BAB 2

Romance Completed 933

Sekali sekala dia ketawa kecil melihat mimik muka Alesa yang seperti tidak dapat menjawab soalan dari buku. Berkerut - kerut dahinya. Comel. Ahh bukannya nak datang tanya aku pun dia tu! Marah Mateen. Setahu dia, Alesa sahaja yang masih belum datang bertanya apa - apa padanya. Kadang - kadang rasa berkecil hati juga dengan perempuan genit itu.

" Mateen... Tolong ajar Wani. Wani tak faham soalan ni. Susah." Wani menghulurkan sekeping kertas A4 yang bertulis beberapa soalan matematik tambahan pada Mateen. Wani Syafiqah, budak kuat sukan itu dalam diam meminati 'The Next Einstein' kacak, si Mateen.

" Mana satu? Duduklah." Lancar saja ajak Mateen. Sudah terbiasa lagaknya. Kebiasaannya tiap kali waktu rehat pasti ada sahaja rakan - rakan sebayanya datang bertanyakan soalan - soalan yang tidak dapat dijawab padanya tetapi seingat dia tidak pernah pula dia menolak pertanyaan rakan - rakannya. Ingat pesan ibunya, ilmu untuk dikongsi bukan untuk simpanan diri sendiri.

" Eh, Fikri dengan Alesa tu ada apa - apa ke? Tak elok pula tengok duduk berdua - duaan kat bawah pokok tu." Wani mengejutkan Mateen daripada fokusnya. Berdesing telinga Mateen mendengar kata - kata perempuan dihadapannya. Dikalih kepalanya ke arah meja yang diduduki Atilia. Sakitnya. Sakitnya hati melihat mereka berdua. Mateen tidak peduli siapa lelaki itu, tetapi apa yang dia peduli, senyuman itu, tawa itu. Robek hatinya.Dia cemburu dengan lelaki itu mampu membuat perempuan itu bahagia walhal dia hanya mampu menyakiti perempuan itu.

" Ini kalau Junaidi dengan Khalisah tengok ni, mahu naik nama la malam ni kat surau." Ujar Wani dengan nada sinis. Mateen menjeling pada wani sebelum dia kembali memandang wajah Alesa yang sedang berbahagia disamping Fikri, lelaki yang tidak pernah berjabat tangan dengannya itu.

" Wani, ermm, soalan ni nanti aku buat ye. Sakit kepala la tiba - tiba." Mateen meletakkan pen di atas meja sebelum dia bangun meninggalkan mejanya. Wani ditinggalkan terkebil - kebil. Loceng rehat berbunyi tidak dihiraukannya. Laju dia membawa kakinya ke bilik musik. Bilik musik yang menjadi tempat dia dan sahabat - sahabatnya berkongsi tawa dan duka.

" Argh!!!" Dia tolak kertas - kertas berisi not - not musik berteraburan di atas lantai. Ditendang - tendang bass drumnya sampai dia terjelopok jatuh menyembah lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience