Completed
                        
1042
                    "Bolehla, jom, kita mula, 1, 2, 3." Zirhan mula menyanyi.
"Tak pernah ku menduga kan bertemu dengamu bersatu di alam cinta, tak pernah ku merasa sebahagia begini di sisimu."
"Kekasih ku sayangkan kamu, cintaku kasihku untukmu, kekasih hanya kau ku mahu, hidup dan mati bersamamu…" sambung Hanani. Bait lirik-lirik itu sama seperti apa yang berada dalam jiwanya.
"Akur janji setia padamu, akur janji menjaga hatimu, akur janji jiwa dan ragaku, ku serah padamu…" Zirhan menggenggam erat jemari Hanani.
"Akur janji ku hanya untukmu, akur janji kaulah kekasihku, akur janji seluruh hidupku ku serah padamu..." Hanani membalas genggaman Zirhan.
"Aku tak bisa sendiri tanpamu, sedetik pun ku tak menentu, sejuk hatiku, oh tenang jiwaku memandangmu..." Zirhan memandang lembut wajah isterinya itu.
"Hatiku hatimu telah bertemu sayangmu sayangku jadi satu, rindumu, rinduku di simpulkan tercipta la sebuah ikatan..." Hanani merebahkan kepalanya di dada bidang Zirhan. Dia berasa selamat sekali. Terasa sayang yang diberikan Zirhan kepadanya ikhlas.
"Akur janji setiaku padamu, akur janji menjaga hatimu, akur janji jiwa dan ragaku, ku serah padamu..." Zirhan mengusap lembut kepala isterinya. Sungguh dia juga berasa berat untuk pulang ke rumahnya semula. Tetapi kerana fikirkan ibunya dia terpaksa.
"Akur janji ku hanya untukmu, akur janji kaulah kekasihku, akur janji seluruh hidupku ku serah padamu..." Hanani mendongak sambil mengusap lembut wajah Zirhan yang kini sah menjadi suaminya.
"Ku percaya jodohku denganmu, ku percaya kau permaisuriku, ku percaya kasih sayang kita kan kekal abadi, moga tuhan merestui." Suara mereka bersatu.
Hanani memeluk Zirhan erat. Dia tidak sanggup berpisah dengan Zirhan. Dia tidak sedap hati untuk melepaskan Zirhan pergi.
Zirhan mengaut bibir isterinya itu. Hanani merelakannya. Melihat Hanani yang berbaju tidur nipis itu, naluri lelakinya berkocak hebat! Tetapi dia harus tahan. Hanani terus-terusan membelai suaminya itu. Zirhan baring di ribaan Hanani, Hanani bermain-main dengan rambut Zirhan, kemudian bibirnya mendarat di dahi suaminya itu.
"Sayang..." Panggil Zirhan sambil memandang isterinya itu.
Sekali lagi dia mengucup bibir isterinya itu. Dia telah berikan sayangnya kepada Hanani. Dia juga bahagia bersama Hanani.
"I'm gonna miss you my cute wife!" Bibir Zirhan mendarat di pipi Hanani pula, sambil memejamkan matanya lama.
Dia tidak boleh berlama, takut nanti dia tidak dapat menahan getaran nalurinya.
"Abang balik dulu ye sayang, esok kita jumpa, sayang jaga diri tau, ingat abang sayang Nani sangat-sangat," ucap Zirhan sambil mengucup ubun-ubun Hanani.
"Abang, Nani nak minta maaf tak beli apa-apa dekat abang," ujar Hanani yang masih berada dalam pelukan suaminya. Hanani menahan tangisnya. Dia tidak mahu menghantar suaminya dalam kesedihan. Dia mahu suaminya sentiasa tenang.
"Sayang, kesudian sayang jadi isteri abang ni la hadiah yang paling berharga, jangan risau tau, rindu abang peluk gelang tu," sempat lagi Zirhan mengusik.
Hanani memeluk dan menyalami Zirhan lama. Dengan rasa berat hatinya dia melepaskan Zirhan pulang.
Share this novel