibran Emir. Gibran Emir menoleh ke arah kawannya.
"Hilang?" tanya Gibran Emir. Keningnya terakat.
"Ya. 3 hari lepas. Aku dengar dia hilang. Lepastu family dia buat report." ujar Irfan.
"Habistu?" tanya Gibran Emir. Dia sebenarnya malas nak ambil tahu tentang bekas kekasihnya itu.
"Itu jelah." balas Irfan.
"Kau tak payah la bagitau aku. Aku taknak tahu pun pasal dia. Dia hilang ke mati ke aku tak kesah." ujar Gibran Emir.
"Kau tak rasa ke dia menghilangkan diri sebab kau." kata Irfan
"Apa pula sebab aku nyah?" tanya Gibran Emir. Minumannya diletakkan di atas meja. Dia memandang ke arah Irfan.
"Yela sebab kau kan dah ehem dia. Manalah tahu kot-kot bila family dia buat report then dapat tahu bahawa anaknya hilang disebabkan kena ro*** dekat orang lain. Lepastu polis pun cari kau. Mampus kau Gib." Irfan teragak-agak ingin mengatakan. Gibran Emir ketawa.
"Kau ingat dia berani ke nak bagitau orang lain pasal benda tu? Takkan berani punyalah sebab aku ada nih." Gibran Emir mengangkat telefonnya seraya memberi isyarat.
"Video?" tanya Irfan.
"Yela." balasnya pendek. Dia menuangkan air ke dalam gelas lalu meneguk.
"Lepastu kau nak buat apa dengan video tu?" tanya Irfan. Gibran Emir tersenyum sinis.
"Kalau dia bagitahu orang lain pasal benda tu, aku akan sebarkan video ni. Biar seluruh maruah keluarganya tercalar termasuk dia." balas Gibran Emir. Irfan yang mendengar kata-kata kawannya itu tidak mengerti. 'Kenapa dia nak sangat rosakkan hidup Fatimah Az-zahra padahal apa yang dia nak semuanya perempuan itu bagi. Apalagi yang dia nak sebenarnya?' gumam hati Irfan.
Tanpa disedari oleh mereka, di sebuah sudut ada sepasang mata sedang memerhati ke arah mereka. Suara record di skrin telefon ditutup. Dia lalu pergi.
****************************************************
"Takkan kita nak duduk dekat sini je?" Detektif Azmie mulai bersuara. Nyamuk yang hinggap di lengannya ditampar.
"Ha'ah. Aku bosan la duduk dalam kereta je. Banyak nyamuk gila. Dahlah aircond tak buka. Panas tau tak." ujar Detektif Fakrul pula.
"Kalau kita masuk dalam lagi best. Boleh cuci mata." sambung Detektif Syam pula. Dia mula terbayang-bayang akan penampilan gadis sexy di dalam kelab malam itu. Seluruh tubuhnya menggeletar.
"Miang la kau ni. Kalau bini kau tahu aku rasa dah kena makan tapak selipar jepun tambah dengan penampar kapit. Hahaha!" kata Detektif Fakrul sambil ketawa.
"Ala kenapa pula? Lelaki boleh khawin empat." balasnya.
"Eleh kau boleh la cakap macam ni kat belakang bini kau. Try kau cakap depan-depan. Aku rasa jadi arwah kau." kata Detektif Fakrul.
"Entahlah. Belakang bukan kemain kau cakap itu ini pasal bini kau, tapi bila depan-depan terkencing dalam seluar." sambung Detektif Azmie. Mereka ketawa terbahak-bahak. Detektif Syam menggertak bibirnya. Geram la tu.
"Shhh!" Detektif Aslan yang dari tadi membisu akhirnya bersuara. Dia mula menghidupkan enjin kereta.
"Kenapa wei?" tanya Detektif Azmie.
"Dia dah keluar." balas Detektif Aslan.
"Mana?" tanya Detektif Syam.
"Tu." balasnya.
"Follow dia." arah Detektif Fakrul. Detektif Aslan mula menggerakkan keretanya. Perlahan-lahan mengekori kereta Kancil berwarna hitam.
****************************************************
Gibran Emir memberhentikan keretanya di luar kawasan rumah sewa miliknya. Dia keluar dari perut kereta lalu mengunci keretanya. Usai mengunci kereta dia lantas membuka pagar dan masuk ke dalam rumah.
"Ni kawasan rumah sewa." kata Detektif Syam.
"Tulis alamat rumah ni." arah Detektif Aslan.
"Okey." balas Detektif Syam. Mereka melihat sekitar kawasan rumah sewa milik Gibran Emir.
"Takde apa-apa yang mencurigakan. Aku rasa ni rumah sewa yang dia duduk." ujar Detektif Azmie.
Mereka setuju dengan apa yang dikatakan oleh Detektif Azmie. Kereta BMW mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut.
Share this novel