Completed
                        
1042
                    Majlis selesai tepat jam 8 malam. Memang penat sangat, lenguh-lenguh badannya, barang-barang hantaran juga tidak diusik lagi. Besok-besok ajela. Bukan tak ada hari lagi. Zirhan masih berada di luar membantu bapa mentuanya mambasuh segala periuk belanga yang ada. Selepas ini dia kena pulang ke rumahnya semula kerana esok akan diadakan majlis persandingan pula.
"Pa, Ik, masuk bilik dulu ye, nak mandi, melekit rasa badan ni.” Zirhan meminta diri.
Rashid cuma menagangguk.
"Assalamualaikum…" Zirhan memberi salam sebaik sahaja dia melangkah masuk kamar isterinya yang sudah pun di hias indah. Dengan kelopak bunga mawar di atas katilnya sejuk saja mata memandang.
"Waalaikumussalam…" jawab Hanani yang matanya sudah pun terlelap.
Zirhan tidak mempedulikan isterinya, sebaliknya dia terus mandi dan solat. Usai selesai berdoa. Zirhan baring di sebelah isterinya. Dia tahu isterinya itu belum tidur. Dia terpaksa menangguhkan tanggungjawabnya yang satu itu dahulu kerana mamanya sudah berpesan selagi belum selesai semua majlis, no first night!
"Sayang dah tidur ke?" tanya Zirhan lembut sambil mengelus pipi isterinya.
"Hmmm.” Penat sangatlah tu, macam la berat sangat kerja yang dia buat teruk betul. Buruk betul perangai.
"Dhia, buka la mata, nanti abang dah kena balik rumah dah, ha, tak kesian dekat abang ke.” Zirhan merengek mengada-ngada.
Zirhan mengeluarkan kotak berwarna merah dari poket bajunya. Dia memberikan kepada Hanani.
"Abang, apa ni?" tanya Hanani.
"Bukalah..." suruh Zirhan.
"Cantiknya abang, bila abang beli ni!" ujar Hanani terharu.
Zirhan membelinya secara senyap-senyap semasa mereka membeli cincin tempoh hari, dia memang sudah berniat untuk memberikan isterinya itu gelang emas putih sebagai hadiah pernikahan mereka. Zirhan memakaikan gelang itu kepada Hanani. Sesuai sekali dengannya.
"Terima kasih sayang, bang, kalau abang tak balik tak boleh ke, Nani tak sedap hati la bang." Memang itu yang dirasanya, berat dia mahu melepaskan Zirhan. Dia takut.
"Tak boleh, abang kena balik jugak, kalau tak nanti ibu bising, jangan risau la tak ada apa-apa punya, nanti abang sampai aje rumah, abang call Nani ye!" Zirhan memujuk.
Hanani sudah pun baring di atas katil, Zirhan juga turut serta. Tangannya melingkari pinggang Hanani. Hanani tersenyum bahagia, dia selesa dengan keadaan seperti itu.
"Nani kita duet nak malam ni, kita nyanyi lagu akur janji nak?" tanya Zirhan. Dia mahu menggembirakan Hanani sebaik mungkin.
"Abang ni apa la..." Hanani tergelak kecil.
Share this novel