Series
1132
Suasana di 'The Vault' malam itu sarat dengan denyutan muzik techno-jazz yang rendah dan berat. Cahaya neon ungu yang malap menari-nari di atas gelas-gelas kristal, memberikan suasana yang cukup privasi untuk para elit Kuala Lumpur menghilangkan lelah?atau merancang pengkhianatan.
Geneva duduk bersandar di sofa baldu, memerhatikan Gladys yang sedang galak bercerita. Dia nampak tenang, namun setiap saraf di tubuhnya sedang berjaga-jaga.
"Eve, kau menung apa lagi? Cheers!" Gladys menghulurkan segelas champagne yang berbuih halus.
Geneva menyambut gelas itu dengan hujung jari yang lentik. Dia membawa gelas itu ke bibirnya, sekadar membasahkan sedikit kulit bibirnya tanpa setitik pun cecair itu masuk ke kerongkong. Aroma alkohol itu memualkan, tetapi dia tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"I tengah cleanse diet minggu ni, Gladys. No alcohol for me tonight," ujarnya pendek sambil meletakkan semula gelas itu ke atas meja marmer. Alasan yang cukup 'klasik' bagi seorang CEO yang mementingkan kesihatan.
Tiba-tiba, bulu roma di tengkuk Geneva meremang. Satu aura asing yang sejuk mula mendekati mejanya.
"I dengar Nick Holdings kena serangan siber teruk minggu lepas. Juta-juta ringgit lesap dalam sejam," satu suara garau mencelah, penuh dengan nada provokasi.
Zane Nyelang berdiri di hadapannya. Kemeja hitamnya yang tidak dibutang penuh menonjolkan tatu Bungai Terung yang nampak berbahaya di bawah lampu neon. Dia merapatkan diri, tangannya dengan berani menyentuh pinggir gelas yang diletakkan Geneva tadi.
"I ingatkan u tengah sibuk menangis di pejabat, bukan minum di kelab," sambung Zane, matanya tajam memerhatikan reaksi Geneva. Dia mahu melihat 'retak' pada topeng wanita itu.
Geneva tidak melatah. Dia hanya menyilangkan kaki, memandang Zane dengan senyuman sinis yang sangat tipis.
"Juta-juta ringgit tu cuma angka di skrin, Zane. Nick Holdings ada banyak 'nyawa' lain yang u takkan nampak dalam data korporat," balas Geneva dengan nada yang cukup bosan. "Jualan singkat u pagi tadi? I anggap itu cuma sumbangan kecil u untuk meriahkan pasaran saham I. Terima kasih."
Zane sedikit tersentak. Dia menjangkakan Geneva akan panik atau marah, tetapi wanita di hadapannya ini nampak terlalu tenang. Seolah-olah kerugian itu benar-benar hanya 'celah gigi'.
"U memang menarik, Geneva. Tapi berhati-hati... keyakinan yang terlalu tinggi boleh jadi jerat untuk diri sendiri."
Belum sempat Zane menyambung, satu tangan sasa yang memakai kemeja hitam muncul dari kegelapan dan mendarat kemas di bahu Geneva. Elvis Manai berdiri di situ, auranya begitu dominan sehingga muzik di sekeliling seakan-akan tenggelam.
"Zane," tegur Elvis. Pendek, tetapi sarat dengan amaran.
Zane tersenyum lebar. Dia memberi isyarat kepada Elvis untuk merapat. Dalam hingar-bingar kelab, Zane membisikkan sesuatu tepat ke telinga Elvis.
"I know you're Anonymous Lust, Elvis. I own the platform you use to hunt. I see everything."
Rahang Elvis mengeras, namun dia tidak berganjak. Dia membalas dengan pandangan yang cukup tajam sehingga mampu menembusi tulang.
Rahang Elvis mengeras. Genggamannya pada bahu Geneva tidak dilepaskan, sebaliknya dia menarik isterinya itu sedikit rapat ke arahnya, seolah-olah menegaskan kawasan jajahan.
Zane tersenyum senget, matanya beralih daripada wajah dingin Elvis ke arah Geneva, kemudian kembali kepada lelaki di hadapannya itu.
"Kenapa diam, Elvis? Lidah u kelu sebab 'tuan punya padang' ada depan mata?" provokasi Zane lagi. Dia melangkah setapak ke hadapan, merapatkan jarak sehingga dada mereka hampir bersentuhan. "I nampak semua transaksi u. I nampak setiap kali u log masuk untuk cari kepuasan. Anonymous Lust... nama yang gah, tapi hakikatnya, u cuma pelanggan yang membayar untuk fantasi di bawah telunjuk I."
Elvis tidak berganjak. Malah, dia memberikan satu tawa kecil yang kering?tawa yang membuatkan bulu roma Gladys dan rakan-rakan Geneva yang lain meremang.
"Melihat tak bermakna u memiliki, Zane," balas Elvis, suaranya kini serak dan rendah, sarat dengan ancaman. "U rasa u pemilik platform? U cuma budak suruhan yang kutip syiling di lorong gelap. U nampak transaksi I, tapi u takkan pernah nampak langkah I yang seterusnya."
