chapter 7

Romance Series 8584

"Aku tak siap untuk jadi seorang ayah Sallyna"

Azizi menyandar Di dinding sambil Matanya menatap tajam ke arah Sallyna.

"kalau kau tak siap,biarkan Aku pergi dengan bayi Yang Ku kandung Kan ini.kerana Aku juga tidak pernah memaksa Kamu untuk bertanggungjawab"

begetar bibir Sallyna saat menutur Kan kata-kata tersebut.
perhubungan Yang terbina atas dasar teman tapi mesra,telah membuahkan bibit Di Rahim nya.
Hati nya gundah gulana,memikirkan Cara untuk memberitahu ibu Dan ayah serta abang-abang nya.
selama ini sallyna terleka,dia tidak pernah menduga Dan menyangka Akan hadir malaikat kecil untuknya.
perhubungan dengan Azizi Yang terlalu rapat menyebabkan keduanya hanyut.tanpa Ada cinta Tanpa Ada sayang.
berjurai air Mata menuruni pipi nya lantas diseka dengan jemari.

"tak...Aku takkan biarkan awak bawa pergi.apapun Aku harus tanggungjawab"

Azizi bersuara setelah sekian lama membisu.

"biarkan Aku pergi.aku janji Aku takkan tuntut apa-apa dari Kamu nanti"

Sallyna Masih bersikap keras untuk pergi.kerana bagaimana mungkin nanti menjalani hidup Tanpa Ada Rasa.yang hanya berpaksikan sekadar tanggungjawab.

"boleh kalau awak nak pergi.tapi gugurkan bayi itu"

bagaikan petir Di Siang Hari,sallyna membuntangkan biji Mata nya ke arah Azizi.tidak pernah iya duga kata-kata itu akan keluar dari bibir Azizi.
ibarat diluah mati emak ditelan mati bapak.sallyna terkedu.diberi pilihan,namun keduanya seoalah-olah mencekik leher sendiri.


Sallyna menelefon kedua orang Tua nya dikampung.dia Akan balik hujung minggu.dan mengingatkan agar kedua Abang nya balik juga nanti.kerana Ada Yang dia nak bicarakan.
seharian suntuk Sallyna kusut memikirkan bagaimana Cara untuk dia memberitahu nanti.dari mana dia mula?Dan bagaimanakah penerimaan diaorang nanti?

pukul 10 pagi bas bertolak dari terminal menuju ke kmpung nya Di Tanjung Bidara.didalam bas wajah sugul sallyna nampak pucat.alahan akibat dari trimester pertama benar-benar membuatnya lemah.
selera makan tiada,kepala pening 24 jam iya rasakan.makan apa-apa pasti Akan keluar lagi dengan Cara dimuntahkan.perut lapar tapi makanan satu pun tak dapat iya telan.


sesampai Di kampung,Sallyna disambut mesra oleh kedua orang Tua nya.didalam rumah Sudah kelihatan kedua Abang nya Dan kakak ipar beserta anak buah.
Sallyna sampai sekitar jam 12 tengahari.kakak iparnya sibuk di dapur untuk berhidang makan tengari.
hidung nya mencium aroma nasi,serta merta tekaknya mual.cepat-cepat iya ke tandas dengan alasan nak membuang air.

didalam bilik air,Sallyna memutar pili paip agar air mengalir deras menyamarkan bunyi dia muntah.tiada apa Yang keluar kerana tiada satu pun makanan Yang masuk ke perut nya.air liur Terasa pahit Dan manis.air Mata nya terbit dari pelupuk Mata menahan sakit.
perut nya iya elus.masih kelihatan rata kerana baru sebulan lebih.

"Sallyna,Mari makan"

laung mak nya dari luar.

"iya mak"

Sallyna mencuci wajah nya sebelum keluar.

dimeja makan nafsu makan Sallyna benar-benar mati.tiada satu pun hidangan di situ mengungah selera nya.padahal semua menu Yang disajikan kegemaran dia selama ini.
"ehh makan lah.napa Di tenung saja Tu makanan"

sergah Rammy abang nya Yang sulung.sedari tadi dia perasan adik nya Kali ini agak berbeza.biasanya adiknya itu paling ceria kalau balik kampung.kecoh mulut nya becerita Dan menyakat.kali ini banyak berdiam Dan seperti kurang sihat.

"sakit Ka sall?Tu wajah Tu kenapa pucat Dan Tak bermaya"

Abang Yang kedua menambah sambil memerhatikan adik nya Yang agak lesu.

"tak lah..korang makan lah dulu.aku nak Rehat Dan tidur.penat Rasa badan"

Sallyna segera bangun langsung menuju ke bilik nya.

semua Yang Ada Di situ tercengang melihat perubahan sikap Sallyna Yang mendadak aneh.
namun...jauh Di sudut Hati Ramlah,ibunya Sallyna...dia seakan dapat merasakan anak bongsu nya Itu Sedang beperang dengan sesuatu.jiwa keibuan nya dapat menebak..bahawasanya apa Yang dipendam anak nya Itu sesuatu Yang berat.

dalam bilik Sallyna Cuba memejamkan matanya.namun tidak dapat..handphone ditangan nya dilirik...berharap Ada Azizi Bertanya apakah dia sudah sampai atau belum,namun hampa.
sedari tadi dia sampai beserta ketika dia didalam bas,Azizi langsung tiada menghubungi nya.
Hati nya terusik dengan sikap Azizi Yang tidak pernah ambil tahu keadaannya saat ini ataupun sebelum nya.
apakah nanti dia mampu menjalani hidup dengan Azizi?seorang lelaki Yang ego nya tinggi,Yang tidak pernah meluahkan Rasa cinta Dan sayang nya selama keduanya dekat.yang pada awal nya belum bersedia menjadi seorang ayah.ibarat kata,azizi tersepit oleh keadaan.

"Sallyna!! kenapa sampai jadi begini??"

Rickie abang nya yang kedua bersuara keras bila mendengar apa Yang Sallyna bagitau sebentar tadi.seolah dia tidak percaya.
wajah nya berona merah menahan amarah.

"Abang tak kira.minggu depan Kamu pergi KL sana ikut abang.nanti Abang belikan tiket."

bergema suara lantang Rickie.Rammy diam membisu.tidak tahu apa Yang nak Di katakan.Ramlah Dan koding kedua orang Tua Sallyna turut membisu.
berita Yang disampaikan Sallyna sebentar tadi bagaikan Batu menghempap tubuh mereka.
anak bongsu Yang satu-satu nya perempuan Di keluarga itu telah menconteng arang ke keluarga dengan Hamil diluar nikah.

Yang paling membuat mereka serasa sesak nafas,orang Yang Sallyna maksudkan adalah orang dari negara seberang.bukan orang tempatan seperti mana diaorang fikir sebentar tadi..
di satu sudut Sallyna diam tertunduk sambil menangis.dia tahu dia telah membuat keluarga nya kecewa Dan malu.mau Di apakan lagi,nasi telah menjadi bubur.

"Abang..maafkan Sallyna.sallyna tidak Akan kemana-mana dengan bayi ini.apa pun Yang terjadi,dia tetap Sallyna pilih untuk menjadi suami"

akhirnya Sallyna punya kekuatan untuk bicara Dan menyampaikan keinginan nya.
Sallyna memilih untuk menikah dengan Azizi..walau Abang nya menentang keras.dia sayang bayi Yang didalam Rahim nya Dan bertekad untuk memperjuangkan nya.apa pun dia harus lahir ke dunia ini.dia tiada Salah Dan dosa.yang berdosa orang Tua nya Yang telah membuat dia wujud.

kedua orang Tua nya hanya mengikut apa Yang terbaik menurut Sallyna.mereka merestui biarpun berat untuk mereka menerima nya.
berbeza dengan abangnya,tetap dengan pendirian diaorang.tidak merestui.
Ada sdikit kelegaan Di Hati Sallyna setelah meluahkan semuanya.biarpun dia tahu kedua Abang nya tidak restui Dan kesal dengan apa Yang Sallyna telah buat.dan petang esok nya Abang nya berangkat pulang.sallyna Masih dikampung kerana Masih ingin menghabiskan cuti nya Yang Masih berbaki 2 Hari lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience