1_Prolog

Drama Series 42375

Kelihatan seorang lelaki yang umurnya sudah lebih kepada hampir separuh abad.Hidupnya seharian hanya duduk dikerusi roda sahaja.20 tahun silam lalu, dirinya terlibat nahas kemalangan jalan.Dia dilarikan ke hospital disebabkan kecederaan serius.Untung nyawanya masih terselamatkan.Hanya saja dia koma setahun dan di diagnosiskan lumpuh berat bahagian kaki.

Mengingat kembali nahas itu, memang dia yang salah. Akibat tidak fokus, dia dengan tidak sengaja telah berlanggar dengan sebuah kenderaan dihadapannya.

"Arin, tolong papa ya..cari ibu di negara asalnya.Papa berharap akan bertemu denganya sebelum papa..."
Ucap Papa Fahri namun ucapannya itu dipotong cepat oleh anaknya.

"Papa, enough please.Arin akan urus semuanya.Papa
tenang saja.Arin akan cuba cari alasan pada nenek. Agar Arin akan segera membawa mama pulang ke sini."
Kata Arin.

Papa Fahri menatap dalam puterinya.Airmata tak terbendung.Wajah sang isteri, persis sangat seperti puteri satu-satunya ini.

"Nah! Ini foto ibu bersama papa.Tunjukkan padanya bila Arin sudah menemuinya nanti.Dia pasti masih ingat pada papa bila melihat foto ini.Dan satu lagi, nama ibumu.Arin tahu kan?" Tanya sang papa lagi.

Arin mengangguk seraya tersenyum nipis.
"Laras" Potong Arin cepat.

Kedua anak beranak tersebut berbalas senyuman.
Andai saja ada sang isteri turut ada saat ini, mungkin keluarga ini sedang berbahagia.

Semoga suatu hari nanti akan ada kesempatan lagi buat keluraga Arin untuk saling melengkapi.
Arin berharap penuh untuk itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience