BAB 4

Romantic Comedy Completed 1042

"Assalamualaikum, cepatnya angkat!"

"Waalaikumussalam, mana ada biasa je.” Hanani menidakkannya.

"Sayang dengar lagu ni tau, nak abang nyanyi ke, nak dengar yang ori punya?" Suara Zirhan boleh tahan juga la kesedapannya.

"Nak abang nyanyi la." Manja suaranya.

Zirhan sudah dapat mengagak jawapan Hanani. Senyap-senyap Hanani merakam suara Zirhan, bolehlah buat peneman tidur di kala kerinduan menyapa.

"Dengar elok-elok tau, jangan bising!"

Hanani mendengar petikan gitar, terbuai-buai rasanya.

"Hmmm, huuu, ooohhh, hanya dirimu yang ku cinta, takkan membuat aku jatuh cinta lagi, aku merasaa... kau yang terbaik untuk diriku, walau ku tahu ku tak sempurna takkan membuat aku jauh darimu, apa adanya ku kan tetap setia kepadamu, tuhan jagakan dia, dia kekasihku, kan tetapi milikku, aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hatiku…
walau ku tahu ku tak sempurna, takkan membuat aku jauh darimu, apa adanya, ku kan tetap setia kepadamu,oooo, tuhan jagakan dia, dia kekasihku kan tetap milikku, aku sungguh mencintai, sungguh menyanyangi, setulus hatiku..."

Air matanya Hanani mengalir syahdu. Bait-baik lirik lagu itu sangat menyentuh jiwanya.

"Tuhan, jagakan dia, dia kekasihku, kan tetap milikku, aku sungguh mencintai, sungguh menyanyangi, setulus hatiku, tuhan jagakan dia, dia kekasihku, kan tetap milikku, aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hatiku... ohhh..."

Hanani, tidak berhenti-henti mengalirkan air matanya. Zirhan sering mendengarkannya lagu-lagu seperti ini. Lagu yang pasti meruntun jiwanya.

"Sayang, lagu tu, khas untuk Nani tau, bila abang tak ada nanti, Tuhan akan jagakan Nani untuk abang..." sayu sekali suara Zirhan kali ini.

"Apa a... a... bang ni, Nani tak, su… ka tau abang cakap macam ni, benci la!" Teresak-esak Hanani.

"Dhia, tau kan abang paling tak suka dengar perempuan menangis, jangan menangis sayang, benci la abang Dhia, bila abang dah tak ada nanti, Dhia tak terasa kehilangan sangat."

"Abang..." Hanani kelu untuk berkata-kata.

"Ingat abang cakap ni, andai kata abang pergi dulu, Nani jaga diri elok-elok, cari pengganti abang, ajal kita, kita tak tahu kan, mungkin esok, lusa malam ni pun boleh so dengar cakap abang tau sayang, janji dengan abang." Suara Zirhan bergetar menahan sebak. Dia tidak mahu menangis. Dia mahu kelihatan kuat di hadapan Hanani.

"Tak nak, abang tetap akan bersama Nani sampai akhir hayat Dhia," bentak Hanani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience