BAB 5

Romance Completed 933

“ Awek yang kau cari tu bendera merah la bro. Aku nampak dia dengan Humaira tadi.” Bisik Naim menahan tawa. Macam tahu saja siapa yang si Mateen cari. Mateen mendehem lalu perlahan - lahan dia duduk di dalam saf solat. Naim ketawa kecil sambil mengikut Mateen dibelakang.

Seperti yang dijanjikan, Mateen duduk di bangku taman berdekatan makmal sains, menunggu peminatnya. Dari apa yang dibaca dari surat, ada sesuatu yang ingin diberikan kepadanya.

“ Assalamualaikum, abang Mateen.” Sapa seseorang dari belakang. Mujur tidak dia tidak melompat dari kerusi dek terkejut. Dadanya dirurut - urut perlahan sebelum dia berpaling ke arah pemilik suara.

“ Waalaikumusalam. Awak Amira ya?” Sapa Mateen kembali. Dia tersengih - sengih sumbing. Mana tidaknya, betul cakap Mail, memang comel orangnya. Hati lelaki mana tidak bergoncang melihatnya.

“ Akak Tia. Sinilah.” Panggil Amira malu - malu. Alesa yang dari tadi berdiri di sebalik tiang membuka langkah mendekati si bunga dan si kumbang. Terbuntang luas mata Mateen melihat susuk tubuh genit itu. Dia jadi diam tidak terkutik. Senyumannya hilang serta merta.

“ Saya ada barang untuk abang. Ini coklat yang saya buat kat rumah semalam. Makanlah.” Kotak hitam segi empat dihulur pada Mateen. Anak matanya silih berganti melihat dua anjing dan kucing dihadapannya. Dia tahu, Mateen dan Alesa pantang berjumpa tetapi setelah ajakannya ditolak Mastura dan rakannya yang lain, terpaksa juga dia merayu pada Atilia. Mujur Alesa sudi menemaninya.

“ Oh ye ke? Nak bagi ni je ke? Hehe. Terima kasih ya.” Kotak hitam segi empat bertukar tangan. Sengihnya ditarik hingga ke telinga. Mateen yang tadinya duduk menghuni kerusi batu itu terus berdiri dari kerusi. Tidak mahu lama - lama, nanti silap hari bulan jantungnya yang berdegup kencang berhenti berdegup pula.

“ Abang dah baca ke surat saya?” Tersimpul simpul malu Amira dibuatnya bila dia bertanya soalan sebegitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience