Series
42375
"Sayang.. apa banglo ini rumahmu ? Gede ya ! Kayak
kamu lagi kaya lho ternyata dan mewah dari keluargaku" Kata Adam buat Arin terkekeh.
"Ah ! Sama aja kali Dam.. oh ! Ya Adam.. ini Papaku.."
Adam melihat sosok lelaki separuh abad yang sedang duduk dikerusi roda. Lelaki itu sedang tersenyum manis padanya.
"Hai.. selamat siang om.. " Sapa Adam seraya mencium punggung tangan Papa Fahri, ayahnya Arin.
"Siang jugak.. " Balas Papa Fahri yang masih dengan senyum dibibirnya. Entah senyum itu satu keikhlasan atau sebaliknya.
"Jadi kau Adam ? Kau pasti tahu kan kenapa Arin membawamu ke sini?" Tanya Papa Fahri pada Adam.
"Iya om !" Sahut Adam ringkas. Adam menatap manik matanya Papa Fahri mencari ketulusan dari mata itu..
apakah benar ayah dari wanita yang dicintai itu ikhlas bermenantukan dirinya.
"Arin.. You can leave us ? Ada hal peribadi yang Papa nak bincang kat Adam.. " Arin mengangguk patuh.
Lalu segera meninggalkan Papanya bersama Adam.
"Adam.. kau boleh je kahwin dengan puteriku.. tapi..
kau harus setuju pada syaratku sebelumnya.."
Adam mulai gegabah. Kenapa terdengar menakutkan.
"Iya om.. aku akan cuba semampuku.. ada apa ya om ?"
Tanpa ada basa basinya dari Adam.
"Kau harus buat ibu tirimu cerai dengan ayahmu.. lalu aku akan serahkan Arin padamu." Adam tak menduga permintaan Papa Fahri itu ternyata munafik. Entah kenapa ianya terdengar keji ditelinga Adam.
"Ta.. pi.. om ! Kenapa syaratnya mesti itu ? Aku sayang sama ibu Laras om.. aku nggak tega sih jika ibu Laras dan ayahku berpisah. Om jangan terbawa masa lalu.
Aku minta maaf soal itu.. " Adam menundukkan kepalanya. Syarat itu buatnya jadi kalut.
"Okey fine ! Anggap sahaja aku kenakan syarat munafik. Hei ! Dengar ya ! Cukup ayahmu yang sudah mengambil isteriku.. kenapa kau seenaknya perkosa pula anak perempuanku ?" Kata Papa Fahri.
Apakah ada jawaban atas pertanyaan berupa itu ? Lidah jadi kelu mendadak. Harapan kini telah punah. Jika dibilang Adam sengaja memperkosa Arin, memang benar. Tapi ianya tiada kaitan langsung tentang masalah lalu keluarga.
"Om ! Mana boleh gitu om ? Aku sama Arin kan memang saling cinta. Aku juga siap nikah sama Arin.
Aku minta maaf om.. aku nggak lakuin itu pada ayahku dan ibu Laras yang tulus menjagaku sejak kecil.. "
Papa Fahri terbahak - bahak.
"Lantaklah kau punya balas budi Adam.. jangan pernah berharap untuk aku restui hubunganmu sama puteriku..
jika kau tak penuhi syaratku !" Wajah Papa Fahri terlihat menyeramkan. Entah kenapa tiba - tiba Papanya Arin berubah mendadak. Sedangkan waktu Arin memberitahu apa yang telah berlaku pada dirinya bersama Adam, Papanya nampak tenang sahaja. Pasrah. Tapi apakah setelah mengetahui Adam adalah anak tirinya Laras, apakah punya rencana disebaliknya ?
Pok Pok Pok
Bunyi tepukan tangan terdengar menghambat didaun telinga. Arin yang muncul dari arah belakang, datang menghampiri lalu mensejajarkan tubuhnya pada kerusi roda yang sedang diduduki oleh Papanya.
"Papa sangat licik ! Papa tak kalah hebatnya sama munafik seperti nenek.. " Dada yang bergemuruh itu sudah melepaskan kata kata kesat yang lahir dari hatinya. Dan Papa Fahri sangat terkejut pada Arin yang berkata sedemikian.
"Aku ingat Papa dah ikhlaskan apa yang aku kongsikan hari itu.. tapi apa.. ada dalang dibaliknya.. "
"Arin.. listen to Papa please ? Papa tidak terima kau diperlakukan oleh Adam seenaknya. Kau tahu apa Arin bila hati seorang ayah hancur saat tahu anak perempuannya diperkosa ?" Lirihnya Papa Fahri.
"Tidak juga sampai meletakkan syarat seperti itu, Papa ! Itu sama sahaja seperti balas dendam.. "
"Aku sangat kecewa pada Papa !" Imbuhnya Arin semula.
"Arin.. jangan cuba bela Adam !" Kata Papa Fahri lagi yang buat Arin muak mendengarnya.
"Tapi Adam adalah calon suamiku Pa !" Suara Arin meninggi..
"Arin.. kau sudah berani meninggikan suaramu pada Papa ?" Tengkingnya Papa Fahri.
"I'm sorry Papa.. but.. jika Papa masih bagi syarat seperti itu, Arin akan pergi !"
"Ya.. itu syarat mutlak.. !" Tekan Papa Fahri.
"Boleh blahlah dengan syarat munafik Papa itu !"
Pendebatan dua beranak itu hanya disaksikan oleh Adam dengan seribu rasa bersalahnya tak terhingga.
"Arin.. Om.. Aku minta maaf !"
Hanya kata maaf yang termampu Adam ucapkan saat ini. Sungguh hatinya terhiris dengan setiap ucapan yang ia terima dari Papa Fahri.
Share this novel