pagi Yang hening Sallyna Izara melangkah longlai Di bawah hujan gerimis.seiring gerimis membasahi sekujur tubuh nya,air Mata lencun membasahi pipi nya Yang montel.kisah kasih Yang dibina hampir setahun Dan menunggu untuk dibawa ke jinjang pelamin akhir terkubur begitu sahaja.
Tanpa Ada alasan Yang jelas,Razlan memutuskan untuk meninggalkan nya begitu sahaja.Dan hanya bicara "maaf,saya tak dapat teruskan hubungan ini".berkali Kali Sallyna Bertanya kenapa Dan kenapa.namun Razlan tetap bungkam seribu bahasa.
Dalam bilik Sallyna hanya beteleku Dan memandang kosong dinding bilik tidur nya.puas dia Cuba mencerna apa Yang baru terjadi.namun jawapan nya tetap buntu.setelah berfikir semasak-masak nya...Sallyna mengambil keputusan untuk berhenti dari tempat kerja Dan ingin pergi jauh dari semuanya.matanya Terasa berat Dan layu..mungkin kerana dari pagi menangis ditambah Hati Yang remuk redam.
didalam ofis..Sallyna duduk mematung menghadap bos nya Mrs Tamara.sambil didepannya terbentang Surat perletakkan jawatan."Sallyna,sebenarnya saya tak mahu awk berhenti kerja.awak pekerja trbaik Dan rajin Di Mata saya.bertahun-tahun saya sudah kenal awak."gemersik suara Mrs Tamara berbicara mengundang sayu di wajahnya Yang bundar.tidak Di nafikan mrs Tamara memang seorang bos Yang baik hati.kerana itulah Sallyna betah kerja bertahun lama nya.
"saya perlukan ketenangan.dan untuk itu saya harus pergi jauh.saya berat Hati untuk semua ini.tapi..hanya ini lah jalan terbaik nya bos"begetar nada Sallyna sambil menahan sendu.
"Ermm....iya saya faham situasi awak sekarang.dan saya menghormati setiap keputusan Yang awak ambil.hanya satu pesan saya..kembali lah bila awak tak betah Di luar sana.pintu disini tetap terbuka untuk awak"tulus sekali Hati seorang Mrs Tamara.di bibir nya Tak lekang dari senyuman.
sebelum berpisah,Sallyna bersalaman dengan rakan kerja untuk terakhir Kali nya sambil berpelukan.air Mata bercucuran jatuh.banyak kenangan Yang dibina sepanjang kerja disini.
"Sallyna..jom lah Kita jalan-jalan sambil mencari tempat untuk isi perut.dah lapar Pula ne"kartika bangun dari tempat tidur nya langsung ke bilik Mandi untuk membersihkan diri.
"Kita nak ke mana Tika?Aku malas lah nak keluar."Sallyna Masih baring malas Di atas katil nya.
"jalan lah...sambil menghibur Hati Yang Lara"teriak Kartika dari bilik Mandi sambil mengenyitkan Mata nya Dan tersenyum simpul.Sallyna menjuihkan bibir nya,tahu Kartika menyakatnya.
mahu tak mahu Sallyna turutkan juga kemahuan kartika untuk jalan-jalan.
setelah berjalan hampir Lima belas minit,keduanya melabuhkan punggung disebuah kedai makan nasi ayam.
setelah memesan minuman Dan makanan..masing-masing ralit menatap handphone.tak lama kemudian,kedengaran suara menyapa kartika dari belakang.seorang lelaki paruh Baya berambut sedikit beruban dan botak di depan.sambil tersenyum menampakkan Gigi nya yang tapi Dan putih bersih.
"Ehh bos.bos buat apa disini"?
Kartika segera menyahut sapaan lelaki tadi."makan dengan kawan-kawan"sambil telunjuknya menunjuk ke arah meja Yang kawan nya tempati."ohh...pa khabar bos?lama tak nampak"
"khbar baik..you buat apa sekarang ne,kerja dimana"lelaki tadi kelihatan agak ramah.
"dah berhenti bos..ini lagi mencari kerja.sama juga kawan saya ini Sedang mencari kerja"Kartika menatap lelaki tadi dengan raut wajah ceria.sallyna hanya diam seribu bahasa.
"kalau macam Tu,ikut dengan saya lah.kerja kilang.kebetulan Ada kosong.you pun pernah kerja dulu dengan saya.jadi sudah Ada pengalaman"
"tapi kawan saya ini tak pernah kerja kilang bos"Kartika bersuara teragak-agak.
"Alahhh..itu tak apa.boleh belajar Kan"
kartika menoleh ke arah Sallyna meminta jawapan.sallyna Yang nampak terkedu hanya mengiyakan saja.kerana fikiran nya sekarang ini kosong."ok..besok saya jemput you berdua.dan Kita survey dulu pergi kilang.lepas itu baru putuskan untuk nak kerja atau tidak"lelaki tadi membuat saranan sambil memandang Kartika Dan Sallyna bersilih ganti.keduanya menganggukan kepala tanda setuju.nombor Telefon bertukar tangan.lelaki tanda berjanji Akan menghubungi Kartika esok Hari nya.
"Tika..itu tadi siapa.dan macamana boleh kenal?"Tanya Sallyna setelah lelaki tadi berlalu pergi.
"itu bos Aku dulu.Jovian Nama nya.dulu Kan Aku pernah kilang kayu."beritahu kartika sambil menyuap nasi ke mulut nya.
"ohh..jadi nanti Kita kerja Di kilang kayu lah"Tanya sallyna lagi sambil membulatkan Matanya Yang agak sepet.
"iya iyalah nyonya.takkan Di kilang Batu bata"jawab Kartika lagi dengan seloroh."ishh...awak ne." Sallyna menepis manja lengan Kartika sambil tersenyum manis.
"tapi Aku tak pernah kerja begitu tika.camna ehh,boleh ke Aku menyesuaikan diri"tambah Sallyna sambil menggaru dahi nya.
"Cuba dulu lah.kalau memang tak dapat .patah balik"usul Kartika.
"ermm...betul juga.benda kalau tak dicuba Kita takkan tahu boleh ke tidak" "betul-betul"keduanya serentak ketawa.
setelah selesai makan keduanya berjalan pulang ke rumah sewa Yang tak jauh juga dari situ.
Share this novel