chapter 14

Romance Series 8584

Tingg!! kedengaran bunyi meseger masuk melalui FB.sallyna mencapai handphone Yang iya letakkan Di tepi nya.jam menunjukkan pukul sebelas Malam.sebentar tadi dia bangun untuk membuang air kecil.
peti masuk meseger segera dibuka.tentera nama "lelaki mu"

"hai sall"

isi meseger dari seseorang.dengan segera Sallyna membuka profile FB tersebut.setelah dilihat gambar pada profile,ternyata Yang punya akaun FB adalah Rahmat Aminnuddin.sallyna pelik kenapa tiba-tiba Aminnuddin chat Ke dia jam segini.selama ini Tak pernah pun mereka berhubung Di mana-mana media sosial.hanya sebatas sahabat sahaja.

"iya hai"

Sallyna menjawab ringkas juga.

"belum tido Ka"

Aminnuddin Bertanya sekali dengan emoji senyum.

"terbangun kencing.awak kenapa belum tido jam segini"

Sallyna Bertanya balik.

"Mata Belum mengantuk."

Aminnuddin membalas.

"ohh"

Sallyna menjawab sepatah lalu handphone iya letakkan Di samping lalu menarik selimut.Bisyir Yang berumur tiga tahun disebelah nya tertidur nyenyak.azizi tidur diruang tamu.begitulah rutin setiap malam.azizi selalu sendiri tidur sejak beberapa tahun terakhir ini.

"sall apa khabar?"

kedengaran lagi chat masuk.

"baik allhmdulilh.awak chat saya ne isteri awak mana"

Sallyna memberanikan diri bertanya.risau kalau isteri dia ternampak Dan berfikir Yang bukan-bukan.

"dah tidur dia.lagipun Kita chat biasa saja"

hujung chat Aminnuddin sent emoji senyum lagi.

Malam itu Tak Terasa hampir ke pukul satu mereka berdua berbual Di chat.lalu keduanya saling follow dan following Di akaun masing-masing.sallyna tidak juga Bertanya Dimana Aminnuddin menemukan akaun dia.
dari meseger Di FB,berlangsung ke washap.setiap Hari selalu berhubung.bila Ada waktu rehat atau Malam,keduanya selalu bersembang pelbagai pekara.

"iyaa....saya Tu pernah suka dengan awak suatu ketika dulu.dulu ya sebelum tahu awak ada girl"

Sallyna Tanpa basa Basi memberitahu sambil bergurau.kerana dia fikir,mereka berdua Sudah Ada jalan hidupnya sendiri juga.dan rasanya tak apa lah berterus terang sekarang.sekadar untuk tahu sahaja.begitu Di benak Sallyna waktu itu.

"awak serius sall???"

Aminnuddin Bertanya lagi dengan tanda Tanya yg Banyak Di wasap.seolah dia tak percaya dengan apa Yang dia baca sebentar tadi.

"serius lah.awal pertama awak datang menyapa saya.saat itulah perasaan saya ada.tapi saya pendam Kan saja setelah tahu awak sudah Ada girl Dan Akan menikah Di waktu terdekat.tapi saya tumpang bahagia juga,kerana awak pun bahagia dan saya yakin semuanya Sudah Allah susun cantik.dan kini Kita Masih boleh bersahabat"

panjang lebar ayat Yang Sallyna tulis.
Aminnuddin terpana seketika.kerana selama ini dia Tak pernah tahu wanita Yang bernama sallyna izzara pernah memendam Rasa pada nya dulu.

"ermmm...sall,saya juga pernah terusik dengan kehadiran awak dulu.tapi saya hanya pendam Kan saja dulu kerana Hari untuk saya menikah Sudah hampir.dan waktu itu cinta saya ke isteri lebih mendalam.saya anggap ketika Hati saya terusik waktu itu hanyalah ujian buat saya"

satu persatu bait ayat Yang ditulis oleh Aminnuddin dibaca oleh Sallyna dengan Mata berkaca.entah kenapa Hati nya hiba.namun cepat-cepat iya tepis semua perasaan itu.

"ya ke?Rasa Tak percaya juga dengar"

balas Sallyna dengan emoji ketawa.

"benar sall...serius.saya pernah Ada rasa.tambahan lagi saya ingat sall lebih dewasa dari saya Yang waktu itu saya Masih muda sangat.saya tak tahu Yang sebenarnya Kita sebaya."

Sallyna tersenyum dengan balasan ayat dari Aminnuddin.

"dah lah..lupakan Yang lalu.lagipun tak guna juga untuk dikenang.lagipun Kita berdua Sudah Ada jalan hidupnya masing-masing"

Sallyna membalas.

"iyaa...tapi boleh Ka kalau Kita terus berhubung begini?."

Aminnuddin Bertanya lagi.

"iya boleh.kan sahabat"

keduanya tidur setelah saling berbalas salam.

Hari demi Hari hubungan keduanya semakin rapat.rapat Di ruangan chatting membuat Sallyna Rasa Di ambil berat oleh aminnuddin.seakan Rasa Yang sekian lama terkubur Itu bangkit lagi.layanan dari Aminnuddin Yang selalu tertumpu ke dia membuat Sallyna semakin hanyut.
Azizi Yang saban Hari memang jarang untuk mengambil tahu keadaan nya membuat Sallyna semakin jauh dari nya.
disudut Hati Sallyna Yang paling Dalam,apa Yang dia buat Itu adalah Salah.namun dia juga punya hati dan perasaan.dia juga perlu perhatian Dan kasih sayang.selama bertahun tahun ini Azizi tidak pernah menunjukkan perhatian padanya.tidak pernah untuk ambil tahu soal diri nya.
semakin Hari hubungan keduanya semakin akhrab.sehingga lah,benih cinta mulai tumbuh Dan perlahan-lahan bersemi.antara takut Dan bahagia,Sallyna terasa Di sayangi.dan dia juga tidak pernah menyangka takdir membawa nya mencintai suami orang.dan dia juga berstatus isteri orang.gila tidak gila,iya..memang gila! apa Yang dia telah buat.
Dan Sallyna tidak tahu kenapa sebegitu berani nya dia melangkah sejauh itu.Yang dia tahu dirinya Rasa bahagia.sallyna terbuai Di dalam cinta terlarang ini.

