“ Tukar group dengan aku please?” Rengek Fateha serupa budak darjah satu.
“ Kenapa?” Berkerut dahi Alesa memandang rakannya. Dicubit roti masuk ke dalam mulutnya. Hari - hari makan roti. Masih kurus juga si Atilia ni, sempat hati Fateha berbisik memandang badan rakannya yang sentiasa maintain saja.
“ Kau satu group dengan Mateen. Aku tahu mesti kau tak nak punya kan? Bagilah aku masuk kumupulan kau eh.”
“ Ye ke?” Muncung mulut Alesa tiba - tiba. Sesungguhnya dia memang tak suka berada dekat - dekat dengan Mateen itu. Nanti ada saja modal lelaki itu mahu menyakatnya.
“ Boleh juga. Kau group dengan siapa?” Jawab Alesa bersetuju dengan idea Fateha mahu bertukar kumpulan mentor mentee.
“ Sayang kau sangat - sangat! Eeee! Kaulah yang terbaik.” Fateha tidak semena memeluk Alesa erat. Suka amat bila pelannya menjadi. Atilia hanya tersenyum saja melihatkan gelagat Fateha itu.
Waktu prep seperti kebiasaannya, Alesa suka ke tandas seorang diri. Meskipun tandas yang selalu dikunjunginya terletak agak jauh dari kelasnya namun baginya itu tidak menjadi masalah memandangkan tandas itu satu - satunya tandas yang mempunyai cermin full body.
Alesa membetul - betulkan tudungnya di hadapan cermin. Sempat juga dia mencalit pelembab bibir di bibirnya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya dia melebar senyum pada pantulan cermin. Kakinya dibawa melangkah keluar dari tandas perempuan.
“ Atilia.” Panggil seseorang dengan nada berbisik. Naik tegak bulu romanya. Alesa berpaling ke arah punca suara. Ternampak kelibat manusia dari belakang tandas sekolah.
“ Siapa?” Sahut Alesa sambil kakinya perlahan - lahan melangkah ke arah menuju ke belakang blok sekolah.
Share this novel