Series
746
"Dia sangka dia membeli nikmat, rupa-rupanya dia menempah neraka." Di siang hari, mereka adalah musuh korporat yang saling menjatuhkan. Geneva Iraw, CEO Nick Holdings yang dingin dan angkuh. Elvis Manai, SVP Apex Globals yang kejam dan penuh rahsia. Namun, apabila malam melabuhkan tirai, topeng mereka berubah. Demi lari dari tekanan, Geneva melanggan perkhidmatan seorang lelaki misteri di Dark Web yang dikenali sebagai 'Anonymous Lust'. Tanpa dia sedari, lelaki yang memuaskan segala fantasi liarnya di balik topeng itu adalah musuh ketatnya sendiri, Elvis. Bagi Elvis, Geneva hanyalah anak kepada musuh yang perlu dihancurkan. Namun, satu malam di Ritz-Carlton mengubah segalanya. Dia sepatutnya merobek maruah gadis itu, tetapi dia malah terjerat dalam permainan perasaannya sendiri. Kini, terikat dengan Kontrak Perkahwinan demi dendam keluarga, Elvis perlu memilih: Terus menjadi 'Hantu' yang memburu, atau menjadi 'Pelindung' kepada wanita yang sedang mengandungkan benihnya? "Kau milik aku di pejabat, dan kau hamba aku di ranjang. Jangan lupa siapa Tuan kau, Geneva." Genre: Dark Romance, CEO, Revenge, Secret Identity. #DarkRomance #EnemiesToLovers #CEO #Dendam #SecretBaby #MalayNovel.
Update 15 February 2026