BAB 15

Romance Completed 933

" Kau masih cari Alesa ke? Haa...Kau tak nampak ke Alesa duduk kerusi hujung meja nombor dua dari belakang?" Fuad menghalakan garfunya ke arah kedudukan Atilia. Laju sahaja mata Mateen mencari susuk tubuh perempuan itu. Tertunduk - tunduk dia mencari gadis genit itu tetapi masih kosong di layar permandangannya.

" Betul - betul la Bob!" Marah Mateen sebaik sahaja dia tahu Fuad hanyalah mereka cerita. Masing - masing ketawa melihat wajah merah Mateen.

" Dulu kemain aku ingat kau kata 'Alesa tu ketot, tak sesuai dengan kau yang tinggi'. 'Alesa tu budak blur, suare kecik, tak padan la dengan aku', alih - alih, rupanya dia yang tangkap cintan!" Masing - masing gelak lagi. Mateen hanya mengeleng - geleng kepalanya.

Dia sendiri pun tidak menyangka, sampai begitu dia menyukai gadis genit itu. Hebat sungguh aura Alesa padanya. Meskipun sudah 7 tahun, tapi getarnya masih tetap sama.

Matanya jatuh pada susuk tubuh kecil yang berdiri tidak jauh daripadanya. Senyuman itu, tawa itu, dia masih ingat. Ya! Itu Atalia! Atalia Fahira yang meragut hatinya bertahun - tahun dahulu. Wajah itu masih sama. Cantik dan polos.

Mateen bangun lalu dia berlari ke pentas. Melihatkan Mateen yang bangun menuju ke pentas tergesa - gesa, masing - masing bangun mengikut dari belakang.

TUK! TUK! TUK!

" Hey! Ketot!" Suara Mateen terdengar di setiap penjuru dari mikrofon itu. Alesa mengalihkan pandangannya ke arah pentas. Dia kenal amat dengan suara itu. Tersekima dia melihat lelaki itu. Tidak pernah dia nafikan, lelaki itu menjadi idaman ramai sewaktu di sekolah dahulu.

"Hey... Lama tak nampak. Err..." Kedengaran gugup. Alesa masih setia memandang lelaki segak itu. Nak sakat aku la ni. Siap kau Khai-

" This is for you. I've been keeping it for a long - long - long time. I know you might freak out but this is for you. Only you." Tenang saja suara Mateen. Jari - jemarinya menekan kekunci piano. Atalia kehilangan kata - kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience