Series
1132
Di tingkat 50 Menara Apex, dunia kelihatan begitu kerdil di bawah telapak kaki Elvis Manai. Dari dinding kaca pejabatnya yang luas, dia memerhatikan barisan kenderaan yang merayap seperti semut di dada jalan raya Kuala Lumpur. Di sini, di dalam ruang yang sarat dengan bau haruman sandalwood dan kuasa, Elvis adalah 'Tuhan'. Sebagai Senior Vice President (SVP) of Global Operations, setiap coretan tandatangannya membawa nilai jutaan ringgit. Setiap keputusan yang meluncur dari bibirnya mampu menentukan nasib ribuan pekerja di bawah naungannya.
Elvis berpaling perlahan apabila pintu pejabatnya diketuk. Dia tidak perlu menjemput masuk; setiausahanya sudah sangat maklum dengan rentak kerjanya yang serba pantas.
"Tuan Elvis, laporan audit untuk projek di Dubai sudah siap. Dan ini pula adalah senarai pendek vendor untuk projek baru BHI Holdings," lapor setiausahanya dengan suara yang sedikit bergetar. Walaupun sudah lima tahun berkhidmat, wanita itu masih merasa seram sejuk setiap kali bertentang mata dengan susuk tegap lelaki kacukan Melanau-Iban itu.
Elvis mencapai fail tersebut tanpa sepatah kata. Jam Patek Philippe di pergelangan tangannya berkilauan di bawah simbahan lampu LED, melambangkan prestij yang dimilikinya. Di usia 38 tahun, Elvis adalah definisi sebenar kejayaan. Dia memiliki segalanya?wajah kacak dengan tulang pipi tinggi yang eksotik,kediaman mewah Four Seasons Private Residences Kuala Lumpur bernilai RM8 juta di tengah-tengah Segitiga Emas Kuala Lumpur, sebuah Porsche Taycan di ruang parkir khas, dan reputasi sebagai lelaki paling dingin di meja rundingan.
"Vendor ini," Elvis menuding jari pada satu nama dengan riak benci. "Gugurkan. Mereka tidak memenuhi standard kualiti yang saya tetapkan. Saya tidak mahu sampah dalam projek saya."
"Tapi Tuan, mereka adalah kroni kepada?"
"Saya tidak peduli siapa di belakang mereka," potong Elvis tajam, nadanya mendatar namun penuh autoriti. "Di Apex, kualiti adalah segalanya. Duit bukan isu, tapi kesempurnaan adalah wajib. Keluar."
Apabila pintu tertutup rapat, Elvis meraup wajahnya. Dia adalah seorang Kristian yang membesar dalam ketertiban, namun jiwanya sudah lama mati daripada sebarang bentuk kepercayaan tentang cinta. Kerjayanya hanyalah sebuah mesin yang efisien, dan dia adalah operatornya. Baginya, manusia hanyalah struktur mekanikal yang digerakkan oleh satu perkara: Keperluan. Cinta hanyalah gangguan kimia dalam otak yang melemahkan manusia. Dia hanya percaya pada transaksi. Jika ada duit, segalanya boleh dibeli?termasuk nikmat yang paling dalam.
Four Seasons Private Residences Kuala Lumpur ? tengah-tengah Segitiga Emas Kuala Lumpur (9:00 Malam)
Elvis tidak pulang untuk berehat. Selepas mandi dan menyarung kemeja hitam custom-fit yang membungkus otot pejalnya, dia mencapai sebuah kotak kecil dari laci tersembunyi. Di dalamnya terletak sehelai topeng custom-made berwarna hitam matte. Topeng itu direka untuk menyembunyikan identitinya sepenuhnya, hanya menonjolkan sepasang mata yang tajam dan rahang yang sasa. Malam ini, dia bukan SVP Apex Global. Malam ini, dia adalah 'pemuas' tanpa wajah.
Di Suite Eksklusif Hotel Ritz-Carlton, Datin Diana sudah lama menanti. Wanita berusia 45 tahun itu nampak anggun dalam persalinan sutera merah, namun matanya memancarkan kegersangan yang amat dalam. Dia adalah isteri tokoh korporat, namun di rumah, dia hanyalah perhiasan yang tidak pernah disentuh.
"You sampai juga," bisik Diana sebaik sahaja Elvis melangkah masuk. Aura dominan lelaki bertopeng itu sudah cukup untuk membuatkan lututnya lemah.
Elvis tidak bersuara. Dia melangkah tenang, membiarkan bunyi tapak kasut kulitnya memecah kesunyian bilik. Dia meletakkan sekeping sampul surat kosong di atas meja?isyarat untuk bayaran yang telah dipersetujui. Diana segera memindahkan baki bayaran melalui akaun rahsia. Baginya, ribuan ringgit bukan masalah asalkan dia dapat merasa 'hidup' semula.
Elvis mendekati Diana, tangannya yang kasar namun terlatih menarik pinggang wanita itu dengan sentakan kuat sehingga tubuh mereka berlaga.
"You tahu syaratnya, Diana," suara Elvis kedengaran seperti guruh yang dalam. "Tiada nama. Tiada wajah. Tiada perasaan. Dan satu lagi... jangan sesekali cuba menyentuh bibir I. I don't do lips."
"I tak peduli... I cuma nak You musnahkan I malam ni," rayu Diana dengan nafas yang menderu.
Tanpa membuang masa, Elvis memulakan 'peperangan' badannya. Dia bukan sekadar melayan; dia menakluki. Setiap sentuhannya adalah teknik yang dikira dengan teliti, mengheret Diana ke lembah keghairahan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Desahan dan rintihan Diana memenuhi ruang bilik apabila Elvis mula 'mendayung' dengan stamina yang luar biasa.
Satu jam berlalu, kemudian masuk ke jam kedua, namun Elvis sedikit pun tidak menunjukkan tanda mahu mengendurkan asakannya. Dia adalah pahlawan di atas ranjang yang tidak mengenal erti letih. Diana yang tadi mendambakan sentuhan, kini mula merayu dalam tangisan nikmat agar Elvis berhenti kerana tubuhnya sudah tidak mampu menanggung gelombang klimaks yang datang bertalu-talu.
Namun, Elvis tidak hirau. Dia mempunyai prinsipnya sendiri; dia hanya akan berhenti apabila dia sendiri merasa puas. Dia menikmati kuasa yang ada di tangannya?melihat wanita berpangkat tinggi itu melutut dan tewas berkali-kali di bawah kendalinya. Saat klimaks terakhir tiba, Diana hilang arah. Dia menjerit sepuas hati sementara lututnya bergegar hebat sebelum akhirnya terkulai lemah di atas cadar yang sudah basah dengan peluh.
Elvis tersenyum sinis di sebalik topengnya. Dia tidak merasakan apa-apa kecuali kepuasan melihat bagaimana duit boleh menukar manusia menjadi hamba nafsu. Dia bangun,mencapai tuala dan ke ruang kamar mandi,sebelum kembali semula dan menyarung semula pakaiannya dengan tenang tanpa memandang ke arah Diana yang masih tercungap-cungap.Kakinya melangkah ke pintu dan berlalu pergi bagai tiada perasaan di hati.
Malam itu, dalam kepekatan malam Kuala Lumpur, Elvis Manai sekali lagi 'menyelamatkan' satu jiwa yang gersang. Duit masuk ke akaunnya, nafsu dilepaskan dengan teknik yang sempurna, dan identitinya kekal selamat di sebalik topeng hitam itu. Dia keluar dari suite itu dengan jiwa yang tetap beku dan mati, meninggalkan Diana yang masih terpinga-pinga dalam sisa nikmat yang menyakitkan.
Menulis watak Elvis memberikan satu perspektif tentang bagaimana trauma masa lalu dan kekuasaan boleh membentuk dinding yang sangat tebal dalam diri seseorang. Dia nampak sempurna dari luaran, tetapi "No Kissing Rule" itu adalah bukti betapa dia sebenarnya takut untuk membiarkan sesiapa masuk ke dalam ruang emosinya. Saya sangat teruja untuk melihat bagaimana Geneva Iraw—seorang wanita yang juga memiliki kuasa dan rahsia—akan meruntuhkan tembok ego si pahlawan Melanau-Iban ini.
Share this novel