Completed
                        
1042
                    *HANANI * kembali memandang laut yang luas terbentang di hadapannya itu. Dia ingin bersendirian dan melepaskan segala-galanya. Cincin yang tersarung di jarinya adalah kenangan indah yang Zirhan pernah beri kepadanya. Hanani mencium gelang yang diberikan Zirhan sebagai hadiah malam pertamanya. Dia ingin terus biarkan kenangannya bersama Zirhan terus segar di dalam hati dan fikirannya. Biarlah dia terus begini sebagai semangat untuk dia meneruskan hidup. Hanani juga akan sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah suaminya. Dia akan ingat kata-kata Zirhan bahawa Tuhan akan tetap jagakan dia walaupun suaminya kini berada jauh darinya.
'Nani sayang abang, tiada pengganti yang boleh menggantikan abang, abanglah raja di hati Nani sampai bila-bila...' Bisiknya.
Untuk pertama kalinya Hanani tersenyum melihat bayangan Zirhan yang sedang melambai-lambainya.
'Semoga abang tenang dekat sana, Nani merelakan abang pergi...' Ujar Hanani.
TAMAT
Share this novel