Completed
                        
1042
                    "Sayang, please promise me." Zirhan separuh merayu.
"Apa-apa ajela bang, dah la Nani nak tidur, selamat malam sayang, Dhia sayang abang sangat-sangat!" Sebaik sahaja Nani matikan panggilan, dia menangis semahu-mahunya.
Dia tidak sanggup kehilangan Zirhan, sesungguhnya dia amat menyayangi lelaki itu. Dia berharap hubungannya bersama Zirhan kekal sampai ke syurga. Bukannya dia mahu menolak takdir yang sudah tertulis tetapi entahlah! Dia cuma takut untuk menghadapinya.
**
*PEJAM* celik, kini tiba hari pernikahan mereka. Riuh rendah rumah Hanani dengna sanak-saudaranya, orang-orang kampung, Ros dan Rashid tidak menggunakan khidmat katering, sebaliknya mereka bergotong-royong, memasak bersama-sama. Masih kekal jiwa ketimuran mereka walaupun mereka berada di bandar. Pernikahannya akan berlangsung pada pukul 10 pagi. Hanani sedang bersiap-siap memakai pakaian yang berwarna putih pilihan Zirhan. Hanani kelihatan anggun dengan persalinan itu. Selepas itu, dia disolek oleh mak andam. Hanani memesan kepada mak andam itu, agar menyoleknya nipis sahaja, dia tidak suka bermekap tebal, macam opera aje.
"Dah siap?" tanya Ros.
"Sikit lagi ma. Tinggal nak pakai netni aje, lepas tu dah settle," ceria saja suaranya.
Ros mengangguk-angguk, senang hatinya melihat anaknya ceria dan bahagia seperti itu. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya yang seorang itu.
Hanani menelek badannya di cermin, sempurna sudah, tiada yang kurang, tiada juga yang lebih. Semuanya sederhana sahaja. Dia melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Hatinya mula terasa berdebar-debar.
Hanani menjenguk sedikit kepalanya di cermin, melihat Zirhan yang segak berbaju melayu cekak musang yang berona sama dengan bajunya. 'Hensemnya laki aku ni'. Wah! belum sah lagi dah panggil laki tau, gatal betul perempuan ni!
Perkarangan rumahnya penuh dengan orang, ada yang berkompang bagai, yang masak sibuk dengan masak macam-macam la. Kalau hari ini bukan hari pernikahannya, pasti mamanya sudah membebel menyuruh dia melakukan itu dan ini. Fuh!
Hanani bersama mak andam di dalam biliknya itu, sesekali mak andam mengelap peluhnya. Saat ini jantungnya terasa macam nak terkeluar aje, berdebar sangat. Tiba-tiba pintunya terkuak, terjegul kepala mamanya.
"Dhia, jom turun, dah nak langsung tu," ajak Ros.
Hanani menelan liurnya, terasa keras kakinya hendak melangkah, macam nak pengsan pun ada juga. Ros membawa Hanani turun ke bawah. Hanani berasa semua mata memandang ke arahnya.
'Haish, baju aku ni koyak ke apa, elok aje aku tengok tadi, tak ada yang koyak pun, ke muka aku macam opera dah ni!, aduh'. Omel Hanani sendirian.
Hanani duduk di atas kusyen yang disediakan khas untuknya. Di hadapannya Zirhan sudah bersedia untuk ijab dan qabul. Tenang sikit hatinya sebaik sahaja melihat Zirhan.
Share this novel