Elvis mencondongkan badannya, membisikkan sesuatu yang hanya boleh didengari oleh Zane.
"Dunia Dark Web itu luas, Zane. Tapi dunia nyata ini sangat sempit untuk orang macam u. Satu petikan jari, dan pelayan (server) u boleh jadi abu. Jangan cabar orang yang tahu kod rahsia pintu belakang rumah u sendiri."
Zane mengecilkan matanya. Dia tahu Elvis bukan sekadar menggertak. Kepakaran IT Elvis adalah sesuatu yang digeruni, namun egonya sebagai 'tuan punya platform' menghalangnya daripada mengaku kalah.
"Kod rahsia? U ingat u boleh godam I sewenang-wenangnya?" Zane mencengkam gelas kristal di tangannya kuat. "I ada data setiap pelanggan I. Termasuk... Little E."
Zane mengerling ke arah Geneva dengan pandangan yang penuh nafsu dan niat jahat. "Cantik. Genius. Tapi hamba kepada skrin di tengah malam. Bayangkan kalau dunia tahu CEO Nick Holdings yang gah ni rupa-rupanya?"
"Berhenti di situ, Zane," celah Geneva. Suaranya tenang, namun ada ketajaman mata pedang dalam setiap suku kata. Dia bangun dari sofa, berdiri tegak di sebelah Elvis.
Dia memandang tatu Bungai Terung di leher Zane dengan pandangan menghina.
"Kirim salam pada penaja u di Ritz-Carlton," celah Geneva, memotong bicara Zane dengan fakta yang membuatkan lelaki itu tergamam. "Beritahu dia, I bukan jenis wanita yang suka kongsi barang kepunyaan I. Especially... my husband. Dan pasal data Little E yang u banggakan tu? U lupa satu perkara, Zane. I yang cipta enkripsi asinkronus yang u gunakan untuk platform tu. Kalau I boleh cipta, I boleh musnahkan dalam sekelip mata."
Zane terdiam. Dia memandang Geneva dengan rasa tidak percaya. Dia tidak sangka Geneva tahu tentang 'penajanya' di Ritz-Carlton?satu rahsia yang sepatutnya terkubur rapi.
"U berdua memang pasangan yang berbahaya," gumam Zane akhirnya. Dia meletakkan gelasnya ke atas meja dengan kasar, bunyi kaca berlaga dengan marmer itu bergema di tengah hingar-bingar muzik.
"Tapi ingat, Elvis... harimau kalau dah lapar, dia tak kira siapa kawan siapa lawan. The game has just started."
Elvis hanya memerhatikan Zane dengan pandangan kosong. "Harimau yang bising selalunya harimau yang lapar sebab tak tahu cara memburu, Zane. Pergi balik. I tak nak kotori malam isteri I dengan bau sampah macam u."
Zane ketawa kecil, seolah-olah cuba menutup rasa terancamnya sebelum dia berpaling dan melangkah pergi ke sudut VIP yang lebih gelap, hilang di sebalik kepulan asap shisha dan cahaya neon.
Geneva melepaskan nafas yang panjang. Dia dapat merasakan tangan Elvis yang tadi di bahunya, kini turun menggenggam jemarinya. Genggaman yang sangat erat.
"U okey?" soal Elvis, matanya penuh dengan kebimbangan yang tidak dapat disembunyikan lagi.
Geneva memandang suaminya. "I okey. Tapi kita kena keluar dari sini, Seth. Tempat ni dah tak selamat untuk... kita."
Geneva menyentuh perutnya secara halus, satu isyarat yang hanya difahami oleh Elvis. Elvis mengangguk faham. Malam itu, kemenangan bukan milik Zane yang memegang data, tetapi milik pasangan itu yang memegang takdir di tangan mereka sendiri.
Di dalam Bentley Mulsanne ? Perjalanan pulang ke Four Seasons
Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Elvis memandu dengan cengkaman erat pada stereng, matanya lurus memandang jalan raya namun fikirannya jauh memikirkan ancaman Zane tentang Dark Web.
"Elvis," panggil Geneva lembut.
"I tengah uruskan sesuatu, Eve. Jangan sekarang," balas Elvis, suaranya sedikit tegang.
"I tahu awak yang hack Nick Holdings tempoh hari," potong Geneva tanpa berselindung lagi.
Elvis menekan brek secara mengejut di bahu jalan. Dia menoleh ke arah Geneva dengan wajah yang sangat terkejut. "Apa awak cakap?"
"I tak marah. I tahu awak ada sebab sendiri masa tu," Geneva memandang Elvis dengan pandangan yang dalam. "Tapi sekarang, musuh kita bukan lagi masing-masing. Zane Nyelang bekerja dengan Mrs. Ita. Dia pemilik platform yang awak guna, Elvis. Awak dalam bahaya."
Elvis tergamam. Dia baru sedar bahawa selama ini, dia bukan sahaja sedang tidur bersama isterinya, tetapi dia sedang berkongsi hidup dengan seorang wanita yang pemerhatiannya jauh lebih tajam daripada mana-mana sistem keselamatan yang pernah dia bina.
Suasana di dalam penthouse malam itu tenang. Selepas satu hari yang panjang menguruskan krisis syarikat,dan pertembungan pertama dengan THE GHOST di THE VAULT.Geneva dan Elvis duduk berehat di ruang tamu. Geneva memandang suaminya yang sedang santai menyandar di sofa. Dia tahu, dia tidak boleh menyimpan rahsia ini lagi. Dia perlu memberitahu hal sebenar sebelum perutnya mula ketara.
Geneva menarik nafas panjang, mengumpul kekuatan. Dia memandang tepat ke mata Elvis.
"Dan satu lagi... I pregnant."
Ayat itu keluar ringkas, padat, dan tepat. Tiada mukadimah panjang lebar.
Geneva menjangkakan Elvis akan ternganga, melompat bangun, atau mungkin terkedu seribu bahasa. Namun, apa yang dia terima hanyalah... kesunyian.
Elvis hanya mengukir senyum kecil. Sangat kecil, tetapi cukup untuk melembutkan wajah dinginnya. Dia tidak nampak terkejut langsung.
Geneva mengangkat keningnya tinggi, memberi isyarat mata yang jelas: 'That?s it?'
"So? Tu je, Elvis? U tak terkejut?" soal Geneva, sedikit tidak puas hati dengan reaksi tenang suaminya itu.
Lelaki itu tersenyum lagi, kali ini lebih lebar. Dia mengangguk perlahan.
"Saya tahu, Eve," jawabnya tenang.
"Tahu? Macam mana u tahu?"
Elvis membetulkan duduknya, menghadap isterinya dengan pandangan redup.
"Ingat tak minggu lepas? U terlelap di sofa ruang tamu ni sebab penat sangat. Masa tu, saya yang angkat u masuk ke bilik," cerita Elvis lembut. "Kebetulan masa saya angkat u, beg tangan u terjatuh dari riba. Barang-barang u terkeluar sikit."
Elvis menyelitkan rambut Geneva ke belakang telinga, satu sentuhan yang cukup mengasyikkan.
"Saya kutiplah barang-barang u nak simpan balik dalam beg. Masa itulah... saya nampak kepingan gambar ultrasound tu terselit. Baby kita... baru 8 minggu, kan?"
Geneva ternganga kecil. Dia terus menekup mulutnya, ketawa kecil bercampur rasa malu dan terharu.
"Patutlah..." bisik Geneva, menggelengkan kepala.
Segala teka-teki mengenai perubahan sikap Elvis sejak seminggu dua ini akhirnya terjawab. Patutlah suaminya itu tiba-tiba jadi protective semacam. Jangan angkat berat, jangan skip makan, malah Elvis yang terkenal dengan sikap dingin beku macam batu itu tiba-tiba boleh jadi romantik dan penyabar.
"Patutlah u layan I macam tuan puteri kebelakangan ni. Rupa-rupanya 'Batu' ni dah cair awal-awal lagi," usik Geneva.
Elvis ketawa halus, menarik Geneva ke dalam pelukannya.
"Siapa tak cair, Eve? Ada nyawa saya dalam perut u. Little Elvis." Dia mengucup dahi isterinya lama. "Saya diam sebab saya tunggu u sedia nak bagitahu saya sendiri. Thank you, sayang."
Malam itu, Geneva tidur dengan senyuman paling lebar. Rupa-rupanya, di sebalik wajah ketat CEO Apex Global itu, ada hati seorang bapa yang sudah lama bersedia untuk menyambut kehadiran zuriat mereka.
Siapa sangka, di sebalik kemewahan Four Seasons dan kedinginan empayar korporat, ada dua jiwa yang sebenarnya sedang berdiri di atas runtuhan masa lalu yang sama. Pertemuan di 'The Vault' tadi bukan sekadar pertembungan ego, tapi ia adalah saat di mana topeng mula merekah. THE REVEAL:’rahsia’ yang Eve simpan sendiri nampaknya tak lama bertahan,Elvis dah pun tahu isterinya sedang berbadan dua ketika itu. Kini, Elvis sedar yang dia tidak lagi berjuang sendirian. Isteri yang disangkanya perlu dilindungi, rupa-rupanya adalah rakan sekutu yang paling berbahaya. Bayangkan betapa 'dark' dan 'intense' hubungan mereka selepas ini—apabila seorang pakar manipulasi digital bersatu dengan seorang genius yang memiliki aset fizikal yang tidak dikesan radar. Zane dan Mrs. Ita mungkin ada taktik, tapi mereka belum kenal siapa sebenarnya pasangan ' Seth & Gwayneve' ini bila mereka sudah mula bermain di gelanggang yang sama. Perang ini sudah jadi sangat peribadi, dan darah yang mengalir nanti bukan lagi sekadar data digital, tapi dendam yang tertunggak selama tiga puluh tahun.
Share this novel