BAB 13

Romance Completed 933

" You cakap you sayang I! Apa ni Fikri?! I benci you lah!" Perempuan itu berlalu pergi tanpa menoleh.

Fikri pula seperti kehilangan kata - kata. Dipandang Alesa dan Nadhirah yang sudah menjauh ke arah kantin. Tanpa meminta maaf, Fikri berlari mengejar Nadhirah, meninggalkan Alesa terkebil - kebil.

Alesa melihat kiri dan kanannya. Ditekup mulutnya sebelum berjujuran air matanya jatuh ke pipi mulusnya. Tangisnya tidak berhenti. Tidak pernah dia duga, hatinya akan seremuk itu. Dia tidak tahu mahu menyalahkan siapa. Dia sendiri yang bodoh. Dia sendiri yang menjerat diri.

" Ibu... Ibu... Tia minta maaf... Kotak musik ibu.... maaf ibu...." Alesa menangis tanpa henti. Kotak musik peninggalan ibunya sudah hancur berkecai di dalam longkang. Itulah satu - satunya pemberian ibunya sebelum ibunya menghembus nafas terakhir kerana kanser payudara.

Alesa berlari pergi entah kemana. Hendak dikejar, dia tahu Alesa pasti makin sakit apabila tiba - tiba dia campur tangan. Lagipun sudah seminggu Alesa mengelak bertembung dengannya, dan sepanjang seminggu itu jugalah Mateen tidak keruan memikirkan Atilia. Nampak sahaja wajahnya di mata Atilia, tergopoh - gopoh gadis itu lari daripadanya.

Kotak musik di ambil dari longkang. Masih bersisa melodinya kedengaran di tangan. Atilia...

Satu persatu nama dipanggil. Terpancar kegembiraan di riak muka masing - masing. Mana tidaknya, seronok rasanya melihat barisan 'A' yang mendatar berbaris pada slip peperiksaan itu. Seperti yang diramal pihak sekolah, Mateen berjaya merangkul gelaran 'Pelajar terbaik kebangsaan'. Masing - masing bersorak sorai sebaik sahaja namanya dipanggil ke pentas.

“ Fly mana lepas ni bro?” Tanya Fuad teruja. Keningnya diangkat - angkat.

“ University of Tokyo!” Laju Mateen menjawab. Dia ketawa kecil.

" Tahniah bro! And terima kasih juga, kau bagi kami hadiah ni." Sahabat - sahabatnya bangga menunjukkan slip peperiksaan masing - masing pada Mateen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience