BAB 10

Romantic Comedy Completed 1042

Hanani bangun meluru ke pintu. Nasib baik ada paksunya yang menahannya daripada keluar.

"Lepaslah, Nani nak pergi cari abang, mesti dia dalam perjalanan tu, tolonglah pak su, biar Nani tengok suami Dhia…" bergetar suaranya. Terhinjut-hinjut bahunya. Perasaannya kala ini tidak dapat digambarkan, pedih! Sakit! Semua ada.

Baru semalam mereka bernikah. Baru semalam dia melihat Zirhan tersenyum. Baru semalam dia berdua bersama Zirhan. Masih terasa kehangatan tubuh Zirhan memeluknya. Terasa-rasa hangatnya bibir Zirhan menyentuh bibirnya. Kenapa Tuhan memberi dugaan kepadanya seberat ini. Dia tidak sanggup untuk menempuhinya. Dia teringat kata-kata Zirhan sebelum mereka berkahwin. Ternyata Zirhan sudah dapat rasa bahawa dia akan pergi meninggalkan dunia ini.

Hanani bersandar lemah di dinding rumahnya. Dia terus-terusan menangis. Puas dipujuk Ros, tetapi dia tetap begitu. Dia bergelar janda sekelip mata.

"Abang… ma, Nani nak abang Ik ma, tolong la ma jom kita cari dia, jom ma." Lirih suara Hanani , dia menarik-narik tangan Ros.

Ros sebagai ibu tidak tega melihat anaknya sedemikian rupa. Luluh hatinya. Tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Takdir sudah tertulis begitu, kita tiada kuasa hendak melawannya.

Hanani memeluk tubuh Ros erat. Dia memejamkan matanya, terbayang wajah Zirhan yang tersenyum manis.

Masih segar di pendengaran telinganya tawa Zirhan sewaktu dia mengatakan dia rindukan suaminya. Kini semuanya telah hilang! Selepas ini dia tidak akan dengar lagi tawa Zirhan. Dia tidak akan lagi dapat merasa pelukan hangat Zirhan, dia hanya boleh memeluk bayangnya sahaja.

Mereka sekeluarga pergi ke rumah Zirhan. Kelihatan orang sudah pun memenuhi ruang rumah Zirhan. Majlis persandingan ditukar kepada majlis tahlil. Bergema suara orang membaca yaasiin. Hanani berasa dia tidak berpijak di bumi yang nyata. Ros dan Ani saling berpelukan begitu juga Rashid dan Azaham. Hanani turut dipeluk oleh mentuanya. Dia tidak berkata apa-apa cuma air matanya sahaja yang mengalir laju tatkala melihat sekujur tubuh Zirhan terbaring kaku di hadapannya.

Hanani terduduk dan meluru memeluk tubuh Zirhan yang kaku itu. Dia menjerit, menyuruh Zirhan bangun.

"Abang... bangun, tolonglah jangan buat Nani macam ni, bangunlah bang, abang Nani minta maaf bang, Nani janji akan jadi isteri yang baik, abang bangun kenapa abang ni! Semua salah Dhia, kalau abang tak telefon Nani tadi mesti kita dah bersanding sekarang… abang bangun la!!! Kenapa degil sangat abang ni ha! Nani suruh bangun kan..." Hanani menggoyang-goyangkan tubuh Zirhan. Dicium wajah dan tangan Zirhan bertalu-talu. Sekali lagi dia memeluk mayat suaminya itu, dia tidak rela melepaskan Zirhan pergi.

"Abang!!! bangun laa… abang tipu kan abang sengaja nak bagi Dhia risau kan, please bang jangan la berlakon macam ni, bangun laa bang bangun!! Nani cakap bangun kan!" Hanani menggoyang-goyangkan jasad Zirhan.

"Abang… Nani sangat rindukan abang…" Hanani baring di dada Zirhan.

Orang yang berada di dalam rumah itu membiarkan sekejap Hanani begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience