BAB 43: PEMBERSIHAN RUMAH DAN TETAMU DARI TIMUR

Mature Content Series 1132

Pagi di Four Seasons Private Residences (6:00 AM ? 8:00 AM)
Cahaya matahari pagi Januari 2026 mula menembus dinding kaca penthouse mewah itu, membiaskan sinar keemasan pada lantai marmar yang dingin. Di ruang gim peribadi, Elvis Manai?atau kini selesa dengan nama Seth Likou di bibir isterinya?baru sahaja menamatkan sesi latihan intensif. Peluh jantan membasahi tubuh tegapnya, bukti disiplin yang tidak pernah luntur walaupun badai melanda empayarnya.
Usai mandian air sejuk yang menyegarkan saraf, dia melangkah ke ruang makan. Aroma kopi hitam pekat tanpa gula memenuhi ruang, satu-satunya 'dadah' yang dia benarkan masuk ke dalam tubuhnya setiap pagi.
Di meja makan, Mak Cik Selmah sudah siap menghidangkan sarapan yang penuh khasiat: telur hancur yang dimasak sempurna dengan avokado, roti gandum bakar, dan segelas jus delima segar khas untuk Geneva.
"Awalnya awak siap hari ni, Seth," tegur Geneva. Dia duduk dengan anggun, mengenakan maternity dress sutera putih gading yang menyembunyikan perutnya yang masih kecil. Wajahnya berseri, tiada lagi pucat lesi seperti semalam. "Kopi pahit tu lagi... tak elok untuk perut kosong."
Elvis menarik kerusi di sebelah Geneva, bukan di kepala meja seperti kebiasaannya. Dia memandang isterinya dengan tatapan yang kini cair dan hangat, jauh berbeza daripada pandangan 'Anonymous Lust' yang dulu.
"Lama saya tak rasa tenang macam ni lepas 'perang' kelmarin. Tapi tengok awak pagi ni, semua stres tu hilang," balas Elvis jujur.
"Saya dah serahkan semua urusan Nick Holdings pada COO dan CFO. Karen pun akan pantau semuanya dari pejabat. Hari ni saya nak fokus pada 'kita'," ujar Geneva lembut.
Genggaman tangan Elvis erat pada jari-jemari isterinya. "Bagus. Tapi ingat, jangan pandu kereta sendiri. Saya dah pesan pada Amit. Biar dia hantar awak depan pintu klinik Dr. Suraya. Saya tak nak awak penat, apatah lagi dalam keadaan sekarang."
Geneva tersenyum manis, mengusap belakang tangan suaminya yang kasar. "Iya, sayang. Amit ada. Awak pun... jangan stres pasal Zane atau Ita lagi. Everything will be alright. Sistem Apex dah stabil, kan?"
Elvis tidak menjawab dengan kata-kata. Dia menarik wajah Geneva rapat ke wajahnya, lalu mencium kening isterinya?penuh rasa memiliki dan kasih sayang. Ciuman itu seolah-olah satu janji perlindungan mutlak.
"Sayang... jadual awak padat hari ni. Saya pun dah lewat untuk appointment. Lepas ni, ya?" Geneva menolak lembut dada Elvis sambil ketawa kecil.
Elvis mengeluh kecil, namun bibirnya mengukir senyuman yang jarang dilihat orang luar. "Awak ni selalu buat saya tak nak pergi kerja."
Dia mengecup kening Geneva sekali lagi sebelum bangkit. "Jaga diri. Saya tunggu update dari Dr. Suraya."

Klinik Swasta Dr. Suraya (10:30 AM)
Klinik itu sunyi dan eksklusif, jauh dari hiruk-pikuk pesakit umum. Geneva duduk di dalam bilik konsultasi yang nyaman, memerhatikan Dr. Suraya, seorang pakar perubatan senior yang tenang, sedang meneliti skrin imbasan ultrasound.
"Tengok ni, Puan Geneva. Degupan jantung bayi sangat kuat dan stabil. Walaupun masih kecil, perkembangannya sangat positif untuk usia dua bulan," terang Dr. Suraya.
Mata Geneva berkaca melihat titik kecil yang berdenyut di skrin itu. "Tapi doktor, kebelakangan ni keadaan agak... mencabar di pejabat. Saya risau kalau stres tu beri kesan."
Dr. Suraya menanggalkan cermin matanya, memandang Geneva dengan serius namun prihatin. "Begini, Puan Geneva. Seorang CEO genius seperti puan mungkin biasa dengan tekanan, tetapi hormon mengandung berbeza. Stres yang melampau boleh mengganggu aliran darah ke rahim. Puan kena amalkan mindfulness. Bila rasa stres, berhenti kerja serta-merta, tarik nafas."
"Saya akan cuba. Bagaimana dengan pemakanan?"
"Teruskan pengambilan asid folik. Saya nak puan lebihkan makanan 'brain food' seperti kacang walnut, salmon, dan sayuran hijau gelap. Kurangkan kafein?saya tahu puan peminat kopi. Dan paling penting, tidur yang cukup. Jangan berjaga malam semata-mata nak pantau pergerakan saham atau godaman siber."
Geneva tertawa kecil mengingati gelagatnya 'berperang' malam tadi. "Suami saya pun cakap benda yang sama, doktor."
"Suami puan betul. Sebagai bapa, dia perlu pastikan persekitaran puan tenang. Kalau boleh, buat aktiviti ringan seperti berenang atau berjalan di taman penthouse puan. Kekal hidrat. Ingat, bayi puan perlukan ibu yang tenang untuk dia membesar dengan genius juga."
"Terima kasih, doktor. Saya akan pastikan jadual saya dikosongkan untuk lebih banyak waktu rehat."
Usai sesi, Geneva melangkah keluar dengan perasaan yang jauh lebih ringan. Amit sudah sedia menunggu di depan lobi klinik dengan pintu kereta yang terbuka. Sambil mengusap perutnya, Geneva menghantar pesanan ringkas kepada Elvis:
"Jantung anak kita kuat macam ayahnya. Dr. Suraya cakap I kena rehat, so no more work for today. See you tonight, Hero."
Pembersihan di Menara Apex Global (11:00 AM)
Di bilik mesyuarat utama Apex Global, suasana tegang bagaikan ada bom jangka yang menanti masa untuk meledak. Elvis berdiri di kepala meja. Dia tidak duduk. Wajahnya yang biasanya dingin kini kelihatan seperti ukiran batu?keras dan tidak beremosi.
Di hadapannya terdapat sebuah fail hitam tebal hasil risikan penyiasat peribadinya, Murad, yang bekerja sepanjang malam.
"Semalam, syarikat ini hampir lumpuh. Maruah kita dipijak oleh orang luar. Dan hari ini, saya berdiri di sini bukan untuk dengar alasan, tapi untuk cuci sisa-sisa kotoran yang masih ada dalam bilik ini," suara Elvis rendah tetapi bergema, memenuhi setiap sudut ruang.
Dia mencampakkan beberapa keping foto dan dokumen ke atas meja. Foto-foto itu menunjukkan pertemuan rahsia di sebuah kafe terpencil.
"Zane Nyelang takkan boleh tembus tembok api (firewall) kita tanpa kunci dari dalam. Sistem kita paling canggih di Asia Tenggara, melainkan... ada tangan yang sudi membukakan pintu."
Semua mata tertumpu pada skrin gergasi yang tiba-tiba memaparkan log masuk sistem yang mencurigakan. Elvis berjalan perlahan, mengelilingi meja mesyuarat. Bunyi tapak kasutnya berdetak di atas lantai marmar, mencetuskan irama yang mendebarkan.
Dia berhenti tepat di belakang seorang lelaki?Jefri, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO) Apex Global.
Elvis meletakkan tangan di bahu Jefri, membuatkan lelaki itu tersentak hebat. "Jefri... awak dah bersama saya sejak awal Apex ditubuhkan. Saya percayakan awak lebih daripada nyawa saya sendiri. Tapi kenapa akaun bank luar pesisir awak di Cayman Islands tiba-tiba menerima transaksi 500,000 USD dari akaun proksi Qarita Owen?"
Seluruh bilik mesyuarat tergamam. Jefri pucat lesi, peluh jantan mula membasahi dahinya.
"T-tuan... saya boleh terangkan. Mereka ugut keluarga saya?"
"Jangan guna nama keluarga untuk tutup ketamakan awak!" potong Elvis dengan nada yang sangat tajam. "Awak bukan saja khianat syarikat, awak khianat persahabatan kita."
Elvis memberi isyarat kepada dua orang pengawal keselamatan berbadan tegap yang sudah sedia menunggu di pintu.
"Bawa dia keluar. Serahkan semua bukti digital dan fizikal kepada pihak berkuasa siber. Saya nak pastikan dia takkan dapat sentuh papan kekunci lagi seumur hidup dia."
Selepas Jefri diheret keluar dalam keadaan merayu, suasana menjadi semakin sunyi. Elvis memandang staf yang tinggal dengan pandangan yang tidak memberi ruang untuk kesilapan.
"Mulai saat ini, protokol 'Iron Shield' diaktifkan," arah Elvis tegas. "Saya nak Apex Global jadi kebal. Saya takkan biar sesiapa, terutamanya Zane atau Qarita, sentuh apa yang saya dah bina. Bersurai dan buat kerja awak. Jangan buat saya cari pengkhianat kedua."
Elvis melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu dengan langkah yang gagah, namun destinasi seterusnya bukanlah pulang ke rumah untuk berehat. Perang hari ini baru bermula separuh jalan.
Di lobi bawah, Amit sudah sedia menunggu di sisi pintu penumpang Bentley Mulsanne. Enjin kereta itu sudah dipanaskan, bersedia untuk membelah kesesakan lalu lintas Kuala Lumpur.
"Ke mana, Tuan?" tanya Amit sebaik Elvis meloloskan diri ke tempat duduk belakang.
Selesai memandu dan menghantar Geneva ke rumah orang tuanya di Bukit Tunku,Amit bergegas ke Apex Global pula.
"Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC)," arah Elvis pendek sambil membuka tabletnya untuk menyemak agenda mesyuarat. "Lembaga Pengarah sedang menunggu pembentangan laporan prestasi tahunan. Selepas apa yang berlaku pagi tadi, mereka perlukan jaminan bahawa kapal ini takkan karam."
Amit mengangguk faham. Kereta mewah itu meluncur keluar, membawa Elvis Manai menuju ke satu lagi medan pertempuran?kali ini bukan melawan penggodam, tetapi melawan jerung-jerung korporat yang dahagakan keuntungan dan penjelasan.
Sementara itu, di awan biru, pesawat yang membawa keluarga Robert Linggi semakin hampir mendarat, membawa bersama seribu satu rahsia yang bakal bertembung di bumi Kuala Lumpur.
Ketibaan dari Sarawak (1:00 PM)
Pesawat peribadi milik Apex Global mendarat dengan lancar di terminal swasta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ini bukan terminal komersial biasa; ia adalah ruang eksklusif yang memastikan privasi dan pergerakan pantas, jauh dari mata umum.
Di apron, dua buah Mercedes-Benz S-Class hitam berkilat sedia menunggu, enjinnya menderu perlahan.
Di ruang ketibaan eksklusif, Robert Linggi (55) kelihatan jauh lebih sihat berbanding beberapa minggu lalu, kulitnya kini berseri. Di sisinya, Debby Ani (55) kelihatan anggun dalam baju kurung moden, namun matanya penuh tanda tanya. Di antara mereka, Malini (28), adik Elvis yang buta, memegang erat tangan ibunya. Wajahnya yang cantik dan tenang sedikit keliru dengan suasana baharu yang bising namun teratur ini.
Mereka disambut oleh dua figura tegap?Encik Jemat, pembantu peribadi Elvis di Sarawak, dan Encik Murad.
"Selamat datang ke Kuala Lumpur, Encik Robert, Puan Debby, Cik Malini. Saya Murad, wakil daripada pihak Tuan Muda," sapa Murad dengan senyuman mesra.
Debby Ani mengerutkan dahi. "Tuan Muda? Siapa ya? Maafkan kami, kami masih tak faham kenapa kami perlu pindah tergesa-gesa macam ni. Kesihatan Robert pun baru nak pulih."
"Semua akan dijelaskan nanti. Buat masa ni, keselamatan tuan puan adalah keutamaan kami. Kita bergerak sekarang," jawab Murad sopan namun tegas.
Malini, dengan deria pendengarannya yang tajam, memusingkan kepalanya sedikit. "Tempat ni sunyi, bukan macam lapangan terbang biasa. Siapa gerangan yang begitu berkuasa hingga boleh sediakan kemudahan macam ni, mak?" suaranya lembut namun penuh pemerhatian.
Robert Linggi batuk kecil, namun nampak yakin. "Entahlah, Nak. Tapi orang ni dah banyak tolong kita kat Sarawak. Ubat-ubatan saya semua terbaik. Kita ikut saja dulu."
Dua pemandu pantas mengambil bagasi mereka. Keluarga Elvis dibawa ke dua buah kereta berasingan untuk tujuan keselamatan. Amit membuka pintu kereta untuk Debby dan Malini.Sementara itu ayahnya di sebuah lagi kereta lain.
"Sila masuk, Puan. Perjalanan ke kediaman Tuan lebih kurang 45 minit."
Di sebalik layanan kelas pertama itu, terdapat aura ketegangan yang tersembunyi. Murad berbisik kepada Jemat di tepi kereta.
"Tuan Elvis maklumkan, kawasan kita dipantau. Musuh dah tahu identiti penuh Tuan Elvis. Pastikan jalan ke penthouse kita guna laluan yang berbeza dan sentiasa ubah kelajuan. Jangan ada yang ikut."
"Faham, Murad. Keluarga Tuan Elvis selamat dengan kita."
Keluarga Elvis yang masih keliru duduk di dalam kemewahan S-Class. Malini menyentuh kusyen kulit yang lembut, merasakan kontras ketara dengan kehidupan mereka di Baleh yang jauh lebih sederhana.
"Agak-agak siapa yang tolong kita ni,Malini? Macam orang kaya sangat," bisik Debby Ani kepada anaknya.
"Tak tahulah, mak. Tapi dia dah selamatkan nyawa kita. Kita doakan yang baik-baik saja."
Mereka tidak tahu bahawa individu yang mereka panggil "Tuan Muda" itu adalah anak lelaki mereka sendiri?Seth Likou?yang hilang 30 tahun lalu di rumah kebajikan, dan kini telah menjadi Elvis Manai, seorang jutawan yang sedang berperang dengan dunia untuk melindungi mereka semua.
Kereta mewah itu meluncur laju meninggalkan lapangan terbang menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur, membawa bersama harapan penyatuan yang telah lama tertangguh.

Kadangkala, menjadi raja dalam empayar sendiri menuntut kekejaman seorang algojo. Tindakan Elvis membuang orang kepercayaannya demi menyelamatkan Apex Global membuktikan dia tidak lagi bermain dengan emosi. Namun, drama sebenar sedang mendarat di KLIA. Robert dan Debby melangkah ke Kuala Lumpur tanpa menyedari 'Tuan Muda' yang menyelamatkan mereka adalah Seth Likou, anak yang hilang tiga puluh tahun lalu. Lebih merumitkan keadaan, mereka hanya mengenali wajah Elvis sebagai 'Drago Elom', pegawai kebajikan yang membantu mereka di Baleh tempoh hari. Konflik nanti bukanlah tentang wajah yang seiras, tetapi tentang bagaimana 'pegawai kerajaan' yang sederhana itu tiba-tiba bertukar menjadi bilionair yang digeruni. Adakah topeng Elvis mampu bertahan di hadapan darah dagingnya sendiri, atau adakah satu lagi rahsia bakal terburai di meja makan penthouse itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience