Completed
                        
1042
                    Hanani. Zirhan sedang dalam perjalanan untuk ke rumah Hanani. Hanani juga sibuk menyiapkan dirinya.
"Ye, Nani pun sayang suami Nani ni sangat! Muah!" Hanani mencium telefonnya itu.
Terdengar tawa manis suaminya di talian. Sesaat kemudian, Hanani mendengar dentuman, sebaik sahaja dentuman itu hilang, talian terus terputus.
Hanani memegang dadanya. Dia mula tidak rasa enak. Tetapi pantas dia beristigfar, dia hanya bisa berdoa tiada apa yang berlaku.
'Mungkin Zirhan kehabisan kredit'. Fikirnya, mahu menyedapkan hati yang sedang gundah saat ini.
Selepas beberapa jam kemudian, dia menunggu Zirhan, tetapi bayangan Zirhan tidak juga kelihatan, dia menelefon Zirhan juga tidak berangkat. Hatinya mula terasa lain macam, fikirannya mula fikir yang bukan-bukan. Dia tidak mendengar riuh-rendah dia bawah. Tanpa berlengah lagi, meluru Hanani turun ke bawah untuk mengetahui apa yang jadi.
Sebaik sahaja dia turun, dia melihat mamanya mengesat air mata.
'Ish mama ni drama apa pulak dah ni, siapa pulak yang nak buat filem dekat sini'
Dia melihat Rashid menghampirinya dan menepuk bahunya.
"Nani sabar ye, dengar apa papa nak cakap ni, Ik dah tak ada..." ucap Rashid setenang yang mungkin.
"Papa ni memang la abang tak ada, dia ada dekat rumah dia, nanti sampaila tu..." Hanani cuba untuk menyedapkan hatinya. Dia tersenyum. Tetapi senyumannya itu tiada manisnya, yang ada hanyalah senyuman yang sengaja dibuat-buat.
"Dhia, jangan macam ni sayang, Ik dah meninggal, dia kemalangan semasa dia nak datang sini tadi, mama Ik baru call tadi, Ik tak naik kereta dengan mereka, Ik drive sendiri... sabar ye Dhia..." Suara Rashid tenang sahaja ketika menyampaikan berita ini.
"Tak! Papa tipu, papa tipu, Nani tak percaya, papa jangan la bergurau macam ni, abang datang la!" Hanani sudah terduduk di lantai. Dia menangis teresak-esak.
"Kenapa abang buat macam ni, baru semalam abang janji kan, abang!!!" Hanani berkata sendirian. Air matanya tidak berhenti mengalir. Hanani menumbuk lantai! Sesak dadanya.
'Ya Allah dugaan apa yang kau berikan kepada aku, apa dosaku Ya Allah',
rintih Hanani dalam hati.
Share this novel