Completed
                        
1042
                    Hanani menunggu Zirhan di hadapan pintu masuk shopping mall. 'manalah dia ni, letak kereta ke buat kereta, lamanya', omel Hanani. Ha tu satu lagi perangai dia, tidak suka menunggu, tapi bila orang kena tunggu dia tak apa pula. Apa la no give and take langsung, macam manalah Zirhan boleh tahan dengan perangai dia ni.
Zirhan datang duduk di hadapan Hanani sambil menongkat dagunya dan tersenyum manis. Dia tahu, Hanani kebosanan.
"Ish, buat muka macam tu pulak, orang baru nak merajuk dah tak jadi, abang ingat, jangan buat muka macam ni, depan perempuan lain pulak tau, nanti orang cemburu!" Hanani memang cair apabila Zirhan merenungnya sambil membuat muka ala-ala Korea gitu! Korea ke, macam jawa aje!
"Kalau abang buat dekat minachi cleaner tu boleh?!" usik Zirhan.
"Tak boleh, asalkan insan yang bernama perempuan!" Hanani sengaja memuncungkan bibirnya, merajuk la konon!
"Ermm, kalau macam tu, wanita boleh kan, okey," usik Zirhan lagi.
"Abang ni kan ish, menyampah la cakap dengan dia ni, wanita, gadis, semua tak boleh!" Hanani menampar bahu Zirhan.
"Sakit la Nani oi, lebam bahu abang ni kang, mama tanya abang cakap Dhia yang pukul ha nak?"
"Cakap la tak takut langsung, wekk!!" Hanani menjelir lidah kepada Zirhan.
"Ha abang kerat lidah tu nanti baru tau, dah la jom masuk dalam abang dah terasa kehangatannya ni.” Zirhan menarik tangan Hanani masuk ke dalam shopping mall itu.
"Dengarlah Hot.fm." Hanani tersengih.
"Budak ni loyar buruk ye!" Zirhan mencubit pipi Hanani.
Mereka singgah di kedai emas Habib jewel. Untung la Hanani ni, dapat bakal suami yang berada. Kalau dapat yang kerja despatch pakai cincin tikam ajela. Hehehe
Zirhan menyuruh Hanani memilih yang mana satu berkenan di hati. Silau mata Hanani melihat emas-emas di situ. Pening kepalanya, banyak sangat tak tahu nak pilih yang mana. Ikut hatinya dia tidak berkenan emas kuning dia lebih suka emas putih ataupun silver. Tetapi Zirhan yang menyuruhnya memakai emas kuning, baru ada tanda nikah katanya. Selepas satu jam, baru lah selesai sesi pemilihan cincin, itupun setelah puas Zirhan menyuarakan pendapatya. Kalau tak sampai besok pun belum tentu selesai. Jurujual itu tergelak melihat gelagat Zirhan dan Hanani.
Seharian mereka berdua keluar mencari barang pernikahan mereka yang hanya tinggal lagi tiga minggu. Tidak sabar rasanya, tetapi dalam masa yang sama juga, Hanani berasa takut untuk menempuhinya. Tetapi dia yakin Zirhan akan menjadi suami yang baik kepadanya.
Zirhan melihat Hanani yang sudahpun lena di sebelahnya. Tiba-tiba setitik air matanya jatuh. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, hatinya sebak dan sayu melihat Hanani.Hampir setiap hari air mata jantannya jatuh tatkala dia melihat gambar Hanani mahupun barangan yang Hanani berikan kepadanya. Dia harap itu cuma perasaannya sahaja. Zirhan terus menghantar Hanani ke rumah.
Share this novel