“ Baiklah tuan puteri Gunung Ledang.” Begitulah rutinnya. Dia akan mengundur bila ditegur perempuan itu. Alesa pula yang sakit kepala melihat muka lelaki itu setiap pagi.
“ Saya ada pengumuman penting. Minggu ini, sekolah akan adakan program mentor mentee antara pelajar tingkatan lima. Kehadiran adalah wajib! Jangan nak ponteng balik rumah!” Sebaik sahaja mendengar ayat itu, semua warga tingkatan lima sekolah berasrama penuh itu mengeluh berat.
“ Kumpulan sudah diagihkan. Senarai nama saya ada tampal di notis board tingkatan lima. Anda semua boleh rujuk di sana. Pagi Sabtu saya mahu semua pelajar tingkatan lima berkumpul disini pada jam 7.30 pagi.”
“ Atilia! Macam mana? Aku nak balik.” Rengek Fateha dengan muka masam mencuka.
“ Sabar je la. Lagipun SPM dah nak dekat kan?” Senyum Alesa memujuk rakannya yang manja itu. Dia tidak kisah pun perlu balik atau tidak pada hari minggu sebabnya kalau dia balik pun, ayah pasti tiada di rumah. Sibuk dengan kerja. Dia lebih rela menghabiskan masanya di asrama.
“ Ya Allah, kau letakkanlah aku satu kumpulan dengan Mateen. Amin.” Fateha tersengih sengih seperti kerang busuk sambil mengaminkan doanya. Alesa hanya mampu mengeleng kepalanya. Macam manalah kawan aku ni boleh sukakan lelaki gila tu? Tak faham aku.
“ Aku nak satu kumpulan dengan Fikri. Hehe.” Alesa bersuara malu - malu. Sudah lama dia meminati Fikri budak sains kelas sebelahnya. Cuma perasaan hati itu disimpan tanpa diberitahu saja.
“ Eeee! Gatal! Tak malu.” Fateha mencubit pipi mulus rakannya itu tanpa menyedari ada sepasang mata yang sibuk memandang ke arah mereka.
“ Please, let her be in my team.” Doa Mateen diam - diam.
Fateha mengeluh berat. Namanya tiada di dalam kumpulan Mateen namun yang ada hanyalah nama Atilia. Mahu saja dia meraung disitu juga. Fateha merangkul bahu rakannya yang baru saja pulang dari koop membeli roti. Terkejut Alesa dibuatnya dek tiba - tiba saja Fateha menahan kedua - dua tangannya lalu pandangan matanya menikam ke arah mata Fateha yang hitam pekat.
Share this novel