BAB 1

Romance Completed 933

" Hoi! Suka - suka hati je kau main baling - baling kertas ye?" Rengus Alesa geram pada lelaki yang baharu saja mencampak kertas tepat mengenai batang hidungnya yang mancung itu.

" Eh, sorry-sorry... Ingat tong sampah tadi." Mateen membuat mimik muka tidak bersalah, muka minta maaf pun ada tetapi tidak lama, berdekah - dekah lelaki itu ketawa diikuti sahabat - sahabatnya yang lain. Seronok mengusik perempuan pendek itu yang sudah merah mukanya. Seperti kereta api wap, terkeluar - keluar asap dari telinga kiri dan kanannya.

" Sedapnya mulut kau. Dah banyak sangat ke insurans mulut kau bayar hah?" Alesa tidak mampu meninggikan suaranya dek anak tekaknya yang kecil itu. Berbunyi halus saja suaranya. Itulah yang membuat Mateen tidak pernah bosan mengusik perempuan itu.

" Banyak... Urgh!" Kata Mateen sebelum dia menjerkah Atilia. Matanya dijungkil luas sebaik sahaja mukanya hanya beberapa inci sahaja daripada muka Atilia.

" Opocot! Mak kau nak terberanak!" Latah Alesa tidak semena - mena, buku Fizik di dalam rangkulannya hampir - hampir saja jatuh. Meletus tawa Mateen dan sahabat - sahabatnya. Tidak ketinggalan juga beberapa orang yang kebetulan lalu lalang berdekatan mereka. Gelak macam tak ingat mati.

Muka Alesa semakin merah, kali ini merah menyala - nyala. Fikri baru je lalu tadi. Malu-malu-malu tahap 100 juta malu!

Kaki Alesa laju melangkah meninggalkan Mateen dan kawan - kawannya yang masih dengan tawa mereka yang bersisa. Aku benci kau Mateen ! Sumpah! Aku takkan lupa apa yang kau buat kat aku!

Mateen senyum melihat perempuan itu. Mata coklat itu selalu dia rindu. Senyuman itu selalu dia damba. Hatinya ternyata tidak keruan tatkala melihat wajah polos perempuan itu. Dari jauh dia memerhati sahaja Atilia yang sedang tekun menelaah di bawah pokok berhadapan kelasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience