BAB 11

Romance Completed 933

HUARGGGHHHHHHHH!

Hampir gugur jantung Alesa dibuatnya melihat seseorang yang memakai topeng hodoh menjerit ke arahnya. Alesa berlari tidak jejak tanah, meracau - racau menjerit meminta tolong. Air matanya sudah berjujuran jatuh. Kainnya hampir tersingkap ke paras betis. Dia berlari serupa tidak cukup tanah.

Enam rakan itu pula seronok ketawa berdekah - dekah sehingga ditahan - tahan tawa mereka dengan perut. Mateen pula sudah bergolek - golek ketawa. Tidak dia menyangka Alesa berlari lintang pukang seperti itu. Dibuka topeng yang tersarung dikepalanya.

“ Gila la idea kau Mateen. Nasib baik tak terbang budak tu.” Izham mengesat air matanya yang jatuh dek ketawa yang melampau tadi.

“ Haa, ini korang kata aku suka kat dia? Kalau aku suka, tak adanya aku nak buat dia terkejut beruk macam tu.” Mateen juga mengesat air matanya. Tidak mahu kalah dengan rakan - rakannya itu. Lengan baju melayu hitamnya disinsing ke lengan menampakkan urat - urat tangan yang menjadi bualan para pelajar perempuan. Jam tangan Tissot di pergelangan tangannya dibetul - betulkan.

“ Apa - apa je la. Tapi memang kelakar! Kau patut tengok muka dia tadi. Hahaha.”Sambung Fuad yang juga masih bersisa dengan tawanya.

Perlahan - lahan enam sekawan itu menyusuri ke ke koridor sebelum mereka berhenti di hadapan kelas Alesa sambil ketawa berdekah - dekah. Mateen yang berdiri di hadapan pintu kelas mengejutkan seisi kelas dengan topeng hodohnya. Tangannya kemas memeluk tubuh.

“ Hahaha! April fool! Booo! Siapa yang kena tadi nasiblah.” Ketawa Mateen. Dibuka topeng hodohnya mencari Atilia.

“ Kau, Mateen.” Alesa merengus marah. Anak matanya merah dek menangis tadi. Takut bukan kepalang dia tadi. Sudahlah dia terjelopok jatuh di tangga tadi. Diketawakan pula.

“ Uuu, takutnya.” Mateen sengaja membuat mimik takut sebelum dia berjalan kembali ke kelasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience