Mateen duduk bersimpuh menghadap bahagian solat perempuan. Sekali sekala, dia malas juga duduk mengadap ustaz beri tazkirah maghrib. Tapi hari ini, dia bukan malas mahu mendengar ceramah ustaz tapi dia mahu curi - curi tengok si Atilia. Melilau anak matanya mencari susuk tubuh Alesa sebelum bahunya ditepuk seseorang.
“ Bang, ade orang hantar surat.”Mail, budak tingkatan 3 menghulur sekeping kertas putih padanya. Lambat - lambat dia ambil kertas putih itu. Bukan lambat malas baca, lambat lagak macho!
“ Siapa yang kasi?” Tanya Mateen sambil laju bola matanya membaca barisan ayat pendek itu.
“ Budak kelas saya, comel budaknya. Dia dah lama minat kat abang.” Bisik Mail sambil tangannya menunjuk - nunjuk ke arah budak perempuan yang dimaksudkannya. Mateen hanya mengangguk senyum setelah dia menangkap seorang budak perempuan melemparkan senyuman padanya. Nanti kalau tak balas senyum kata sombong pula. Meleret dia melemparkan senyum.
“ Minat?” Alahai, ye ke? Kau cakap dekat dia yang abang dah ada awek. Alesa namanya. Sambung hati Mateen yang tidak terluah.
“ Itu lah, baik abang terima je. Lagipun saya tengok abang dah lama single. Single time sekolah tak syok la abang. Muka handsome, bijak macam ni, tak ade awek tak lejen la bang.” Mail rancak memberi pandangan. Mateen yang mendengarnya juga terkejut. Berkerdip - kerdip anak matanya berkali. Sedap betul mulut budak ni. Naim yang duduk disebelah, menepuk - nepuk bahu Mail setelah dia ternampak perubahan air muka Mateen.
“ Ish, kau ni. Pergi dengar ceramah sana.” Tegas suara Naim menyuruh. Mail hanya akur saja, memandangkan Naim dan Mateen itu lebih senior daripadanya.
Saya dah lama perhatikan abang Mateen. Maaf sebab saya tak ada kekuatan nak beritahu perasaan saya depan - depan. Saya betul - betul minat dengan abang. Saya nak minta tolong dengan abang Mateen. Saya nak jumpa abang Mateen kat depan taman kecil masa prep, nak beri sesuatu. - Amira.
Mateen melipat kertas putih itu kembali sebelum memasukkan kertas itu ke dalam poket baju melayunya. Kalau surat dari Alesa mahu dia melompat sakan dalam surau. Sebut nama Atilia, dia hairan, batang hidung Atilia langsung tak ada di bahagian solat perempuan. Mana pula pergi perempuan ni. Desis hatinya.
Share this novel