BAB 3

Romantic Comedy Completed 1042

Sampai sahaja di rumah, dia melihat kedua ibu-bapa Hanani sedang berehat di taman. Dia membawa keluar barang-barang yang berada di dalam bonet kereta, dan membawa masuk ke dalam rumah.

"Ha Ik, mana Dhia?" tegur Ros, mak Hanani.

"Ada dalam kereta, tidur, penat sangat la tu, nanti Ik kejut dia, nak hantar barang-barang ni kejap", ujar Zirhan, lalu masuk ke dalam rumah. Bergegas Zirhan ke keretanya untuk kejutkan Hanani.

"Dhia, bangun, dah sampai, pergi sambung tidur dekat dalam." Lembut suaranya. Hanani masih tidak bereaksi. Nyenyak sekali tidurnya. Zirhan tersenyum sendirian apabila mendengar dengkuran halus Hanani, comel sahaja.

"Nani bangun!" Suara Zirhan sedikit meninggi.

Terkebil-kebil Hanani memandang Zirhan, dia masih lagi mamai, penat sungguh rasanya, badan-badannya terasa lenguh. Hanani meletup-letupkan jemarinya. Elok dia mahu menutup matanya semula dia terdengar mamanya menjerit, terus matanya terasa segar, hilang segala mengantuk.

"Hai anak dara ni, membuta aje kerja, pagi tadi pukul 10 baru bangun, bla..bla..bla." Ros membebel.

Hanani memandang ke arah Zirhan yang sedang tersengih melihatnya di bebel mamanya. Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan mesej masuk.

*'Tu la, abg da kejut, spe suh tk nk bangun, padan muka, hahaha!'*Zirhan menghantar mesej kepadanya.

"Apa mama ni, masa bila orang bangun pukul 10, orang bangun awal pagi tadi, saja tau mama ni", Hanani cuba untuk menegakkan benang yang basah.

"Ha awal la tu, selalunya, matahari tegak atas kepala baru nak bangun kan!"

Hanani tidak larat hendak mendengar mamanya yang membebel tidak berhenti, non-stop dah macam kereta api aje, buka je mulut ha ready la kapas dekat telinga.

Zirhan yang simpati melihat Hanani kena bebel, dia mencelah cakap Ros.

"Tak apa mak cik, nanti dah jadi bini Ik nanti tau la Ik nak ajar dia macam mana,” ujar Zirhan sambil mencuit hidung Hanani. Nak pujuk la tu.

"Baguslah Ik, jangan biar budak bertuah ni, kalau dah dapat tidur tu, tsunami melanda pun tak jaga, ha duk tercegat apa lagi, nak sambung tidur balik, mai sini makan, papa ada dekat sana tu, Ik jom la sekali,” ajak Ros.

Zirhan mangajak Hanani untuk turut serta bersama mama dan papanya. Muncung aje mukanya. Kalau buat tempat penyidai baju pun lepas. Manja sungguh!

"Kenapa Nani ni, muncung sedepa," tegur Rashid.

"Biasala bang, datang bulan macam tu la!" usik mamanya.

"Apa mama ni, ish tak suka la, abang tengok la mama!" rengek Hanani.

"Eh, bukan betul ke?" Zirhan turut sama mahu mengusik Hanani. Dia suka melihat wajah Hanani yang cemberut itu, comel sahaja.

Hanani yang malas nak melayan mendiamkan diri sahaja. Dia mengambil satu cucur udang lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Lagi sedap, daripada melayan mama dan Zirhan. Mereka berbual-bual kosong, pantang sahaja Hanani bersuara ada saja la yang mahu kenakannya. Apala nasib.

"Mak cik, pak cik, Ik balik dulu la ye, ada masa nanti Ik datang lagi, kalau ada apa-apa barang yang tak cukup lagi ke call Ik tau. Assalamualaikum." Zirhan menyalami tangan kedua ibu bapa Hanani.

Hanani mengantar Zirhan sampai ke kereta. Dia menyalami tangan Zirhan. Dia sudah terbiasa melakukan itu.

"Malam nanti abang call, tau, dah pergi masuk, bangla nampak nanti kang melepas abang.” Sempat lagi dia mengusik Hanani.

Hanani cuma menumbuk lengan Zirhan, malas dia mahu membalasnya, dia tahu dia akan kalah. Lebih baik diam daripada bersuara. Memang salah kerjaya betul, sepatutnya Zirhan jadi Lawyer, banyak cakap, ni tak businessmen. Haih dunia... dunia.

Hanani masuk ke dalam membersihkan diri dan solat, selepas itu dia mengemas barang-barang yang dibelinya tadi. Sesekali dia tersenyum sendirian. Dia bersyukur kerana di pertemukan dengan lelaki seperti Zirhan. Apabila berada bersama Zirhan, dia berasa selamat dan dilindungi.
Berdua dengan lelaki itu, dia berasa disayangi dan dihargai.

Malam itu, selepas selesai menunaikan solat isyak dia baring di atas katil bersedia dengan telefon di sebelahnya. Sebaik sahaja telefonnya berdering terus diangkatnya tanpa melihat pemanggilnya siapa. Kelam-kabut betul, maunya tiba-tiba orang asli mana yang telefon ha kan dah susah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience