BAB 1

Romantic Comedy Completed 1042

*PAGI-PAGI*lagi Zirhan sudah menelefon Hanani. Macam-macam pesanan dia berikan kepada suasana di pantai itu sungguh menenangkan. Bisa tenangkan hati yang sedang gundah gelana. Hanani sedang memandang jauh ke tengah laut yang biru itu. Kedengaran ombak tidak jemu-jemu menghempas pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipinya. Fikirannya menerawang entah ke mana-mana. Dia masih teringatkn arwah suaminya. Dalam sekelip mata dia menjadi janda, bukan sahaja janda malah dia juga masih dara!
Dia belum sempat untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Impiannya yang mahu menyiapkan sarapan, pakai suami semuanya musnah, hancur! Dia tidak sempat untuk menikmati bahagianya dalam alam rumah tangga. Dia bergelar isteri hanya selama satu hari. Melihat jari-jemarinya yang masih lagi merah. Saat itu air matanya tidak segan-silu untuk mengalir. Dia mencium cincin yang tersarung di jari manisnya.

"Kenapa abang tinggalkan Dhia, abang janji nak bahagiakan Dhia, tapi kenapa abang tipu, abang mungkiri janji kenapa bang? Kenapa abang buat Nani macam ni.” Hanani berkata sendirian. Hanani menghamburkan tangisnya sepuas-puasnya.

Hanani mengimbau kembali saat-saat terakhir dia bersama arwah suaminya

"Nanti sayang nak pakai baju warna apa?" tanya Zirhan kepada Hanani.

"Nani nak pakai baju warna biru muda, lembut warna tu," jawab Hanani ceria.

"Kalau abang nak pakai baju warna putih lagi suci, bersih aje warna tu kan," ujar Zirhan.

"Nani ikut aje, tak kisah warna apa pun, janji baju kan!" Hanani tersenyum manis sambil memandang wajah Zirhan.

Zirhan mengusap lembut pipi Hanani. Dia sangat sayangkan tunangannya itu. Tetapi semakin hampir hari pernikahan mereka, dia berasa jurang antara mereka semakin jauh.

"Hei kenapa mengelamun ni, kakak ni dah tunggu dah, abang nak yang mana satu ni!" Hanani menayang-nayangkan baju pengantin berwarna putih dan biru.

Zirhan tetap memilih warna putih. Dia mahu memakai warna putih semasa pernikahannya nanti. Selepas mereka selesai memilih baju, Hanani mengajak Zirhan pergi ke kedai cincin. Zirhan mengikut aje tunangannya itu. Mula dia kenal Hanani, gadis itu memang 'kaki' berjalan. Kadang-kadang dia sendiri letih melayan kerenah Hanani. Tak pernah kenal erti penat dan puas. Begitu jugalah sayang dan cinta yang diberikan Hanani kepadanya tidak pernah kenal erti jemu malah semakin hari semakin bertambah. Zirhan sangat bersyukur kerana ditemukan dengan perempuan yang sangat memahami dan bersabar dengan kerenahnya.

"Abang ingatkan Nani nanti nak pergi balik butik tadi, nak cuba baju, tau!"

"Ye sayang, abang ingat, ni ha abang dah buat reminder dah ni.” Zirhan menunjukkan telefonnya.

Hanani cuma tersenyum. Dia akui dia memang seorang yang pelupa. Bayangkanlah, barang-barangnya sendiri pun dia boleh lupa letak di mana, inikan pulak tarikh macam tu. Zirhan juga sudah masak dengan perangainya. Zirhan menyuruhnya turun dahulu, sementara Zirhan mahu meletak kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience