BAB 14

Romance Completed 933

" Itu rezeki tuhan and your own effort! Aku tolong mana yang mampu saja." Masing - masing ketawa sambil berpelukan. Raqif mendapatkan Mateen lalu dipeluk kemas lelaki itu.

" Dan aku tahu kau tunggu dia. Atilia... dia on the way balik...better kau kejar dia." Bisik Raqif. Bibirnya mengulum senyum. Sahabat - sahabatnya yang lain turut memberi semangat.

Meliar matanya mencari bayang yang dia rindu itu. Dia ternampak Atilia yang berbaju kurung merah jambu baru sahaja membolos masuk ke perut teksi.

" No-no-no.... Atilia!!!" Laju langkahnya mengejar teksi yang sudah hilang ke jalan besar. Dia gagal. Gagal menarik tangan perempuan itu ke genggamannya.

7 tahun berlalu

Mateen tampak kacak dalam kemejanya. Kot hitam yang membaluti tubuhnya dicalit dengan semburan minyak wangi Giorgio Armani. Sesiapa yang memandangnya pasti boleh jatuh pengsan! Dia duduk semeja bersama sahabat - sahabatnya. Suasana tampak gembira tetapi dia akui Alesa juga yang dia tunggu.

" Hai, Mateen... Bila you balik dari Tokyo?" Sapa Wani yang tanpa segan silu menyentuh bahu Mateen mesra. Mateen mengerut dahinya, tidak selesa diperlakukan sebegitu.

" Couple of weeks ago... How are you?" Mateen berlagak tenang. Kalau Alesa yang sentuh, bahagia juga aku. Getus hati Mateen sambil dia cuba mengerak - gerakkan bahunya daripada genggaman Wani.

" Opss,sorry! I thought you was okay with that... I’m very fine especially when I look at you." Wani gelak acah - acah malu. Meluat tekak anak teruna yang memandangnya. Wani beralih arah membawa diri ke meja rakannya. Sebelum dia melangkah pergi, sempat Wani menghadiahkan 'flying kiss' pada Mateen. Terasa mahu pengsan saja si Mateen menerima godaan sebegitu. Badannya mengeletar kegelian.

" Mata tu, cari siapa Matl!" Mateen mengangkat keningnya, sengaja dia pura - pura tidak dengar. Fuad ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience