BAB 6

Romantic Comedy Completed 1042

"Muhammad Zirhan Rayyan bin Azaham?" Tok kadi yang dipertanggungjawabkan mengurus proses ijab dan qabul ini bersuara lantang dan jelas!

"Saya." Tenang Zirhan menjawab. Luar saja yang nampak tenang, tetapi hakikatnya denyutan nadinya berdenyut laju bagai kereta Ferrari yang sedang memecut! Tengok muka tok kadi ni lagi la seram. Misainya saja macam A.Galak maunya tak takut. Seram sejuk di buatnya. Tapi depan ramai orang mana boleh gentar hilang la machonya nanti! Ceh terserlah betul kepoyoaannya.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Hanani Dania binti Rashid dengan mas kahwinnya RM1000 tunai!" Sebaik sahaja tok kadi menggoncang tangan Zirhan, terus Zirhan manyambutnya.

Sebelum menyambutnya Amierul Ashraff menarik nafas dalam-dalam. Ye lah, nama aje dah tiga perkataan mahu semput nanti.

"Aku terima nikahnya Nur Hanani Dania binti Rashid dengan mas kahwinya RM1000 tunai!"

"Sah… sah… sah!" ujar saksi

Hanani mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan sekali lafaz sahaja dia sudah sah menjadi milik Zirhan Rayyan. Dia mengesat air matanya yang mengalir.Akhirnya apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan. Menjadi seorang isteri kepada Zirhan adalah hal yang paling indah dalam hidupnya. Selesai membaca doa, Zirhan datang kepadanya untuk menyarungkan cincin.

Mungkin pada pandangan lelaki lain Hanani biasa saja, tetapi padanya perempuan yang bernama Nur Hanani Dania ini sangat istimewa dan merupakan anugerah yang terindah buatnya. Dia tidak akan mensia-siakan anugerah yang paling indah dan istimewa itu.

Lembut Zirhan memegang jari isterinya itu, selesai menyarung cincin, Hanani mencium tangan Zirhan lama, Zirhan pula mencium dahinya, air mata lelaki itu mengalir lesu. Dia bersyukur kerana dapat menjadi suami kepada gadis ini. Zirhan membisikkan sesuatu di telinga Hanani.

"You will be my wife forever!" Hanani tersenyum mendengarnya. Hari ini adalah harinya yang paling bahagia.

"Tahniah Dhia, mama dan papa doakan moga hubungan kamu berdua kekal sampai akhir hayat," ucap Ros.

"Ibu dengan abah pun nak ucapkan tahniah and welcome to our family,” ucap Ani seraya memeluk dan mencium pipinya seraya tersenyum bahagia. Azaham dan Rashid saling berjabat tangan.

Tak menang tangan Hanani dan Zirhan bersalam dengan tetamu yang hadir, ada yang mahu tangkap gambar. Macam-macam lagi la, penat juga rasanya. Naik kejang otot pipi, mana taknya asyik senyum aje! Tapi tak apa senyum tu kan satu sedekah jugak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience