“ Sungguh Fateha! Aku benci dia! Aku benci dia! Sampai mati Fateha! Sampai mati aku tak nak tengok muka dia!” Jerit Alesa hingga didengari Mateen. Serta merta, tawa Mateen mati. Dadanya berdegup hebat. Suara Alesa terngiang - ngiang di cuping telinganya.
Alesa terkocoh - kocoh berlari menuju ke arah kelas Fikri dengan satu bungkusan yang terbalut cantik. Hatinya masih berbunga - bunga sejak tadi. Tidak sabar rasanya mahu memberi bungkusan itu pada Fikri buat semangat atau mungkin kenangan buatnya sebelum peperiksaan SPM bermula beberapa minggu sahaja lagi.
" Atilia!" Panggil Fikri. Terukir senyuman pada bibirnya. Laju kaki Alesa mendapatkan Fikri yang berdiri di sebelah pintu kelas. Senyumannya mati sebaik sahaja dia lihat seorang perempuan berdiri di sisi Fikri.
" Apa yang awak nak bagi saya?" Tanya Fikri. Berselang seli kepala Alesa menoleh melihat Fikri dan perempuan yang entah apa namanya itu. Junior mungkin. Siapa dia ni? Janji nak jumpa berdua je. Getus Atilia yang mulai tidak selesa dengan kehadiran perempuan itu.
" Err... Ini. Buah tangan, saya beli kat Jepun dulu. Baru hari ni nak bagi awak." Ragu - ragu Alesa cuba menghulurkan bungkusan itu.
" Jepun? Apa ni? Saya buka boleh?" Senyum Fikri. Alesa sedikit senang hati melihat senyuman Fikri. Tiba - tiba sahaja hilang rasa tidak selesanya pada tetamu yang tidak diundang itu.
" Bak sini. Biar I yang bukak." Perempuan yang tadinya merampas bungkusan itu daripada tangan Fikri lalu dikoyak - koyak balutan cantik itu. Fikri tidak pula menghalang, seakan dia faham perempuan itu sedang cemburu.
" Apa ni? Music box?" Perempuan itu memulas - mulas kunci yang berada di bawah kotak musik itu. Melodi 'Itsumo Nandodemo' merdu kedengaran. Wajah perempuan itu berkerut lalu dia mengalihkan pandangannya pada Atilia.
" Eh, tak payahlah nak sweet - sweet sangat... Fikri ni aku punya! So back-off!" Tercampak kotak musik itu ke longkang. Tergamam Atilia, giginya diketap rapat menahan air mata jatuh dari tubir matanya.
Share this novel