"sall...Kita jumpa nanti hujung minggu Di Bandar.nak Tak?"

Aminnuddin menghantar chat.

"jumpa kat mana?"

Sallyna Bertanya.

"ermmm...Di hotel"

Sallyna gemuruh bila membaca balasan dari aminnuddin.dia teragak-agak untuk menjawab.selama ini mereka berdua hanya Di chat sahaja.tidak pernah bertemu baik ditempat terbuka atau tempat tertutup.lama Sallyna termenung mencari jawapan.

"Kita jumpa saja Dan sembang-sembang"

Aminnuddin berkata lagi.

"ermm...ok lah.tapi saya ke tempat Abang saya dulu,tinggal kan Bisyir di kakak ipar"

Sallyna akhirnya setuju.namun Dalam hati nya Masih Terasa takut Dan pelbagai lagi perasaan Yang bercampur aduk.bagaimana kalau Azizi tahu apa Yang dia buat,desis Sallyna Di hati.yaaa...dia memang tahu semua itu adalah dosa besar.sallyna Terasa kepalanya berdenyut sakit akibat perasaan Yang beperang antara satu Sama lain.

sabtu tiba,Sallyna mengatakan ke Azizi Yang dia mahu berkunjung ke rumah Abang nya.azizi hanya mengiyakan saja Tanpa Banyak Bertanya.
petang sekitar pukul enam,Sallyna menuju ke tempat Yang Aminnuddin telah tempah.sesampai disitu Aminnuddin sudah pun terpacak Di ruang dalam.
peluh dingin memercik disekujur tubuhnya.jemari nya Terasa sejuk oleh Rasa takut Dan berdebar.seumur hidup inilah Kali pertama dia berbuat begini,Yang mana berjumpa Di tempat tertutup dengan status isteri orang!

"masuk lah"

Aminnuddin mempelawa bula Di lihat nya Sallyna hanya mematung Di depan pintu dengan wajah gelisah.
perlahan-lahan Sallyna melangkah Kan Kaki ke dalam Dan langsung duduk Di atas kerusi Yang Ada Di situ.

"awak dah makan"

Sallyna Bertanya untuk menutup gundah Di Hati nya.

"belum.balik kerja tadi,saya Mandi Dan langsung turun"

Aminnuddin menjawab sambil memandang ke arah Sallyna Yang serupa tak keruan duduk.

"ermmm...isteri awak tidak hairan Ka kenapa awak tiba-tiba nak ke Bandar sendiri?"

Sallyna Bertanya sangsi.

"saya Kata nak jumpa kawan lama.dia jawab iya saja"

Aminnuddin bangun Dan Duduk disebelah sallyna.itulah Kali pertama mereka berdekatan.selama ini hanya Di chatting sahaja.

"errr kalau begitu,biar saya saja Yang Beli makanan.awak tunggu disini"

Sallyna menawarkan diri sambil bangun dari duduk.

"tak apa Ka awak pergi sendiri?dah Malam dah ne"

Aminnuddin takut kalau terjadi apa-apa pada Sallyna.

"ehh tak apa.lagipun dekat saja tu.masih awal juga dan orang Masih ramai"

Sallyna membuka pintu langsung berlalu keluar.

"sall! sekejap"

Aminnuddin melaung dari dalam.

"kenapa?Ada nak pesan Yang lain Ka?"

Sallyna menoleh.

"ne haa..ambil duit untuk Beli makanan.

duit not seratus Aminnuddin simpan Di jemari Sallyna.

"Banyak nya"

Sallyna bingung.

"Tak apa.bawa saja."

Sallyna menuruti Dan lalu melangkah turun menuruni anak tangga.

sampai Di tempat menjual pelbagai hidangan,Sallyna Buntu.dia Tak tahu apa Yang Aminnuddin suka makan.kerana tadi,dia juga tidak Bertanya.
akhirnya dia memutuskan untuk membeli nasi berlauk.sayur cangkuk tumis telor,ayam goreng,umai Dan buncis tumis bilis.setelah siap dibungkus Sallyna membayar harga makanan tadi.dan dia melangkah menuju ke hotel.

sesampai Di hotel,hidangan tadi dibuka Dan Sallyna mempelawa Aminnuddin untuk makan.

"sall..tak Ada sudu Ka?nak ambil sayur Tu"

Aminnuddin mencari-cari Di dalam plastik.

"Ada kot.tadi macam ada kakak Tu simpan Di nasi Tu"

Sallyna ikut mencari.setelah puas mencari,sah memang tak Ada.
hujung nya pakai tangan mencedok lauk.sallyna tersengih malu kerana lupa sudu.

"tak apa lah.kita pakai tangan jak ambil lauk"

Aminnuddin tersenyum menyakat.sementara Sallyna diam-diam menahan malu sambil tersenyum nipis.keduanya menjamu selera sambil berbual.sesekali kedengaran canda Dan tawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience