BAB 11

Romantic Comedy Completed 1042

Ros memeluk anaknya itu, dia cuba mententeramkan Hanani. Hanani sudah tidak mempedulikan orang yang berada di situ, dia terus-terusan memanggil nama Zirhan. Dia sudah tidak keruan. Jeritannya semakin kuat apabila orang membawa jasad Zirhan ke kubur.

"Mama, tahan la diorang, jangan la bawa abang pergi ma…" Suara Hanani sudah serak.

"Abang tak mati lagi la ma... tahan la dorang, papa kenapa papa pun ikut jugak, suruh la diorang berhenti pa!" Suara Hanani meninggi, dia meronta minta dilepaskan.

Hanani berlari keluar tanpa memakai kasut mengejar jenazah suaminya yang diusung untuk ke kubur.

Rashid dan Azaham memegang Hanani kuat. Hanani melurut ke bawah. Dia memeluk kaki papanya. Dia teresak di situ. Ros dan Ani memimpin Hanani membawanya masuk ke dalam rumah. Hanani baring di ribaan mamanya sambal memeluk baju Zirhan. Dia mencium baju itu bertalu-talu. Makin dicium, makin laju airmatanya mengalir.

"Rindu abang..." Rintih Hanani.

Akhirnya Hanani tertidur dengan pakaian pengantinnya yang masih tersarung di tubuhnya.

"Sayang, jaga diri tau, abang dah pergi jauh dari sayang, ingat janji Nani nak cari pengganti abang, Nani tetap ada di hati abang sampai bila-bila, bila Nani rindukan abang, Nani dengarlah lagu tuhan jagakan dia abang tetap akan berada dalam hati Nani bila Nani terus pakai gelang tu..."

"Abang... abang..jangan tinggalkan Dhia!" Makin Hanani menghampiri, makin jauh Zirhan pergi sehinggalah dia tidak nampak lagi bayangan Zirhan.

"Abang!!!" Hanani menjerit dan terus terbangun. Dia menangis lagi. Semalam ialah harinya yang paling bahagia. Tetapi hari ini ialah hari dukanya.

"Dhia, pergi mandi, solat lepastu tidur tau, masuk dalam bilik Ik, mama dah sediakan semuanya Nani rehat la ye nak," ujar Ani.

Dia faham perasaan menantunya itu. Tidak sempat hendak manikmati kemanisan alam rumahtangga, suaminya telah dipanggil Ilahi. Dia sebagai ibu haruslah redha dan pasrah. Tuhan lebih menyayangi anaknya itu.

Tanpa bantahan Hanani berlalu ke tingkat atas, dia kuatkan semangatnya untuk memasuki kamar Zirhan. Air matanya mengalir lagi sebaik sahaja melihat hantaran-hantaran yang masih elok tidak berusik. Dia memeluk gambar Zirhan seerat-eratnya. Dia teringat lagu Nurani yang dinyanyikan oleh Eisya.

'Masih segar dalam ingatanku di hari pernikahan kita ku cium tanganmu dan kau mengucup dahiku, ku terasa sungguh bahagia kerana dapat hidup bersamamu, moga kasih sayang kita kekal untuk selamanya, tapi sedikit tak ku duga ia hanya sebentar saja kasih yang diikat telah terlerai juga, semasa kepulanganmu kau ditimpa bencana kau tinggalakan diriku untuk selama-lamanya...'

Hanani baring sambil memeluk gambar Zirhan. Dia membuka semula rakaman suara Zirhan menyanyikan lagu Tuhan jagakan dia itu. Sekali lagi airmatanya tumpah. Bertalu-talu dia mengucup gambar arwah suaminya yang sedang tersenyum itu.

Akhirnya dia terlena.Hanani tidur dengan ditemani oleh linangan airmata. Moga dia tabah untuk menghadapinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience